Saturday, 10 March 2012

Santai di Kuching Sarawak- Day 3: Jong Crocodile Farm

Destinasi seterusnya  adalah Jong Crocodile Farm. Laluan sejauh lebihkurang 50km dari Serikin selama 45 minit amat mudah dengan bantuan GPS. Dari jalan utama, laluan masuk agak berbatu, mungkin akan dibaikpulih dimasa depan. Kami sampai tepat pukul 2.15pm.

Jong Crocodile Farm ini dikatakan ladang pembiakan buaya yang pertama dan terbesar di Malaysia. Dibuka sejak 1963, lokasinya terletak di Batu 18 ½ Kuching-Serain Highway.

Mula2 sampai, kita akan disambut oleh sebuah replica buaya yang besar. Terkujat ese! Tetapi Myya berjaya menewaskannya dengan bantuan ayahnya yang gagah…hahahahaha

Dari luar nampak bangunannya seperti kecil. Tiket masuk dewasa RM16 dan kanak-kanak bawah 12 tahun RM8. Persepsi pertama rasa macam tak berbaloi! Tapi alang2 dah sampai masuk ajelah. Lagi pun ada mini zoo. Bolehlah Myya dapat pengalaman baru.
cantik betul replika buaya menetas di belakang tu

Pertama sekali didalam bangunan ada Muzium buaya mini yang menempatkan replica tulang kepala buaya yang besar  dan info life cycle buaya serta kisah semasa mengenai buaya yang menganas. Keratan2 berita mengenai buaya yang makan manusia di sekitar sungai di Sarawak. Sangat ngeri gambar2 anak2 yang dimamah buaya itu hokey. Jangan tengok lama2 supaya tak hilang selera nak makan nanti.


Myya dan wajah2 comelnya

Bila tengok peta kawasan ladang yang dipamerkan, eh! Macam besar la….jom jalan lagi….


Ada akuarium yang menempatkan kura2 besar dan kolam kecil buaya tak ada ekor dan seekor buaya putih. Tapi aku tak nampak keputihannya sebab badan penuh diselaput lumpur kering. Hmmmm….. Ada juga kolam anak buaya yang di asingkan ikut saiz atau umur.

Bila masuk ke dalam lagi akan jumpa Taman Mini Burung Tertutup.Ada kandang beruang. Ada burung yang dalam sangkar dan ada juga burung jinak yang dilepas bebas. Myya seronok betul tengok burung2 yang jinak ni semua….


Ada buaya hilang ekor, kura2, araipama, kolam anak buaya, burung


Seterusnya akan jumpa sebuah kedai cenderamata dan makanan dan minuman ringan. Banyak betul produk Angry Bird.

“Amboi…cantiknya kipas Angry Bird Red ni….oink..oink pun ada…Angry bird yellow pun ada…mak, Myya nak satu boleh? Tengok Myya peluh2 ni..,”sambil buat muka comelnya
“Boleh nak…tapi takmau oink..oink ya. Busuk!” >>> alahai RM2.90 je....

Sempatlah jugak beli air buat basah tekak…

Ada juga tempat melepak ditepi kolam ikan Araipama. Sangat cantik dan selesa. Oh. Disini juga ada banyak toilet yang bersih setiap 200meter.

Pusing sebelah kanan ada kolam buaya besar. Nama pun unik. Bujang Sudin, Pak Indo, dan Bujang Samariang. Tapi kesian. Masing2 hidup sendirian tak berteman sebab setiap kolam di asingkan.

Bujang Sudin
Pusing sebelah kiri boleh terus ke Jungle Walk yang redup. Memang best disini sebab anda seperti berada di dalam hutan yang sebenar dan dikelilingi kolam2 seperti habitat buaya sebenar. Disini boleh nampak buaya berenang bebas dan bergurau senda dengan spesisnya. Sila jangan join group gurauan ini ya jika sayangkan nyawa!

Disini anda boleh lihat banyak buaya spesis Tomistoma iaitu buaya air tawar. Buaya ini mempunyai muncung mulut yang panjang dan jarang menganas, tidak aktif dan lemah lembut. Slow je merangkak. Makanannya ikan, ular dan binatang kecil. Tapi awas buaya ni tak suka diganggu. Ia akan memberontak menunjukkan emosi tak puashatinya…macam mana tu? Lu pikirlah sendiri.


Boleh tengok burung helang dan burung hantu juga tapi dalam sangkar la…besar jugak sangkar ni so burung boleh la regangkan sayap dan ekor melayang2….

Keluar dari hutan jika anda teruskan ke kiri ada banyak kolam buaya air masin. Buaya2 ni rupanya seperti buaya yang selalu kita tengok kat tv…mengganas je kerjanya. Saiznya lebih besar dan sanggup makan manusia. Lebih aktif dan pantas bergerak di darat dan dalam air.

Kehadapan lagi ada ladang rusa yang sangat comel.

Dah puas berjalan sila ke stage untuk melihat persembahan beri makan buaya. Loceng akan dibunyikan sebagai tanda telah tiba masanya.

Aktiviti ini tak boleh dilepaskan sebab anda boleh lihat bagaimana reaksi buaya air masin ini bila dah lapar. Ada 2 golongan. Pertama yang sangat aktif dimana mula2 buaya ini akan timbul perlahan memerhatikan makanan yang digantung tinggi…aim….dan terus melompat tangkap. Buaya ini akan bergilir cuba menangkap makanan dan berebut dengan ganas bila makanan jatuh ke dalam air. Kedua buaya yang pemalas kerana hanya berkumpul dipondok tempat pekerja berdiri memberi makanan. Ngaga je mulut menunggu dengan muka kesian…..ada yang hilang sabar hingga sanggup melibas atau menyondol pondok….ish…berderau darah tengok….macam-macam aksi ada!

Myya begitu teruja memberi respon dengan apa yang dia lihat….bising je mulutnya….

“Mak….tengok buaya tu ngaga saja kat atuk..”
“Aiyoooo….buaya jump tinggi….”
“Hahaha..padan muka tak dapat!” > bila buaya gagal meragut makanan
“Ayah! Kenapa atuk tak masuk kepala dalam mulut buaya ha?”>>>ni masih teringat pertunjukan di ladang buaya langkawi….
“Mak…jaga Angry Bird. Sian dia jatuh nanti buaya makan”

Aim....
Lompat!
Dapat!
Ni spesis malas...nganga je menunggu makanan di campak ke mulut

Habis bagi makan buaya tiba2 terdengar bunyi loceng lagi. Kali ini di kolam ikan Araipama.

Bergegas kami ke sana….

Waaaahhhhhh….besarnya ikan Araipama ni….besar batang pinang majoritinya….ada yang lagi besar…

Ada bakul kecil diisi roti expired di setiap penjuru kolam. Ramai yang tak perasan….maka Myya berjaya menguasai 2 bakul roti dan berpengalaman bagi makan ikan tu semua….berkocak2 air menyerbu roti yang Myya lemparkan….bergulung2…macam ular pun ada….ish!


Akhir sekali lepak di tepi kolam makan aiskrim.

Puas hati datang sini.


Dah penat…kami balik hotel berehat. Myya yang dari tadi tidur bangun tidur bangun dan merengek mengantuk tak tidur pulak bila balik hotel. Seronok dia melompat2 atas katil kemudian berselimut.

Pukul 7pm kami keluar untuk dinner di Top Spot buat kali kedua. Semalam makan tak puas.
Sasaran masih lagi di lot Muslim Seafood. Kali ni hanya ambil sotong, udang, gamat, siput pahat, midin, nasi goreng, umai ikan (RM18), milo ais dan the tarik. = RM114

Lepas makan kami berjalan2 melihat keindahan malam di Waterfront. Ada 3 group basking dan seorang pemuda Sarawak badan penuh bertatu dan memakai pakaian tradisional Sarawak dan seksi buat persembahan bermain alat muzik Sarawak. Ada juga banyak booth cenderamata, booth makanan disepanjang waterfront. Dan dihujung sekali ada pasar malam mini.

Berjalan2 santai di Waterfront amat memenatkan sebab Myya letih nak berjalan. Kami mendukung bergilir2…..balik hotel terus lena…..tapi happy sangat!

End of Day 3

No comments: