Tuesday, 6 March 2012

Santai di Kuching Sarawak- Day 1: Bermula!

Percutian kali ini kami ingin mencuba perkara baru. Santai dengan budget rendah!

Keluar rumah 8.15pagi kami naik teksi ke KL Sentral (RM13), naik bas ekspress KL Sentral-LCCT (2xRM8=RM16)  dan sampai di LCCT pukul 9.45am. Myya sangat seronok dapat naik teksi dan bas tapi walaupun masa habis dengan tidur je. Time naik dan turun je dia jaga sambil cakap “Seronoknya!”

Myya masih mengantuk...

Lepak di LCCT, breakfast di Taste of Asia. Kami makan nasi lemak, mihun goreng, air mineral sebotol=RM21.

Tak jual minuman panas la pulak....

Sementara menunggu berlepas, kami sempat tengok tarian singa dan naga mengelilingi kapal terbang AA yang dirasmikan oleh Pak Tony.
Ntah berapa kos lukisan kat body kapal terbang tu ya?

11.45am-1.30pm flight KL-LCCT. Tepat pada waktunya. Myya so excited looking outside the window for 20 minutes but fall asleep until flight departed. Kali ni langsung tak nak pakai seat belt. Aku lock je supaya lampu tu padam dan FA tak bising. Aku dan che abang pun tidur jugak sebab semalam layan movie punya pasal. Flight tiket RM909 for 2 ways and 3 booked seat. Che abang check in online both ways 2 hari lepas lagi.
Sempat lagi tu....
Minat sungguh belek flight guideline tu...

Kereta sewa dah sedia menunggu di Airport Kuching bila kami sampai. Terus bayar RM270 for 4 days untuk Wira Auto. Dapat diskaun sebab che abang selalu ambil keretanya bila outstation job di sini. Tapi tangki kosong. Kami isi full RM60.

Dengan bantuan GPS kami berjaya sampai di Tune Hotel pukul 2.30pm.
sekadar berehat...

Hotel Tune ni lokasinya dekat dengan Waterfront. Lot rumah kedai sebenarnya. Harga bilik + tax =RM71.50 pernight. Tapi kalau ambil servis lain macam aircond, towel,entertainment package kena extra charge. End up we paid RM330.63 for 4 days 3 night.
Biliknya kecil, katil double, bilik mandi ada pancuran je, ada kipas, tv tapi takde almari. Semuanya basic. Kalau nak lebih sila bayar ya. Aku ok je sebab bukan nak bercuti dalam bilik pun kan! Pay for what you use only. Parking juga disediakan dibelakang hotel. Tapi nak masuk jauh sikit sebab anda kena pusing dan masuk kawasan parking sebelah LHDN. Dengan token Tune Hotel, tiketnya RM2.50 per entry. Sila jangan hilangkan token tersebut hingga anda checkout.
Lepak kejap, pukul 4.00pm keluar cari makan. Kami berjalan dalam 10minit je untuk ke Planet Sambal. Lokasinya terletak bersebelahan dengan Everise. Kami order Laksa Sarawak, Linut+sambal belacan, the tarik, milo ais, air suam, nasi dan sambal udang, umai obor-obor=RM22.40

Bersambung…

No comments: