Saturday, 1 December 2012

Kota Singa: Little India & Mustafa Centre


Bila anda berjalan-jalan di Little India, anda pasti merasakan seperti berada di India kerana Orang dan suasananya.

Hotel Arianna di sebelah restoran Telapak Kaki ...hehhee...Restoran Bismillah bangunan kuning tu.

Kami balik semula ke Little India untuk shopping di Mustafa Center. Kali ni kami eksplore semua tingkat dan bangunannya….apa yang boleh dikatakan adalah WOW! Anda tak perlu ke tempat lain untuk dapatkan barangan keperluan hidup!


Dari barangan dapur ada beribu-ribu jenis barang/brand, perkakas elektronik, perhiasan rumah, baju kasut, eksesories, minyak wangi, bedak, sabun, computer, coklat, bakery, bla..bla…bla...
Semua barang di sini halal dan original. Itu di sahkan oleh managernya.

Bagi belian melebihi $GD100 boleh claim GST

 Kalau anda kata tak jumpa apa yang anda cari…cepat-cepat tanya kepada pekerja sebab dia akan tunjukkan, tapi kalau anda kata barang yang anda cari tak ada, itu memang sesuatu yang pelik. Jika anda kata brand yang anda cari tiada di situ mungkin saya percaya, tapi agak was2 juga sebab pelbagai jenama ada di situ….

Bayangkan kasut Nike, Adidas, Reebok, semuanya original dan dilunggok2 je macam kat pasar malam…minyak wangi original macam2 jenama disusun gitu2 je atas rak…..jauh beza di shopping Complex yang semua barang di display dengan edisi terhad dan kadang kala berkunci!

Ada harga sama macam di tempat lain, ada yang sederhana mahal dan ada yang BETUL-BETUL MURAH hingga tak masuk akal!

Aku akan datang lagi jika diberi peluang ke Singapore!

Ni gambar hari pertama sampai

No comments: