Friday 9 March 2012

Santai di Kuching Sarawak- Day 3: Pasar Serikin

Perancangan untuk sampai awal ke Pasar Serikin tergendala apabila tuan puteri yang comel tak nak bangun. Lepas mandi  Myya sambung tidur masa aku pakaikan baju. Ish tak boleh jadi macam ni.

Memandangkan masa perjalanan yang panjang, Myya boleh sambung tidur dalam kereta je.
Jam dah menunjukkan pukul 8.30pagi, hmmmm….alang2 dah lewat, kami skip breakfast. Cadangnya nak makan di mana2 kedai menarik dalam perjalanan.

Jarak dari Kuching ke Pasar Serikin lebih kurang 80km yang mengambil masa 40minit. Laluan begitu mudah jika ada GPS sebab tak banyak signboard yang boleh dijadikan panduan. Jika tiada GPS sila ikut laluan ke Batu Kawa dan seterusnya  Bau. Dari Bau anda sudah boleh nampak signboard ke Serikin.

Laluan mendamaikan tapi agak misteri. Sepanjang perjalanan selepas  Bau ke Serikin anda akan melalui banyak sungai-sungai kecil. Pasar Serikin terletak betul-betul di sempadan Kalimantan, Indonesia. Anda akan melalui pondok mini imigresen tapi tiada pemeriksaan yang dibuat.

Kami sampai di Pasar Serikin pukul 9.45 pagi. Parking di kawasan luas disediakan dan bayar RM1 kepada penjaga yang berdiri di laluan masuk. Bahang panas terik dah terasa.

Kedai pertama yang kami lalu ialah kedai tikar yang berwarna warni. Memang cantik. Ada macam2 corak dan character cartoon. Upin Ipin pun ada. Lapiknya getah dan alasnya seperti plastic Ikea tu. Sangat ringan.  Aku dah aim nak beli character Spongebob yang sangat terang kuningnya. Tapi nak balik nanti baru beli.

Kedai sebelah jual cap Angry Bird dan lain-lain character cartoon. Myya terus aim dan tak nak teruskan perjalanan sambil buat muka kesian selagi tak beli. Hmmm…tak payah tengok kedai lain lah…sama je….aku beli je buat Myya pakai. Lagipun memang dah panas terik. RM10 lepas tawar. Myya seronok bukan main.
Myya puas hati dapat topi Angry Bird

Ada macam2 kedai di sini. Ada jual tikar, kraftangan, telekung, baju, air dan macam2 lagi. Aku rasa macam di JalanMasjid India je…barang pun tak le murah sangat pun. Kedai memang banyak dan panjang. Hasil jualan pun lebihkurang je….boleh tawar menawar serendah mungkin. Good luck…


Sampai di hujung jalan, kami dah melangkah ke sempadan. Di sini ada dijual sayuran yang sangat segar dan sememangnya murah. Bayangkan satu gengam ikat petai hanya RM2-3 je. Tapi che abang tak bagi beli walaupun aku kata nak kopek kat hotel….hmmmmm ntah apa motif nak beli petai….bukannya makan sangat. Tapi geram sebab murah sangat. Bunga kantan dalam 10 batang RM2 je. Ada sayur midin, rebung. Dan macam2 lagi hasil hutan…..naik gila aku tengok sayur2 segar banyak tapi murah ni !

Perut dah berkeroncong, ada lebih kurang 4 warung kecil yang peniaganya orang Indonesia dihujung jalan. Kami singgah dan pilih sebuah warung muslim untuk basahkan tekak. Kami minum milo ais, air tin cincau dan mee goreng ayam harganya RM9.

Mee goreng kicap ABC...hehehe

Tengah sedap makan, tiba-tiba….

“Pak, dicobaain dulu minyak urut yang sangat baik…”

“Eh! Ni minyak yang abang aim tadi la….memang panas dari tadi. Pakai sikit je….”

“Ya, minyak ni memang terbaik pak. Tapi tidak boleh terus kena di badan ya. Mesti sicalit nipis atas kertas dan tekap kertas itu di kawasan yang lenguh2. Sekejap saja ya. Bila dah panas pindah pula ke lain. Di cobain ya pak....ibu….”

Anak muda itu menekapkan kertas dicalit minyak warna merah tu ke tengok che abang…terangguk2 che abang ngaku panas. Di tekap pula ke bahu aku. Mula2 rasa sejuk kemudian baru rasa terik bahang panasnya.

“Itu dia pak..ibu…terasakan panasnya. Minyak ini tidak boleh guna untuk anak kecil ya…. Jika anak kecil boleh guna minyak urut putih ni…lebih lembut….tapi untuk anak kecil jangan disapu terus…dicampurin sedikit dengan minyak kelapa ya…..lantas disapu perlahan…..”

“Berapa harganya?”

“Minyak merah (minyak kayu getah) ini 35 aja tapi kalau diambil bersama sebotol minyak putih(campuran akar dan herba) ni 40 aja. Pak ambil aja 2 minyak putih 50 saja….”

“50 rupiah saja?”
Che abang buat lawak pulak

Hahahahaha….pelanggan di warung gelak besar…..

“Ya…jangan begitu la pak……ringgit ya….”

“Beli jelah bang…dari tadi dok aim…boleh bagi mak satu….”

“Oklah….demi ayang…” >>>>ntah hape2


Tiba2 anak muda indon ni berbisik2 dengan che abang…aku cuma dengar…tahan lama…panjang….puas….gerenti….bagus…ramai cuba….

“Mak…apa abang cakap?”

“Ntah lah nak….mak rasa abang suruh ayah lanyak mak malam ni kot….”

“Apa mak?”

Bengong cakap bukan2 dengan anak…hehehehe…

Ooooo…jual minyak lintah…nasib baik che abang menolak….dia yakin power dengan usaha sendiri…heheheh….selamat aku….hehehehe….

Kami teruskan perjalanan semula meronda gerai2 di Pasar Serikin ni….tak ada yang menarik sangat pun…aku Cuma beli baju Myya>>>angry bird (lagi) RM30 dua pasang, payung kecil untuk Myya RM5, gelang manik untuk Myya 3 pcs RM10.

Myya nak gelang cantik...

Hmmmm..Myya dah dapat Angry Bird stuff…che abang dapat minyak urut ajaib…aku?

Aku beli ni ha….gila murah…gila sedap…POP ICE!

Aku pernah minum POP ICE Blended ni di Pasar Malam Pandan Jaya RM3 secawan. Aku beli serbuknya sepeket RM3…cekik darah betul makcik tu….

Tapi di sini…40 peket RM10..boleh campur perisa….dan aku beli RM20 dapat 6 perisa…..
Hahahahaha seronok! Puas hati aku!

Lalu semula di gerai tikar di sebelah parking lot tu….Myya dah aim corak Upin Ipin. Spongebob dah habis…Myya jumpa pula corak Tom & Jerry terus pegang tak lepas….atas kasih sayang tak terhingga aku beli jugak sehelai….RM20 je…ringan sangat…Myya yang excited usung….

On the way ke kereta ada akak tu offer telur penyu….

“Teringin nak rasa…eksotik sangat…..tapi tak nak mentah…rebus ada tak….”

“Biar betul yang….memang kena makan cair je sebab tak akan keras bila rebus..berpasir je rasa…sanggup ke?”

“Bisa aja direbus di warung sana tu…..”

“Oh! Terima kasih ya….lain kali saja ya….”

Aku tak berani cuba sebab che abang tak mahu bantu jika tak boleh habiskan>>>ntah apa sebab kena habiskan…kata nak rasa je…

Oh! Lupa nak tanya berapa harganya….

Dalam dok kata nak tengok2 saja pun pukul 1.30pm baru habih pusing. Ambil masa 3 jam jugak la termasuk waktu lepak di warung.  Pasar Serikin ni tidaklah panjang manapun, dalam 500meter pergi balik je…

Pengunjung pasar ini majoritinya orang semenanjung…aku tahu melalui percakapan  masing2..Jika anda gemar shopping di Jalan TAR, KL…anda pasti suka di sini….

Ramai yang bagi comment kata panas di sini terik perit hingga boleh rentung. Hmmmm….ntahlah…bagi mereka yang berkulit nipis je kut rasa macam tu….panas macam di Malaysia jugak….mungkin sebab tak ada banyak pokok dan lokasinya di tanah lapang…..tak ada kena mengena dengan factor anda berada di garisan sempadan khalustiwa…..pakai je topi atau payung terutama anak kecil….

Bahang panas tengahari di Semenanjung

Keselamatan di sini juga terjamin sebab aku nampak ada abang2 baju hijau yang dah gelap mundar-mandir sepanjang sempadan….kesian diaorang rentung demi keselamatan negara….tabik!
Pasar Serikin dibuka setiap Sabtu & Ahad, 7am-2pm.

Gua Angin dan Gua Pari2 terletak satu laluan kearah Serikin. Jika anda gemar meneroka gua, sila bawa lampu suluh sendiri.

Kami abaikan destinasi gua2 ini kerana bawa anak kecil. Ada risiko disitu. Dari setakat tinjau2 dari luar baik tak payah pergi!

Bersambung…….

1 comment:

Blogger said...

SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KIYAI KANJENG DIMAS DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KIYAI KANJENG DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG…

**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

…=>AKI KANJENG<=…
>>>085-320-279-333<<<






SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KIYAI KANJENG DIMAS DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KIYAI KANJENG DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG…

**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

…=>AKI KANJENG<=…
>>>085-320-279-333<<<