Tuesday, 31 July 2012

Dendeng Daging Rusa


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 40 min
serve: 4

Bahan A - didihkan dan empukkan dalam pressure cooker 15-20 minit
500g daging
2 batang serai
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam
Air secukupnya

Bahan B - kisar
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan C - sebatikan
1 sudu makan sambal serai
1 sudu makan sambal belacan udang
4 sudu makan kicap manis ABC
1 sudu kecil pes asam jawa ADABI
2 sudu besar madu epal - optional

Bahan D
1/4 cawan minyak
1/4 cawan air
1/4 cawan bawang goreng
Garam secukupnya

Cara
1. Daging yang dah siap diempukkan di tumbuk/penyek manja dan digoreng sebentar. Jangan sampai garing.
2. Toskan daging. Tumis Bahan B hingga naik bau dan wangi.
3. Masukkan Bahan C dan tumis sebentar. Masukkan air secukupnya.
4. Masukkan daging, bawang goreng dan garam. Gaul sebati.
5. Biar dalam kuali hingga kuah pekat.

Note: Daging rusa ni walaupun mahal tapi terbaik sebab tak ada lemak langsung! 
Sambal belacan udang boleh digantikan dengan cili padi dan sambal serai boleh digantikan dengan cili kering

Monday, 30 July 2012

Mana Hilangnya Kesopanan dan Kesusilaan?

Dalam radio tadi aku dengar yang seorang DJ tu beritahu yang dia ada lihat statistik bahawa tahap kesopanan rakyat Malaysia berada di rank ke 34 dari 36 buah negara yang diambil sampel..
Aku tak pasti sumbernya...
Mohon dibetulkan jika salah...

Tapi dalam hati...
Hanya boleh kata WOW!
Sebegitu rendah? Pasti ada kesilapan....
Majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam...
Islam pula sangat mementingkan kesopanan....

Bila2 difikirkan balik....
Mengikut pengalaman...seperti ada benarnya...
Terutama pengguna jalan raya...

Pada bulan Ramadhan ni berpusu2 orang cuba balik awal....
Penuh sesak jalan raya bermula pukul 4.30-6.30pm...
Hairannya...lebih ramai muka non muslim di atas jalan raya ni...
Buat tambah peramai je!

Aku pernah bertanya....
"Kenapa you all ni bila bulan puasa pun berebut mau balik awal? Kasi chance sama orang puasa lah..."
"Eh...bulan puasa la special tau...we all nak pergi tu pasar ramadhan...macam-macam ada...bulan lain mana dapat..."
 Laaaa hai....Aduyai nya pun.....itu alasannya....

Bila dah ramai2 bersesak gitu...
Masing2 dengan impian tinggi untuk sampai cepat ke destinasi...
Maka sebarang halangan akan buat darah cepat menggelegak...
Terutamanya halangan yang sengaja dibuat....

Contoh terbaik....
Memberhentikan kenderaan menunggu orang di tepi jalan...
Dari 2 lane dah jadi 1 lane....
Dari jalan lancar..dah tersangkut2 sebab nak elakkan kenderaan dia yang berhenti...
Lepas tu bertambah panas hati...dia boleh tidur atau baca surat khabar sambil menunggu tu...
Tak peduli langsung walau menjadi penyebab kesesakan...
Walau ramai yang membunyikan hon...tapi dia buat pekak je....
Tak ada rasa bersalahkah?
Sebijik perangai setan!

Contoh kedua.....
Bila dah sesak beratur....
Tiba2 ada yang datang menghimpit nak potong que....
Walau tak bagi sebab itu bukan laluan memotong ...masih menghimpit....
Bila dah diberi peluang....
Waaaaahhhhhhhh.....boleh pulak makan angin bawak punyalah slow kan depan tu....
Sampai ada space 4 ke lima biji kereta.....
Apa lagi....yang lain nak potong que berlumba2 masuk....
Kenderaan yang beratur dengan sopan dibelakang tak berganjak2 pun...
Mau tak sakit hati.....
Sebijik perangai anak iblis!

Eh!Eh!...marah ke ni?
Marahkan sifat syaiton yang selayaknya direjam....
Astaghfirullah al azimmmmm....

Manusia2 contoh diatas tu memang layak kena rejam sebenarnya...
Sebab mereka adalah pencetus sifat syaiton laknatullah ni....
Eeeeeeeeeeeeeeee!

Eh! Sabar...sabar.....sabar....
Tarik nafasssssss......Hembusssss.....


Saturday, 28 July 2012

Udang Goreng Keju


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time : 20 min
serve: 3-4 person

Bahan A
1 mangkuk kecil udang
3 ulas bawang putih- cincang
3 biji cili padi - hiris panjang
3 helai daun limau- carik
2 sudu besar sos hoisin
Sedikit lada hitam dan putih
Garam secukupnya
2 sudu makan minyak

Bahan B
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar serbuk keju

Cara
1. Bahan A (kecuali minyak) di gaul dan perap 10 minit
2. Tumis Bahan A hingga naik wangi dan udang masak.
3. Gaulkan Bahan B dalam 1 bekas tupperware
4. Masukkan udang ke dalam tupperware dan goncang perlahan.
5. Sedia untuk dihidangkan

Nota
Bahan b boleh di lebihkan jika mahu rasa lebih lemak.
Sedap di ratah begitu sahaja.

Friday, 27 July 2012

Amalan 40 hari


Air tangan Suami

Sejak 5 tahun lalu...
Aku hanya mampu berbuka puasa di dalam kereta...
Paling cepat aku sampai pun dah dengar azan maghrib di muka pintu..
Sepanjang tempoh itu aku mengerah fikiran dan tenaga untuk cuba hidangkan menu sahur dan berbuka...

Tahun pertama, kami hanya membeli lauk pauk di bazar ramadhan...selalu merungut sebab mahal, tak sedap dan tak menyempat dah basi...
Tahun kedua, en suami dah boleh masak lauk simple tapi masih lagi beli lauk tambahan di pasar ramadhan...masih lagi bunyi rungutan kerana dah makin mahal dan makin cepat basi....
Tahun ketiga, aku masak dan frozenkan lauk-pauk dan dipek untuk sekali hidang...en.suami hanya panaskan tapi katanya tak gemar sangat sebab tak fresh....
Tahun keempat, aku hanya frozenkan bahan untuk memasak menu...en. suami hanya perlu memanaskan bahan dan menambah bahan mentah lain...kemudian adjust serba sedikit..tambah bahan/rempah/sos...hmmm puas hati sebab lauk fresh...
Tahun kelima, en. suami dah pandai masak macam-macam menu....skill dan minatnya memasak semakin di asah...macam2 menu dihidangkan....bertambah2 puashati dan bersyukur....

Sepanjang lima tahun itu aku hanya memasak pada waktu cuti atau bila sempat jer....

Aku bersyukur kepada Allah kerana dapat merasa air tangan suami yang hebat....
Kadangkala aku pulak yang malu sebab menu yang aku masak tak sesedap air tangannya...

Signature dish en suami....daging goreng kunyit dan telur goreng hailam....
Waaaahhhhh....sangatlah terbaek......
Dengar macam menu mudahkan..tapi sampai sekarang aku masih belum capai tahap kesedapan tu walaupun sukatan bahan yang sama digunakan....

Memang benarlah pesan emak, air tangan memainkan peranan.....
Air tangan yang mengandungi kasih sayang dan keikhlasan...
Akan menghasilkan sesuatu yang terbaek dan istimewa....

Eh! Apa air tangan aku tak sedapkah?
Nak mula mengutuk lah tu......
Bukan begitu....setiap orang mempunyai kelebihan masing2...
Setiap orang ada signature dish tersendiri....
Mana boleh semua orang masak rasanya sama je kan....

Tapi tahun ini, aku berjaya pulang awal....
Dan en.suami dah mula mengedik manja....
Minta nak makan itu dan ini....
Dengan alasan skill memasak dia dah ke laut....
Tapi sempat lagi tu ajar aku letak segala macam ingredients penyedap...
Ceh! Kononnya la kannn!
Walaupun skill aku pun nak ala2 ke laut jugak...
Tapi pantang di cabar okeh....
You just name it babeh...i will cook for you...with lots of love and sincerity....
Heheheheh

Walau apa pun.....

Terima kasih abang.....



Thursday, 26 July 2012

Ketam Sambal Bertelur


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 20 minit
serve: 2-3 person

Bahan
3 ekor ketam- rebus (5 minit) dan belah 2
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/4 cawan cili giling
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air asam jawa (1 sudu kfc pes asam jawa)
1 sudu kecil belacan
1 biji telur
Garam & gula secukupnya
3 sudu makan minyak

Cara
1.  Tumis bawang hingga wangi.
2. Masukkan cili giling dan tumis lagi dengan api perlahan hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos, belacan dan air asam jawa dan didihkan.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Pukul telur dan masukkan dalam sambal. Terus kacau.
6. Masukkan ketam dan gaulkan.

Nota:
Ketam di bersihkan dan direbus bersama kulitnya hingga bertukar warna merah. Bilas dengan air sejuk dan kopek kulit. Ini bagi memastikan isi tidak hancur semasa digaul dalam sambal.

Tuesday, 24 July 2012

Port Lepak Myya

Hari cuti yang indah...
Masa banyak dihabiskan dengan melayan Myya..
Sejak kebelakangan ni Myya dah ada fav port..
Kalau boleh hari2 nak pi sana...

Kecik-kecik dah pandai melepak...
Tapi dengan mak pak sekali kena join..
Mana?


Ni ha!
Sejak dah pandai sebut Jusco...
Tempat itu je lah di sebutnya..

Apa? Seronok lah mak pi shopping?
Iyolah...
Memanglah kena habiskan duit jugak...
Tapi kat sini ha!

Memang best sebab sound & move effect mengikut jalan cerita. Bergoyang2 bila kapal masuk jeram...Bergegar2 bila kena bom.....mak dan ayah pun gedik jugak nak main sebenarnya

Ni hari lain pulak..
"Mak...Ayah...boleh tak kita pi Jusco...kita main game tembak2.."
Ayat ini lah yang akan diulang2 berpuluh kali setiap hari..
Ayahnya pulak rajin melayan... 

Ni sampingan je....

Sini pulak melompat berlari dekat 3 jam....Eh! Mana pulak anak aku ni??!!

Ke mana pergi pun cari lokasi ni

Amboi! Berani panjat tinggi pulak...


Isnin Selasa rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Tak petang...malam pun kena pi jugak..
Ish! Sudah2 lah tu nak oooiiiii...
Tapi kalau tak dilayan maka bersedialah mendengar 
dialog ajakan di atas non stop setiap hari.
Pelik betul...tak cemuih ka dok sebut tu je...

Monday, 23 July 2012

Nak Berubah..Tapi Bagaimana?

"Aku nak berubah"
"Aku nak berhijrah"
"Aku tak gemar melihat keburukan itu...aku mahu ia dihentikan"

Seringkali kenyataan di atas didengarkan....
Pelbagai bicara dan keinginan diluahkan.....
Tapi segalanya masih seperti dulu....
Bila ditanya kenapa.....
Jawapan yang didengar.....

"Memang aku nak berubah...tapi aku tak tahu bagaimana nak mulakan..."

Mudah sahaja sebenarnya.....
  • Mulakan sekarang
Jangan bertangguh. Anda tidak tahu jika esok masih ada. Anda tidak tahu bila kematian akan tiba. Mulakan pada detik dimana telah tercetus di hati untuk berubah. Just do it!
  • Mulakan perubahan dengan diri anda
For things to change, i must change first. Jika anda mahu orang jujur dan hormat kepada anda, Anda yang perlu terlebih dahulu jujur dan hormat pada diri sendiri dan orang lain.
  • Mulakan sedikit dahulu
Tak perlu berangan untuk buat perubahan besaran kerana ia akan menjadi kejutan kepada diri dan persekitaran. Tak semua mudah menerima kejutan sebegitu. Tak semua perubahan mengejut itu akan berkekalan. Andaikan anda ingin mengubah sebuah gunung, maka bermula dengan mengalih seketul batu. Lakukan secara berterusan. Lama kelamaan gunung tersebut akan berubah dan kukuh berpaksi.

"Allah tidak akan merubah nasib kaum itu melainkan mereka yang melakukan perubahan tersebut"


Sumber : Pembangunan Insan,Astro Ria

Sunday, 22 July 2012

Sekadar Ingatan


Puding Buah Naga Berkrim


source : staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 1 jam
serve: 10-20

Bahan
5 sudu besar susu tepung skim
3 sudu besar susu pekat
1 cawan air suam
4 cawan air
4 paket pes buah naga
10g serbuk agar-agar

Cara
1. Bancuh susu dengan air suam.
2. Kisar semua bahan hingga berbuih tebal
3. Kacau dan didihkan dengan api perlahan. Hati2 supaya buih tidak meruap.
4. Sejukkan dalam acuan pilihan.

Nota
1. Pes buah naga ni sesuai dijadikan pelbagai hidangan mengikut kreativiti seperti jus, perisa puding, perisa kek dan sos
2. Rasa puding masam berkrim.

Friday, 20 July 2012

Bawa Handphone ke Sekolah?

Kecoh isu ni sekarang...
Aku tak berapa nak tangkap logiknya kementerian nak benarkan handphone, ipad, tablet dan segalanya gadget teknologi ni....
Sebab ada free Wi-Fi kat sekolah?
Sebab nak mudahkan rujukan?
Sebab apa sebenarnya?

Aku langsung tak setuju!
Kenapa perlu menambahkan masalah yang boleh dielakkan sebenarnya...
Nampaknya akan ada lebih banyak jenayah/kesalahan akan berlaku di sekolah...
Kecil2 dah diberi peluang buat jahat....


Budaya kita tak sama dengan budaya lain
Budaya kita ada hasad dengki..
Budaya kita masih ada kasta...
Perangai budak-budak kita lain...

Kalau nak mudahkan rujukan...
Besarkan pusat sumber dan supply gadjet yang lebih banyak untuk di guna pakai...
 
Atau ambil contoh persekolahan di Jepun misalnya...
Setiap pelajar diwajibkan membawa buku dan alatan yang sama...
Pakai beg, baju, kasut yang sama...
Ya..memang perbelanjaannya tinggi pada permulaannya....
Tapi bayangkanlah...
Sekolah Jepun akan bekalkan semua peralatan itu dengan kualiti yang tinggi...
Siap ada jaminan percuma lagi untuk 3-5 tahun....
Di situ sudah ada kawalan....
Masing2 punya persepsi sama rata....
Masing2 tak perlu mengambil hak orang lain kerana dia punya dan pakai benda yang sama..
Itu ajaran yang patut diterap terlebih dahulu....


Ya...tak semua rakyat mampu bayar harga mahal sebegitu....
Haloooo...itu pentingnya subsidi yang kerajaan beri....
Subsidi sepatutnya diberi untuk bahan berkualiti yang boleh dipakai lama....
Bukannya subsidi untuk bahan yang boleh pakai 1-2 tahun sahaja....
Sebab tu asyik cakap takde duit je.....
Perancangan tak betul!

Boarding school dah ada sistem seperti di Jepun ni....
Jadi sample yang diguna tidak tepat....ianya minoriti...
Kena ambil sample sekolah rakyat marhein ni...
Itu majoriti di sini

Tolonglah buat kajian dulu....
Brainstorm apa root cause....
Baru cari corrective action....
Dan juga preventive action....
Kaedah ni semua bukan baru....
Cuma perlu dipraktikkan sahaja....

Thursday, 19 July 2012

Rojak Terbaik di KL

Aku suka makan pasembur....
Bila dok di KL ni sangat susah cari pasembur...
Yang ada di panggil rojak....
Di Penang kalau sebut rojak kami hanya bayangkan rojak buah..
Tapi di KL rojak adalah seakan-akan pasembur...
Menggunakan bahan yang hampir sama i.e cucur, tauhu, telur rebus, sengkuang, timun...
Menggunakan kuah kacang atau kuah kentang berkacang.....
Pasembur ada lauk extra seperti sotong, udang, ketam, fishcake, fish ball...
Rojak kadangkala di tambah mee...
Dari segi definisi pasembur = rojak = campur = cacamarba...
Tapi masih bagi aku masih tiada yang dapat menandingi kehebatan pasembur Penang!

Namun kali ini dah jumpa rojak seakan pasembur...
Dan yang penting ianya sangat sedap!
Din Maju No 1
Beroperasi di stadium bola Cheras...
Berhampiran Tasik Permaisuri...
11am-7pm Everyday except Friday
Lokasi best....thumbs up!
Setiap petang kecuali Jumaat

Rojak sotong dan cendol...cepat je sold out!

Ini anak comel makan ais kosong je....



Tuesday, 17 July 2012

Pan Fried Lobster With Garlic Butter


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 30 min
serve: 2

Bahan
2 ekor lobster
1 sudu besar butter
1 sudu besar bawang putih cincang
Sedikit daun parsley cincang

Cara
1. Rebus lobster lebih kurang 10 minit-bertukar merah
2. Belah lobster bermula dari badannya.
3. Gaulkan semua bahan lain dan lumur pada isi lobster
4. Panggang atas pan sebentar hingga wangi. Jangan sampai hangus..

Nota:
1. Lobster perlu di rebus kerana kulitnya yang keras
2. Lobster boleh dimasak pelbagai hidangan namun resepi paling minima adalah yang terbaik agar dapat menikmati isi lobster yang terbaik sepenuhnya.

Monday, 16 July 2012

Kena Tipu!

Minggu lepas..dapur rumah di basahi banjir...
Ada air keluar dari celah lantai bawah kabinet...
Makin lama makin banyak....

Tiba2 jiran bawah rumah call..
Katanya air dah mengalir turun laju ke dalam kawasan yardnya
Dia suspek paip air dapur bocor
Lalu mencadangkan seorang kontraktor sebangsa..
Kad contactnya di ambil di peti pos...

Kerana tiada pilihan dan terdesak...
Kami terus memanggil kontraktor tersebut...
Dengan niat membantu mereka yang sebangsa...
Siapa lagi nak tolong jika bukan kita?
Walaupun hati aku terdetik ingin menggunakan khidmat plumber bukan sebangsa yang yakin lebih berpengalaman kerana sudah terbiasa berurusan dengan mereka...

20 minit kemudian mereka datang dan buat inspection...
Di jangkakan paip air di singki bocor...
Perlu buka kabinet dapur dan pecahkan jubin untuk mencari punca...

Aku tak suka langsung mendengarnya...
Tapi katanya tiada pilihan..
Dan paip di singki dan yard perlu di tutup dan tidak boleh digunakan langsung bagi mengelakkan kebanjiran berulang...
Bagaimana nak memasak, membasuh baju?

 Oh...sangat susah...
Sumber air terdekat adalah bilik air kedua yang jarak perlu dilalui lebih kurang 10 meter..

Terus buat keputusan untuk terus perbaiki...
Minta quotation...
Dijangka kerosakan serius dan besar....
Kos anggaran minima RM900 dan perlukan 2 hari untuk tempoh baikpulih

Esok mereka datang lagi...
Kali ini bertiga...
Kerosakkan sangat minor...
Kos barang sangat minima....2 kaki paip ganti, 1 paip extension L, 1 cawan simen  (untuk lekatkan jubin)
Jubin yang pecah kami supply sendiri  
Baikpulih siap dalam tempoh kurang 2 jam....
Berbeza dari jangkaan!!!!

Dan kosnya kami perlu bayar RM900...
Amboi! Kuatnya kami diketuk....sangat melampau!
Katanya perlu bayar untuk 3 orang bekerja....
Hallloooooo......hanya seorang je bekerja dan 2 lagi pemerhati sahaja....
Dan kos barang kurang RM50 pun....
Apa ni?
Tiada tolak ansur langsung!
Itu duit titik peluh kami....tak berbaloi dengan titik peluh yang kamu curahkan pun...

Lebih menyakit hati...
Kos yang dianggar oleh plumber bukan sebangsa hanya RM150-RM200...
Aku juga pernah diketuk oleh bukan sebangsa ini tapi tidaklah melampau...up sikit je....

Seciput je nilainya sebegitu tinggi dikenakan

Hmm...sudah terlambat....
Menyesal tiada berguna...

Supaya aku tidur lena...
Aku halalkan sahaja...
Agar anak-anak kamu tidak makan duit haram dan berperangai syaitan kelak menyusahkan orang lain...

Amboi...
Sebegitu jauh pemikiran global aku.....
Hehehehehe
Mungkin ada hikmah yang tersembunyi....

Thursday, 12 July 2012

Sambal Belacan Udang Kering


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 10 minit
serve: 5-10 orang

Bahan
1/2 cawan cili padi
5 cabai hidup merah/hijau
1/4 cawan udang kering - rendam
3 inci belacan bakar
2 sudu kecil pes asam jawa
2 sudu kecil madu epal
2 sudu besar sos nampla
1/2 cawan air

Cara
Kisar kasar atau tumbuk.

Nota:
1. Bahan2 diatas sekadar panduan, boleh dilebih atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing
2. Madu epal boleh digantikan dengan limau nipis/lemon

Mulakan Setiap Hari



Sunday, 8 July 2012

Keputusan Yang Menyusahkan

Cuaca amat panas sekarang ni kan
Kami ambil keputusan untuk pasang aircond di bilik utama
Dah sampai masanya untuk kami merasa selesa

Aku ditugaskan untuk mencari aircond yang semudah mungkin
Mudah dikendali dan mudah dijaga
Dan paling penting harganya berpatutan

Cari punya cari jumpa satu kedai yang menawarkan apa yang dicari..
Bonus mendapat servis pemasangan percuma...
Dengan hos 10 kaki percuma

Bila tiba masanya....

Hati terasa sakit...
Kenapa?
Kerana keputusan pihak pengurusan apartment hanya membenarkan kipas aircond diletak di yard..
Walaupun design asal memang perlu menempatkannya di depan
Lokasi bilik utama dan yard memang jauh
Jadi kami perlu beli extra hos dan tiub air hampir 40 kaki lagi..
Untuk nampak kemas, aku buat minta di tutup hos dengan cover pvc tu...
Juga lebih 40 kaki....
Hasilnya...kami perlu bayar kos pemasangan hampir sama harga aircond...
Sangat menyakitkan hati....
Keputusan yang dibuat sangat menyusahkan....
Kenapa tidak design je dari awal bagi memudahkan pengguna?

Hmmmm.....
Tapi kami redha....
Hati yang panas menjadi sejuk....
Bila Myya senyum dan ucapkan terima kasih kerana tidur malamnya tidak lagi dibasahi peluh....

Nota:
Harga aircond = RM899
Harga pemasangan = RM670

Thursday, 5 July 2012

Ada apa dengan Syaaban?

Tengah hari tadi ada Tazkirah di ofis anjuran PPZ...
Antara intipati yang dapat dikongsi....

Apa itu Nisfu Syaban?
Hari ke 15 bulan Syabaan di mana pada malam itu digalakkan melebihkan ibadat, membaca al-Quran, berzikir, berpuasa dan memperbanyakkan doa.

Ada 5 hari yang mustajab doanya :
1. Malam Jumaat
2. Malam Aidul Fitri
3. Malam Aidul Adha
4. Malam Lailatulqadar
5. Malam Nisfu Syaaban

Amat rugi mereka yang tidak mengambil kesempatan berdoa kepada Allah pada waktu ini kerana ada hadis (maaf saya tak sempat catit) mengatakan semua doa orang yang tidak mensyirikan Allah akan dimakbulkan. Mereka yang berakidahkan Islam sudah pasti berpeluang mendapat doa yang makbul kecuali berikut:

Golongan tidak di Makbulkan Doanya

1. Menderhaka pada ibu bapa
2. Minum Arak
3. Makan Riba
4. Suka berzina
5. Tidak menunaikan zakat
6. Menggunakan sihir
7. Syirik kepada Allah

Peristiwa besar yang dikatan berlaku pada bulan Syaaban adalah perubahan kiblat dari BitulMuqaddis ke Kaabah kerana bagi membezakan kiblat yang digunakan oleh Yahudi. Perubahan perlu dilakukan kerana Yahudi pasti mentertawakan umat Islam jika masih menggunakan kiblat yang sama seperti mereka iatu di BaitulMuqaddis.

Tapi kini umat Islam perlu melakukan perubahan minda dan fizikal dari berpandukan Barat dan kembali semula kepada ajaran Islam.

Bulan Rejab dan Bulan Syaaban merupakan bulan persediaan untuk menghadapi Ramadhan. Dikatakan sahabat Rasullullah sentiasa merindui Ramadhan dengan menangisi Ramadhan dan meneruskan amalan Ramadhan sehingga 6 bulan selepas Ramadhan berlalu dan bulan-bulan seterusnya mereka membuat perlbagai amalan persediaan Ramadhan sehingga bertemu Ramadhan yang akan datang. Ini bermakna amalan dan ibadah mereka berterusan dan Ramadhan hanyalah bonus bagi mendapatkan pahala berlipat ganda...

Moga menjadi panduan...
Mohon diperbetulkan jika terdapat kesilapan...


Monday, 2 July 2012

Insya Allah - (Versi Melayu) oleh Maher Zain

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu


Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar