Saturday, 31 March 2012
Nasi Goreng Serai
source: staranisecafe
Preparation time: 15 minit
Serve : 2
Bahan
3 cawan nasi
1 biji bawang - hiris
4 ulas bawang putih - hiris/tumbuk
2 sudu makan penuh sambal serai
1/4 ekor ayam panggang (M) - potong kecil
2 sudu makan kicap pekat ABC
Sayur - lobak/sawi/kubis/ etc
Garam secukupnya
3 sudu makan minyak
Air (jika perlu)
Daun bawang/cili merah/bawang goreng
Cara
1. Tumis bawang hingga layu. Masukkan sambal dan kicap.
2. Gaulkan ayam dan sayur.
3. Gaulkan nasi.
4. Tabur hirisan daun bawang/cili/bawang goreng
Friday, 30 March 2012
30 minit Ustaz Don: Jenis Air
Rumusan yang difahami...
Manusia diwajibkan bersuci dari najis dan hadas bagi melakukan ibadah kepada Allah.
Cara bersuci yang mudah diamalkan adalah dengan menggunakan air.
Ada 4 jenis air :
1. Air mutlak - Air yang suci dan mensucikan dan tidak makruh menggunakannya
2. Air Musyammas - Air yang suci dan mensucikan tetapi makruh menggunakannya
3. Air Musta'mal - Air yang suci tapi tidak mensucikan
Soalan : Ada bangkai anjing di pantai, bolehkan air laut digunakan untuk bersuci? Bolehkah guna air zam-zam untuk bersuci?
Jawapan : Air laut adalah sangat luas dan tidak akan boleh dinajiskan dengan apa2 pun. Boleh guna air laut untuk bersuci tapi jangan guna air yang berhampiran bangkai(najis) tersebut. Air perigi yang mempunyai keladak boleh digunakan untuk bersuci (pastikan keladak dah tenggelam kebawah untuk faktor kebersihan. Air hujan yang jatuh atas bumbung jika sudah terkena najis (atas bumbung) tidak boleh digunakan untuk bersuci. Air salji pastikan telah dicairkan dengan suhu normal sebelum digunakan untuk bersuci. Konsep air sungai sama seprti air laut. Jika guna air embun pastikan setiap tekapan di rimbunan dedaun yang berbeza untuk sekali penggunaan.
Air zam2 adalah air terbaik di muka bumi. Rasulullah SAW pernah berwuduk dengan air zam2.
Manusia diwajibkan bersuci dari najis dan hadas bagi melakukan ibadah kepada Allah.
Cara bersuci yang mudah diamalkan adalah dengan menggunakan air.
Ada 4 jenis air :
1. Air mutlak - Air yang suci dan mensucikan dan tidak makruh menggunakannya
- Air yang kekal dengan sifat kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah SWT
- Air hujan, air sungai, air perigi, air mata air, air embun, air laut, air salji
- Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang.
- Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak 2 qullah, maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh benda lain melainkan beubah dari segi warna, bau dan rasa.
- Air yang kurang dari sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa.
- 2 qullah : 234 liter = 500 kati baghdad = 317 kati Malaysia = 192.88 kg
- Ada macam2 perbezaan pendapat tentang kuantiti air dlm pelbagai kitab, paling minima iaitu 234 liter
- Jika bekar berbentuk 4 segi sama, ukuran panjang, lebar, tinggi mestilah 1 1/4 hasta = 22.5 inci
- Jika bekas berbentuk silinder, ukuran tinggi 25 inci dan lebar 18 inci
- Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlaq yang mensucikan, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan" .
2. Air Musyammas - Air yang suci dan mensucikan tetapi makruh menggunakannya
- Air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri2 beriklim panas.
- Hanya pada air yang bertakung dalam bekas selain emas dan perak seperti tong2 besi (boleh karat)
- Dikatakan air panas dan bertakung ini boleh menyebabkan penyakit sopak.
- Makruh digunakan bersuci anggota badan ketika bersuhu panas tetapi boleh digunakan untuk membasuh
- Air tersebut jika telah sejuk atau bersuhu normal boleh digunakan untuk bersuci anggota badan. Jika digunakan semasa terlampau panas atau sejuk dikhuatiri tidak dapat meratakankannya ke anggota badan.
3. Air Musta'mal - Air yang suci tapi tidak mensucikan
- Dari perkataan "amal"
- Air basuhan pertama untuk bersuci (hadas besar atau kecil) yang sudah terkena anggota badan.
- Boleh diminum atau mencuci pakaian, tapi tak boleh diulang guna untuk bersuci.
- Basuhan pertama hukumnya wajib tapi basuhan kedua dan ketiga adalah sunat hanya untuk memastikan air sampai/rata ke anggota badan
- Titisan dari basuhan pertama tidak boleh masuk ke air basuhan kedua sebab akan menjadikan ia air mustaqmal(telah digunakan). Tapi air basuhan kedua tidak mengapa.
- Tutup takungan/tadahan air di bilik air semasa mandi wajib supaya air tadahan itu tidak menjadi air mustaqmal sebab tak cukup 2 qullah. Jika air mandian sunat tidak mengapa diulang guna.
- Air yang telah dimasukki atau bercampur dengan najis hingga berubah warna, rasa dan bau walaupun jumlahnya hingga kadar 2 qullah. Kalu kurang dari 2 qullah pun bukan boleh guna untuk bersuci
- Air yang bercampur dengan najis (haiwan/bangkai haiwan) yang tidak berdarah tidak di kira sebagai bernajis dengan syarat tidak sengaja dicampak masuk. Cth haiwan tersebut: semut, cicak, lalat, kumbang, kala jengking, lipas, dll
- Air yang bercampur najis berbentuk halus (tidak dapat dilihat dengan mata kasar) boleh digunakan untuk bersuci
- Air melebihi 2 qullah dan najis yang masuk tidak merubah sifat air tersebut boleh digunakan untuk bersuci
Soalan : Ada bangkai anjing di pantai, bolehkan air laut digunakan untuk bersuci? Bolehkah guna air zam-zam untuk bersuci?
Jawapan : Air laut adalah sangat luas dan tidak akan boleh dinajiskan dengan apa2 pun. Boleh guna air laut untuk bersuci tapi jangan guna air yang berhampiran bangkai(najis) tersebut. Air perigi yang mempunyai keladak boleh digunakan untuk bersuci (pastikan keladak dah tenggelam kebawah untuk faktor kebersihan. Air hujan yang jatuh atas bumbung jika sudah terkena najis (atas bumbung) tidak boleh digunakan untuk bersuci. Air salji pastikan telah dicairkan dengan suhu normal sebelum digunakan untuk bersuci. Konsep air sungai sama seprti air laut. Jika guna air embun pastikan setiap tekapan di rimbunan dedaun yang berbeza untuk sekali penggunaan.
Air zam2 adalah air terbaik di muka bumi. Rasulullah SAW pernah berwuduk dengan air zam2.
Thursday, 29 March 2012
Wednesday, 28 March 2012
Tuesday, 27 March 2012
Monday, 26 March 2012
Sunday, 25 March 2012
Orange Blended Cake
Inspirasi dari : Fida MYR
Preparation Time: 1 jam
Serve: 10
Bahan A
1 biji limau – buang urat, potong kecil
½ cawan mentega-cair
¾ cawan gula
2 biji telur
Bahan B
1 cawan tepung SRF
1 sudu kecil baking powder
Cara
1. Kisar Bahan A
2. Ayak Bahan B
3. Tuangkan Bahan A dalam Bahan B. Kaup balik sebati
4. Tutup acuan dengan aluminium foil supaya permukaan kek tak terlalu masak
5. Bakar 40minit-1jam, 170 darjah celcius
6. Sejukkan sebelum potong
Tips:
Pastikan kulit bahagian putih buah oren tidak terlalu tebal untuk elakkan rasa pahit dan pedar. Jika ya buang kulit bahagian putih tapi parut dan guna kulit oren untuk bau wangi.
Pilih limau yang manis.
Saturday, 24 March 2012
Mee Goreng Serai
source: staranisecafe
Preparation time: 15 minit
Serve : 5
Bahan
500g mee kuning - toskan
1 biji bawang - hiris
4 ulas bawang putih - hiris/tumbuk
4 sudu makan penuh sambal serai
1/4 ekor ayam panggang (M) - potong kecil
2 sudu makan kicap pekat ABC
Sayur - lobak/sawi/kubis/ etc
Garam secukupnya
3 sudu makan minyak
Air (jika perlu)
Daun bawang/cili merah/bawang goreng
Cara
1. Tumis bawang hingga layu. Masukkan sambal dan kicap.
2. Gaulkan ayam dan sayur.
3. Gaulkan mee. Jika mahu sedikit basah boleh tambah air secukupnya.
4. Tabur hirisan daun bawang/cili/bawang goreng
Friday, 23 March 2012
Thursday, 22 March 2012
Wednesday, 21 March 2012
Tuesday, 20 March 2012
What is Your Name?
Sebelum ni Myya boleh jawab dengan tepat nama sendiri, mak dan ayah...
Tapi sekarang bila di tanya..
M: What is your name?
m: Princess Baby
M: What is your mak name?
m: Mommy
M: What is your ayah name?
m: Daddy
Alahai...
Tapi sekarang bila di tanya..
M: What is your name?
m: Princess Baby
M: What is your mak name?
m: Mommy
M: What is your ayah name?
m: Daddy
Alahai...
Monday, 19 March 2012
Aksi Chef Myya
Mula-mula
"Mak...Myya nak tolong....Myya nak tolong...Myya nak tolong..."
Gigih angkat kerusi bagai
Last sekali....
"Uwaaaaaaa......sakit la makkkk...uwaaaaaaaa"
Percik masuk mata la tu!
Nasib baik bukan cili....Fuh!
Lepas ni mak pakaikan spek dulu ya..
Sunday, 18 March 2012
Biskut Lapis Cheese
Source: staranisecafe.blogspot.com
Inspired from: ryoazhar & secubitgaramnor67
Preparation time: 30minit. Sejukkan lebih 4 jam
Serve : 10
Bahan A
1 cawan susu anlene coklat/susu lowfat-suam
1 bungkus biskut krackers/ Marie cap Hwa Tai (perisa kopi/coklat/plain)
Bahan B
250g cream cheese (brand Tatura)
1/2 cawan gula ising
4 sudu besar susu sejat/air suam
Cara
1. Lapikkan loyang dengan plastik
2. Kisar bahan B hingga kembang.
3.Celup biskut dalam susu suam sekejap. Bagi basah je. Jangan sampai hancur.Susun biskut dalam loyang.
4. Lapiskan dengan cheese.
5. Ulang melapis hingga 3 atau 4 lapisan. Lapisan paling atas biskut semula.
6. Taburkan serbuk biskut yang dihancurkan.
7. Sejukkan dalam peti sejuk.
Tips:
1. Boleh guna pelbagai jenis biskut untuk melapis.
2. Buat lebih bahan B untuk mendapat lapisan cheese yang tebal.
3. lapis krim kracker lebih sedap dan puas makan. Tengok cracker-lapis-cheese-rossell
Saturday, 17 March 2012
MATTA FAIR 2012
Dah lama berangan nak ke sini
Dengan harapan dapat penjimatan untuk bercuti
Tapi indah khabar dari rupa
Kebanyakkan tawaran disediakan oleh travel agency
Nampak sangat murah
Tapi bila baca 'fine prints'
Alahai...Patah hati!
Ubati hati dengan ambil brochure dan maps..
Boleh jadi panduan nak buat itenerary sendiri
Good Luck to Myself!
LOL
Pulut Pisang
Source: staranisecafe.blogspot.com
Inspirasi dari: Warung Kita @ Astro
Preparation time: 1 jam
Serve: 10
Bahan A
1 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Pandan & coconut Emulco secukupnya
Bahan B
5 biji pisang - berangan/montel/pisang yang keras isinya
Cara
1. Tanak Bahan A hingga masak.
2. Panaskan pisang (jangan kupas) dalam microwave 10-15 saat. Jangan sampai lembik sangat
3. Ratakan pulut atas alas plastik. Kupas pisang. Gulungkan pisang dalam pulut. Kejapkan. Potong.
Friday, 16 March 2012
KAU la!
Sekarang ni musim Myya memberi respon dengan ayat ini.
"Kaulah busuk!"
"Kau pun sama..."
"Kau yang ngada-ngada.."
"Kaulah...!"
Akupun layan....
M: Kau-kau apa?
m: Kaulah busuk kau ngada kau busuk wek kau ngada sama kau ngada kau busuk! >sekali harung satu nafas daaaa
M: Hmmmm....kau cakap apa? Saya tak faham....
m: Kaulah ngada-ngada...hahahahahahaha
Aku rasa dia pun tak tahu apa yang dia cakap....hahahaha
"Kaulah busuk!"
"Kau pun sama..."
"Kau yang ngada-ngada.."
"Kaulah...!"
Akupun layan....
M: Kau-kau apa?
m: Kaulah busuk kau ngada kau busuk wek kau ngada sama kau ngada kau busuk! >sekali harung satu nafas daaaa
M: Hmmmm....kau cakap apa? Saya tak faham....
m: Kaulah ngada-ngada...hahahahahahaha
Aku rasa dia pun tak tahu apa yang dia cakap....hahahaha
Thursday, 15 March 2012
Santai di Kuching Sarawak : Kenapa Aku Sentap?
Hari terakhir aku telah ditanya soalan yang sama oleh 3 orang yang berbeza...
Insan 1 : Che abang - "Eh!apsal nampak you macam pregnant je ni?"
Insan 2 : Makcik yang tengah santai di waterfront. Masa ni aku tengah bawa Myya di bahu sambil jalan laju2 sebab nak kejar masa ke airport. Aku dengar makcik tu cakap kat suaminya "Laaa haaaiiii...selamba je dukung anak jalan laju macam tu...ngandung tu...."
Insan 3 : Staff airport "Puan pregnant ke? Boleh bawa beg tu?"
EEEEEEEE......SENTAP tau!
Padan muka! Belum cukup sedar diri nampaknya!
Hahahahahahaha
Insan 1 : Che abang - "Eh!apsal nampak you macam pregnant je ni?"
Insan 2 : Makcik yang tengah santai di waterfront. Masa ni aku tengah bawa Myya di bahu sambil jalan laju2 sebab nak kejar masa ke airport. Aku dengar makcik tu cakap kat suaminya "Laaa haaaiiii...selamba je dukung anak jalan laju macam tu...ngandung tu...."
Insan 3 : Staff airport "Puan pregnant ke? Boleh bawa beg tu?"
EEEEEEEE......SENTAP tau!
Padan muka! Belum cukup sedar diri nampaknya!
Hahahahahahaha
Wednesday, 14 March 2012
Santai di Kuching Sarawak: Makan Apa????
Planet Sambal @ Jalan Padungan |
Laksa Sarawak @ Planet Sambal Rasa rempah yang sangat kuat! |
Linut & Sambal Belacan @ Planet Sambal Dibuat dari sagu...gulung2 dengan sudu, cicah sambal, telan! |
Nasi Goreng Jeruk Dabai @ Planet Sambal Masin |
Umai Obor-obor @ Planet Sambal Sedap |
Atok Kopitiam @ infront Menara Perkeso |
Mee Kolok @ Atok Kopitiam Macam makan maggi siram kicap |
Nasi Lemak Sambal Ikan @ Atok Kopitiam Boleh lahhhh |
Muslim Seafood @ Topspot |
Clockwise: Midin Goreng Belacan, Sup Gamat, Sotong Sambal Cili Kering, Udang goreng butter, Siakap 4 Rasa @ muslim Seafood, Topspot Sedap sangat! perfect! |
Clockwise: Udang masak Asam Pedas Sarawak, Nasi goreng special, udang goreng sambal cili kering, Pepahat goreng kari, Sotong goreng butter @ Muslim Seafood, Topspot Sedap sangat! Perfect! |
Umai Ikan @ Topspot Ntah kenapa...tak boleh telan... |
Coffee 'O' Corner @ Pasar Satok (Gambar Ihsan Google) |
Nasi Ikan Lelapan @ Coffe 'O' Corner Ada ikan talapia terbang...tapi hanya tujuh bahan...patutnya jadi Tetujuh! |
Nasi+Ayam Penyet @ Coffee 'O' Corner Sedap jugak...ayam dibakar... |
Telur masin goreng @ Coffee O Corner Sungguh menggoda...sedap |
Roti Canai Sardin Mayo Cheese @ Coffee O Corner Biasa je....sangat mengenyangkan |
Celorot a.k.a bingka beras gula merah @ Pasar Satok Manis dan wangi (Gambar ihsan Google |
Kerepek Pisang Keju @ Pasar Satok Di gaul dengan serbuk keju. Makan banyak jadi muak (Gambar ihsan Google) |
Tebaloi a.k.a Kuih Sagu @ Pasar Satok Manis (Gambar ihsan Google) |
Ulat Sagu @ Mulong Yang ini kempunan nak makan Merata cari tapi khabarnya bukan musim... (Gambar ihsan Google) |
Tuesday, 13 March 2012
Santai di Kuching Sarawak- Day 4: Berakhir!
Pukul 7pm kami gerak ke Airport. Perjalan ambil masa 35 minit. Sampai je airport tuan kereta tak sampai lagi. Kena tunggu pulak nak serah kunci…..on the way katanya….apa daaaa…..
Myya dah excited nak naik aeroplane. Aku biar je berlari melompat…
“Yang tunggu sini, abang pergi hantar beg dulu….mana tiket?”
Tengah sibuk cari tiket tiba2 Myya menjerit. Dah tergolek. Tangan dah cekup mulut. Aku berlari dapatkan Myya. Ya Allah….banyaknya darah….
“Cepat bang…bagi air….berdarah ni….”
Aku dah panic. Myya dah meraung tak hingat. Aku curah2 air perlahan untuk bersihkan darah. Aku cuba cari punca pendarahan tapi tak nampak sebab gelap….
“Abang pergi hantar beg dulu. Dah lambat ni…..”
Aku cuba pujuk dan tenangkan Myya……jam dah 8.10pm tapi bayang tuan kereta masih tak nampak. Tiba2 nampak che abang datang masih dengan bagasi.
“Kaunter beg dah tutup. Nasib baik dah buat online check in.”
“Takpelah….less than 12kg. hand luggage je lah….”
Ye betul. Aku datang dengan bagasi seberat 10kg dan pulang dengan 12kg je untuk kami bertiga. Beg sandang pun satu saja buat isi susu Myya dan dokumen. Nama pun santaikan….
Ish….aku dah panas….che abang call tuan kereta lagi. Tiba2 che abang tinggalkan kunci bawah karpet kereta.
“Selamat ke bang?”
“Tuan kereta yang suruh. Dia lambat lagi nak sampai tu…”
Hmmm….tawakal jelah….
Jam 8.20pm. Kami terus check in.
“Ini je bagasi encik? Sekejap ya…” petugas di pintu masuk terus bercakap di walkie talkie..Blalalalaaa…
“Ok…nanti abang tinggalkan beg ni di tangga flight ya…Kita masuk kargo…cepat sikit ya….”
Aku tarik bagasi. Che abang dukung anak…tengah turun escalator…tiba2 dah dengar panggilan akhir..
“Penerbangan ke Kuala Lumpur akan berlepas dalam 5 minit. Pintu akan di tutup 2 minit lagi…”
Aku tengok signboard. Ha? 200 meter?
Kami berlari sepantas mungkin. Rupa2nya ada 3 lagi passenger berlari sama…
Sampai di gate 2…petugas kelam kabut tagkan bagasi sambil bebel marahkan kami lambat…..
Tiba-tiba…”Puan ********* ke?”
Tersentap aku! Kenapa? Hari ni dah 4 kali aku dengar soalan tu…nanti aku cerita…
Pukul 8.30pm. kapal terbang bergerak!
Aloooooooo……kat tiket tulis flight time 8.40pm ya….korang yang awal tau!
Myya sangat excited baca manual keselamatan dalam fligt tu….mulut bebel2 bertanya macam-macam….
“Mak…nak kencing la….”
Masuk toilet flight….dengar bunyi pressure yang kuat…..
“Mak! Bunyi apa tu? Mak! Tengok kencing tak boleh keluar…”
Alahai siannya…takut sampai tak jadi nak kencing….
Kali ni Myya berjaga sampai mendarat di LCCT sebab layan Angry bird di tablet….
Kami naik teksi balik rumah =RM84.
Al-hamdulliah selamat sudah….
End of Day 4
Monday, 12 March 2012
Santai di Kuching Sarawak- Day 4: Taman Orkid
Aku cadangkan pula untuk ke Taman Orkid. Terletak betul2 berdekatan dengan Astana. Tapi pusing2 la jugak sebab GPS tak dapat detect lokasi sebenar. Lepas tanya orang baru jumpa.
Masuk ke Taman Orkid hari ini percuma. Tak ramai orang. Memandangkan Myya tidur dan che abang tak berminat dengan bunga ni maka aku pun meninjau seorang je. Kawasannya sangat luas.
Ada banyak daun dari bunga. Tukang kebun kata cuaca tak mengizinkan. Tapi dalam tak banyak bunga pun ada macam2 jenis bunga orkid unik dan bermacam warna dan nama dapat aku jumpa. R
Rasa bahagia pulak.
Lepas sejam leka ambil gambar bunga, tiba-tiba….
“Mak!Mak! Mak kat mana? Mak!Mak!”
Macam ku kenal suara itu….Laaaa…anak comel dah bangun mencari maknya….
“Ni anak cari….jaga ya….i tunggu kat sana..”
Aik?
“Mak…kenapa tak ajak Myya?”
“Myya kan tidur tadi…”
“Mana ada? Mak….ambil gambar bunga ke?”
“Ye….jom mak ambil gambar Myya…”
“Ok!”
Wahhhhh…pertama kali….anak aku sukarela nak bergambar.
“Mak….cantik bunga tu…ambil gambar cepat….sini pulak….mak kejar la Myya….ambil gambar sini pulak….Mak kejar la Myya lagi….cepat ambil gambar sini…..”
Pose!Pose!Pose!
Aduyai…bahagianya…tercungap2 kejar….
Lepas puas meninjau kawasan yang luas dan cantik ni, rehat di Café basahkan tekak…..
Berbaloi juga datang sini. Recommended.
Pukul 4.30pm. Kami ke Kedai Dayang Salhah. Beli kek buat buah tangan. Malas nak berjalan ke kedai lain dah.
“Jom kita pergi Fort Margherita. Dekat ni..,” che abang bersuara sambil belek place of interest di GPS.
“Malas lah…panas ni….abang minat tengok bangunan sejarah ke?”
“Ada masa ni…saja je pergi tengok.”
Memang dekat. Sebelah kedai Dayang Salhah je. Laluan agak misteri bila perlu melalui rumah2 orang hingga melalui sekolah di atas bukit. Lepas 10 minit mendaki sambil mendukung anak comel, kami sampai di sebuah anak bukit.
“Jauh lagi nak kena daki ni….jom patah balik lah!”
“Memang pelik dan misteri….Jom pekena teh tarik sedap di Planet Sambal”
Kami parking di TopSpot. Berjalan ke Planet Sambal untuk minum petang. Che abang nak repeat minum the tarik paling sedap pernah diminum katanya. Kami makan Nasi Goreng Jeruk Dabai, 3x teh tarik, fries =RM17.70.
Kemudian kami berjalan santai pula di Waterfront. Konon nak tengok matahari terbenam. Tunggu punya tunggu terus gelap….hahahahhaaa
Hahahaha....so sweet... |
Bersambung……
Sunday, 11 March 2012
Santai di Kuching Sarawak- Day 4: Pasar Satok
Plan nak pergi meninjau Pasar Satok awal pagi. Tapi che abang beri cadangan supaya terus checkout. Bersiap punya bersiap dengan anak dara comel yang masih liat bangun pagi, kami check out dari Tune Hotel tepat jam 11.15am.
Terus ke Pasar Satok. Hajat hati nak beli lihat cenderamata unik dan murah. Dengan bantuan GPS, perjalan 10 minit menjadi 20 minit sebab terlajak jalan.
Kami hanya parking di tepi jalan sebab dah terlampau sesak. Harap tak kena saman.
Pasar Satok hanya dibuka pada hujung minggu dan menjual barangan basah. Banyak jenis sayuran dan hasil sungai, laut dan hutan dijual dengan harga yang sangatlah murah.
Kawasan jualan sangat besar dan jumlah peniaga pun ramai. Kami bermula dengan bahagian menjual sayuran dan ikan. Ada macam2 jenis sayuran yang sangat segar di jual dalam kuantiti yang banyak tapi dengan harga yang murah. Aku memang suka sayur….kalau tinggal di sini boleh selalu makan sayur segar. Boleh sihat jadinya. Tapi takkan nak pindah sini semata2 nak makan sayur…hehehehe…
Tapi disini lebih banyak sayuran hasil hutan ya. Contohnya petai, pucuk paku, kantan, midin, ubi ubian, dan macam2 lagi yang pelik tapi nampak sangat sedap…Sayuran hasil ladang ada jugak tapi tak sebanyak manalah. Orang Sarawak suka makan belacan ya? Setengah blok batu bata belacan=RM5 je.
Sebab terkilan tak dapat beli petai di Pasar Serikin, aku beli ½ cawan petai yang dah siap kopek = RM2. Kalau yang belum kopek harga sama boleh dapat dalam 1 cawan gitu. Hmmm balik boleh buat sambal petai. Aku jugak teringin nak beli sayur midin tapi macam leceh pula nak naik flight nanti….
Jalan2 lagi kami singgah tinjau peniaga yang jual ikan, udang, ketam dan lain2. Humang aih….murah sangat ni abang jual…boleh dapat untung ke? Ishhhh…..naik meroyan aku tengok. Mulalah macam2 idea resepi muncul dalam kepala…..
Kami singgah pula di kedai jual buah…paling banyak jual buah dabai…cuba sebijik tapi tak sedap ah! Aku tengok peniaga kat situ makan buah dabai macam makan kuaci!
Ternampak gerai jualan kuih muih. Aku ajak che abang cuba jika ada kuih yang unik…3pcs=RM1. Beli karipap (ini Myya request), kuih apa ntah dalam gulungan daun, kuih pulut, dll…..tapi semuanya kurang sedap pada tekak aku….alahai nasib…. Ada juga juala nasi lemak tapi bungkus dalam plastic je.
Bila sampai di section jual cenderamata….alamak…semua pakat2 dok bungkus simpan dah…tengok key chain dan fridge magnet yang jual di sini punyalah cantik, pelbagai dan murah. Kalau beli peket lagi murah….t-shirt, kain baju, beg, gelang, rantai, dan macam2 lagi berjiwa Sarawak. Che abang ajak cari papan rehal nak hadiah kat omak…so kami berjalan laju jeling2 je tengok barang jualan. Tak sempat nak belek pun. Sampai je penghujung tak jumpa pun papan rehal. Sekali patah balik……alahai…..dah bungkus! Cepat betul! Baru pukul 12.30 tengahari. Ishhhh! Geramnya! Aku memang berhajat betul nak beli gelang manic untuk Myya. Anak comel ni minat sangat gelang sekarang ni….Terkilan sangat!
Perut dah lapar. Kami singgah lunch di Coffee O Corner. Dekat je dengan pasar Satok. Kami makan nasi ayam penyet bakar, nasi lelapan, roti canai cheese mayonis daging, milo ais, telur asin goreng, teh tarik = RM32.70.
Jam menunjukkan pukul 2.10pm. Che abang ajak ke Muzium Kucing. Myya mesti seronok tengok kucing.
Tapi sangat sedih hokey! Muzium tutup atas sebab2 yang tidak diberitahu! Mencik!
Bersambung……
Saturday, 10 March 2012
Santai di Kuching Sarawak- Day 3: Jong Crocodile Farm
Destinasi seterusnya adalah Jong Crocodile Farm. Laluan sejauh lebihkurang 50km dari Serikin selama 45 minit amat mudah dengan bantuan GPS. Dari jalan utama, laluan masuk agak berbatu, mungkin akan dibaikpulih dimasa depan. Kami sampai tepat pukul 2.15pm.
Jong Crocodile Farm ini dikatakan ladang pembiakan buaya yang pertama dan terbesar di Malaysia. Dibuka sejak 1963, lokasinya terletak di Batu 18 ½ Kuching-Serain Highway.
Mula2 sampai, kita akan disambut oleh sebuah replica buaya yang besar. Terkujat ese! Tetapi Myya berjaya menewaskannya dengan bantuan ayahnya yang gagah…hahahahaha
Dari luar nampak bangunannya seperti kecil. Tiket masuk dewasa RM16 dan kanak-kanak bawah 12 tahun RM8. Persepsi pertama rasa macam tak berbaloi! Tapi alang2 dah sampai masuk ajelah. Lagi pun ada mini zoo. Bolehlah Myya dapat pengalaman baru.
cantik betul replika buaya menetas di belakang tu |
Pertama sekali didalam bangunan ada Muzium buaya mini yang menempatkan replica tulang kepala buaya yang besar dan info life cycle buaya serta kisah semasa mengenai buaya yang menganas. Keratan2 berita mengenai buaya yang makan manusia di sekitar sungai di Sarawak. Sangat ngeri gambar2 anak2 yang dimamah buaya itu hokey. Jangan tengok lama2 supaya tak hilang selera nak makan nanti.
Myya dan wajah2 comelnya |
Bila tengok peta kawasan ladang yang dipamerkan, eh! Macam besar la….jom jalan lagi….
Ada akuarium yang menempatkan kura2 besar dan kolam kecil buaya tak ada ekor dan seekor buaya putih. Tapi aku tak nampak keputihannya sebab badan penuh diselaput lumpur kering. Hmmmm….. Ada juga kolam anak buaya yang di asingkan ikut saiz atau umur.
Bila masuk ke dalam lagi akan jumpa Taman Mini Burung Tertutup.Ada kandang beruang. Ada burung yang dalam sangkar dan ada juga burung jinak yang dilepas bebas. Myya seronok betul tengok burung2 yang jinak ni semua….
Ada buaya hilang ekor, kura2, araipama, kolam anak buaya, burung |
Seterusnya akan jumpa sebuah kedai cenderamata dan makanan dan minuman ringan. Banyak betul produk Angry Bird.
“Amboi…cantiknya kipas Angry Bird Red ni….oink..oink pun ada…Angry bird yellow pun ada…mak, Myya nak satu boleh? Tengok Myya peluh2 ni..,”sambil buat muka comelnya…
“Boleh nak…tapi takmau oink..oink ya. Busuk!” >>> alahai RM2.90 je....
Sempatlah jugak beli air buat basah tekak…
Ada juga tempat melepak ditepi kolam ikan Araipama. Sangat cantik dan selesa. Oh. Disini juga ada banyak toilet yang bersih setiap 200meter.
Pusing sebelah kanan ada kolam buaya besar. Nama pun unik. Bujang Sudin, Pak Indo, dan Bujang Samariang. Tapi kesian. Masing2 hidup sendirian tak berteman sebab setiap kolam di asingkan.
Bujang Sudin |
Pusing sebelah kiri boleh terus ke Jungle Walk yang redup. Memang best disini sebab anda seperti berada di dalam hutan yang sebenar dan dikelilingi kolam2 seperti habitat buaya sebenar. Disini boleh nampak buaya berenang bebas dan bergurau senda dengan spesisnya. Sila jangan join group gurauan ini ya jika sayangkan nyawa!
Disini anda boleh lihat banyak buaya spesis Tomistoma iaitu buaya air tawar. Buaya ini mempunyai muncung mulut yang panjang dan jarang menganas, tidak aktif dan lemah lembut. Slow je merangkak. Makanannya ikan, ular dan binatang kecil. Tapi awas buaya ni tak suka diganggu. Ia akan memberontak menunjukkan emosi tak puashatinya…macam mana tu? Lu pikirlah sendiri.
Boleh tengok burung helang dan burung hantu juga tapi dalam sangkar la…besar jugak sangkar ni so burung boleh la regangkan sayap dan ekor melayang2….
Keluar dari hutan jika anda teruskan ke kiri ada banyak kolam buaya air masin. Buaya2 ni rupanya seperti buaya yang selalu kita tengok kat tv…mengganas je kerjanya. Saiznya lebih besar dan sanggup makan manusia. Lebih aktif dan pantas bergerak di darat dan dalam air.
Kehadapan lagi ada ladang rusa yang sangat comel.
Dah puas berjalan sila ke stage untuk melihat persembahan beri makan buaya. Loceng akan dibunyikan sebagai tanda telah tiba masanya.
Aktiviti ini tak boleh dilepaskan sebab anda boleh lihat bagaimana reaksi buaya air masin ini bila dah lapar. Ada 2 golongan. Pertama yang sangat aktif dimana mula2 buaya ini akan timbul perlahan memerhatikan makanan yang digantung tinggi…aim….dan terus melompat tangkap. Buaya ini akan bergilir cuba menangkap makanan dan berebut dengan ganas bila makanan jatuh ke dalam air. Kedua buaya yang pemalas kerana hanya berkumpul dipondok tempat pekerja berdiri memberi makanan. Ngaga je mulut menunggu dengan muka kesian…..ada yang hilang sabar hingga sanggup melibas atau menyondol pondok….ish…berderau darah tengok….macam-macam aksi ada!
Myya begitu teruja memberi respon dengan apa yang dia lihat….bising je mulutnya….
“Mak….tengok buaya tu ngaga saja kat atuk..”
“Aiyoooo….buaya jump tinggi….”
“Hahaha..padan muka tak dapat!” > bila buaya gagal meragut makanan
“Ayah! Kenapa atuk tak masuk kepala dalam mulut buaya ha?”>>>ni masih teringat pertunjukan di ladang buaya langkawi….
“Mak…jaga Angry Bird. Sian dia jatuh nanti buaya makan”
Aim.... |
Lompat! |
Dapat! |
Ni spesis malas...nganga je menunggu makanan di campak ke mulut |
Habis bagi makan buaya tiba2 terdengar bunyi loceng lagi. Kali ini di kolam ikan Araipama.
Bergegas kami ke sana….
Waaaahhhhhh….besarnya ikan Araipama ni….besar batang pinang majoritinya….ada yang lagi besar…
Ada bakul kecil diisi roti expired di setiap penjuru kolam. Ramai yang tak perasan….maka Myya berjaya menguasai 2 bakul roti dan berpengalaman bagi makan ikan tu semua….berkocak2 air menyerbu roti yang Myya lemparkan….bergulung2…macam ular pun ada….ish!
Akhir sekali lepak di tepi kolam makan aiskrim.
Puas hati datang sini.
Dah penat…kami balik hotel berehat. Myya yang dari tadi tidur bangun tidur bangun dan merengek mengantuk tak tidur pulak bila balik hotel. Seronok dia melompat2 atas katil kemudian berselimut.
Pukul 7pm kami keluar untuk dinner di Top Spot buat kali kedua. Semalam makan tak puas.
Sasaran masih lagi di lot Muslim Seafood. Kali ni hanya ambil sotong, udang, gamat, siput pahat, midin, nasi goreng, umai ikan (RM18), milo ais dan the tarik. = RM114
Lepas makan kami berjalan2 melihat keindahan malam di Waterfront. Ada 3 group basking dan seorang pemuda Sarawak badan penuh bertatu dan memakai pakaian tradisional Sarawak dan seksi buat persembahan bermain alat muzik Sarawak. Ada juga banyak booth cenderamata, booth makanan disepanjang waterfront. Dan dihujung sekali ada pasar malam mini.
Berjalan2 santai di Waterfront amat memenatkan sebab Myya letih nak berjalan. Kami mendukung bergilir2…..balik hotel terus lena…..tapi happy sangat!
End of Day 3
Subscribe to:
Posts (Atom)