Friday, 9 March 2012

Santai di Kuching Sarawak- Day 2: Kg Santubong & Muzium

Sebelum pulang ke Bandar Kuching kami singgah dulu di Kampung Santubong. Memang kelakar tengok budak2 sekolah yang bertempiran lari keluar gate sekolah. Tak sabar nak balik nampaknya. Tapi tak galas beg pun. Gamaknya tinggal je kat sekolah sebab satu sessi je.

Kampong ni kecil je dan hanya ada lorong kecil untuk laluan. Banyak rumah dah kosong dan jadi rumah tinggal. Dah berhijrah agaknya. Kami pusing dengan kereta je. Kisah Kg Santubong ni ada tercatit di Muzium sebagai perkampungan yang paling awak di sini.

Tak ada gambar yang diambil sebab tidak berhenti dimana2.

Perjalanan diteruskan untuk singgah di Muzium Kuching. Tiba2…..

 “Yang…kita pi Muzium Sarawak dulu lah….esok esok baru datang Muzium Kucing.”
“Bagus jugak….boleh lama sikit kat sana…..”

So perjalanan di teruskan ke Muzium Sarawak untuk sekadar menghabiskan masa. Kami sampai 3.30pm. Kami melawat Dewan Tun Razak iaitu bangunan baru Muzium Sarawak. Tak besar sangat dan artifak pun tak banyak tapi banyak pengetahuan baru ada disini. Kami melihat perlahan2. Ada kisah dan budaya mengenai setiap daerah di Sarawak. Ada juga kisah perjanjian, peperangan dan senjata serta pembuatan pasu zaman dahulu. Tapi tak sempat tenung lelama sebab Myya dah bosan. Lapar katanya….iyalah makan roti je. Cerewet sangat.

Kami  berjalan pulak ke Muzium Islam di belakang dewan. Oh ada kantin la….boleh alas perut dulu…Ada jual kuih 3pcs=RM1. Kami order the tarik, milo ais dan 4 jenis kuih. Myya makan karipap buang inti je….
Ramai staf muzium minum petang disini. Kami borak2 ramah.

Ada lagi 20 minit sebelum Muzium Islam tutup. Cepat2 kami ambil kesempatan tu meninjau setiap ruang pameran. Muzium ini bukan menceritakan mengenai Islam di Sarawak tapi Islam di seluruh dunia. Banyak artifak yang dipamerkan dating dari pelbagai pelusuk Negara Islam yang kebanyakkannya hadiah kepada menteri2.

Di Sarawak ni ada macam2 muzium. Muzium Tekstil, Muzium Tun Jugah, Muzium Etnologi, Muzium Sejarah Cina, etc. Boleh melawat jika ada masa sebab percuma saja.

Malam ni plan nak bersantai di Waterfront. Pukul 7pm kami dinner di Top Spot. Ada banyak gerai disini tapi mostly peniaga cina yang ada sijil halal. Tapi kami pilih Muslim Seafood di gerai no 7. Lebih yakin. Kami makan ikan siakap 4 rasa, udang goreng butter, sotong goreng cili kering, midin goreng belacan, sup gamat special, milo ais, the tarik, air laici=RM74. Kami order terus je tanpa pilih tapi diberi ikan dan udang yang besar. Portion juga banyak hingga sendat perut makan. Recommended.

Tiba2 hujan turun lebat giler…terpaksa batal santai di Waterfront.

Perut kenyang…badan letih….balik tidur je lah!

Entri hari ni tak ada gambar la pulak. Bateri kamera dah abis di muzium.

End of Day 2

No comments: