Thursday, 8 March 2012

Santai di Kuching Sarawak- Day 2: Sarawak Cultural Village

Breakfast hari ni di Atok Kopitiam. Dalam GPS tak ada tapi aku masih ingat dalam JJCM TV3 suruh cari landmark Menara Perkeso. Dekat je dengan Waterfront. Menara Perkeso dah jumpa tapi pusing punya pusing sebab salah masuk lorong kami sampai dalam pukul 9.00am. Kami makan mee kolok, nasi lemak sambal ikan, teh tarik, lemon panas=RM15.10

Bergegas makan sebab kami tak mahu sampai awal di Sarawak Cultural Village untuk lihat show budaya pukul 11.00am nanti.

Dengan bantuan GPS, perjalanan mengambil masa 40minit sejauh 35km. Sepanjang perjalanan anda perlu menempuh banyak roundabout tidak berlampu isyarat. Kuching ni memang banyak sungguh roundabout dari kecil hingga seluas ada rumah di tengahnya. Tapi pemandu di sini tak seganas di KL so perjalanan menjadi mudah.

Sepanjang laluan memang mendamaikan kerana masih banyak pokok hijau dan tak banyak kenderaan. Sila pandu ke arah Santubong. Jika anda sudah nampak Gunung Santubong maka laluan dah betul. Kalau nampak view Gunung Santubong yang cantik sila berhenti di tepi jalan yang selamat dan ambil gambar. Sebab factor cuaca tak menentu boleh menghilangkan peluang anda mendapat view yang perfect.
Snap dari tepi jalan je..Guning dah di litupi awan

Bila dah melalui jalan yang ada resort dan papan arah ke padang golf maka laluan anda dah betul. Teruskan perjalanan hingga jumpa bulatan kecil dan ambil second exit untuk ke SCV.

Kami sampai pukul 10.20am. Tiket masuk RM60 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 6 tahun percuma. Warga emas dan kanak2 umur 6 thn ke atas RM30. Kami diberi sekeping passport setiap tiket untuk dapatkan cop lawatan setiap rumah budaya yang ada. Tapi bukan wajib la. Sekadar cenderahati buat kenangan je. Kami diberitahu persembahan budaya akan bermula pukul 11.30am…alahai penat je berkejaran kelam kabut…

Di pintu masuk....nampak view Gunung Santubong dibelakang
Myya sibuk belek passport...
Kawasan berjalan yang redup..

Orang kata kalau dah melawat SCV ni anggaplah anda telah melawat seluruh Sarawak. SV ini muzium hidup di mana kawasan seluas 17 ekar di kaki Gunung Santubong ini menempatkan 7 perkampungan yang mewakili pribumi Sarawak iaitu Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu, Melanau, Melayu dan Cina. Setiap penempatan mengelilingi sebuah tasik yang melambangkan betapa mereka gemar membuat penempatan di sepanjang sungai dan menjalankan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan sungai dan laut.

Setiap rumah ada penjaganya yang akan menunjukkan demonstrasi memasak kuih muih tradisional dan juga membuat kraftangan seperti anyaman bakul dan jahitan manik. Jika bernasib baik akan ada pelbagai pertunjukan dan demonstrasi aktiviti harian di setiap rumah etnik. Pelbagai jenis barangan rumah yang berbeza mengikut penggunaan etnik masing2 juga ada dipamerkan dalam setiap rumah. Anda perlu masuk setiap rumah untuk mengalami sendiri suasana dan keunikkannya. Anda boleh beli pelbagai makanan ringan yang dimasak di setiap rumah dengan hanya RM2 sebungkus je.

Jika bermula dari sebelah kiri, anda akan berjumpa dengan Rumah Cina dulu. Siap ada calendar tahun 1971  dan basikal tua lagi. Kaum Cina di sini terkenal dengan aktiviti perladangan lada hitam. Rumah Cina dibina atas tanah, beratap rumbia dan dibahagi kepada 2 iaitu ruangan keluarga (dapur,tempat makan, ruang tamu) dan ruangan menyimpan barangan.


Rumah Melayu pula lebih kurang seperti di Semenjanjung juga. Orang Melayu dikatakan sebagai tukang bina aka arkitek yang paling berjaya.
Myya seronok sangat main congkak.
Bahulu coklatnya sedap banget!

Orang Melanau hanyalah 6% dari populasi Sarawakian. Biasa membina penempatan berhampiran laut dan membina rumah yang sangat tinggi. Letih nak memanjat. Memandangan sagu adalah makanan ruji mereka maka banyak pokok sagu di penempatan ini. Orang Melanau mencipta pelbagai resepi dari sagu.
Tinggi tiangnya

Seterusnya Orang Ulu yang membuat penempatan di hulu sungai. Binaan rumah juga tinggi dengan tiang yang kukuh agar bertahan lama. Dikatan Orang Ulu bijak membuat pisau dan pedang. Mereka juga bertani.
Tinggi dan luas. Disini ada bilik untuk bermalam

Rumah Penan adalah yang paling sempoi sebab mereka berpindah randah. Macam pondok tunggu durian gugur je. Boleh cuba melakukan aktiviti menyumpit disini.


Orang Iban atau Dayak Laut pula bina rumah panjang cukup untuk bertahan 20 tahun sahaja. Mereka akan tinggal di situ sehingga persekitaran tidak boleh memberi apa2 sumbangan kepada meraka lagi terutama sumber makanan. Rumah di bina di tebing sungai hingga memudahkan perahu ditambat berhampiran dan melompat masuk rumah melalui batang kayu yang khas sebagai perantara. Ramai keluarga tinggal bersama dengan hanya diasingkan ruangan kecil berpintu. Terdapat koridor panjang sebagai tempat melepak dan melakukan aktiviti bersama2 keluarga lain.
Kreatif dengan anyaman manik

Rumah Bidayuh atau Dayak Darat paling unik kerana dibina dengan struktur bulatan. Atapnya dibina tinggi. Lokasi biasanya berhampiran bukit bukau. Mereka dikatakan pakar membina sistem pengairan.
Paling cantik dan unik....berbentuk bulat

Persembahan budaya merupakan aktiviti yang tidak patut dilepaskan. Anda boleh berehat di teater yang sejuk sambil melihat pelbagai tarian kebudayaan seperti ngajat lesong oleh kaum Iban, Langgi julang oleh kaum Bidayuh, datum julud dan kanjet Ngeleput oleh kaum orang ulu, tarian Alu-alu oleh kaum melanau dan joget melayu. Memang seronok melihat aksi penari yang banyak berinteraksi dengan penonton. Paling mendapat sambutan bila penari berpakaian tradisional yang seksi tu….Auuuwwww….ramai yang bertepuk sakan…Myya pun siap bertepuk bagai…..
Gambar tak berapa jelas sebab gelap.
Gambar yang pakai seksi tu pun kabur je. Sp tak tempek di sini.
Kami habis pusing 1.45pm. Perlu separuh hari disini baru puas meninjau.

Di hadapan SCV ni ada dataran Pantai Damai dan tugu helang. Cantik tapi kami dah penat nak menapak sebab cuaca panas.

Bersambung…


No comments: