Sunday, 25 November 2012

Kota Singa: Singapore Zoo


25 Sep 2012 (Tuesday)
Day 3: The City & Love the Animal 

Jam dah menunjukkan pukul 3.30pm. Masa dah makin suntuk. Kami perlu ke Zoo pula.Lepas berkira-kira, kalau kami naik MRT akan mengambil masa lebih kurang 1 jam dan perlu banyak berjalan. Jadi kami buat keputusan untuk naik teksi je. Keluar dari Suntec Mall tu dah ada tempat untuk menunggu teksi….Amboi…panjangnya orang beratur. Ada lebih kurang 12 orang menunggu dengan begitu disiplin.



Tapi tak lama sebab sentiasa ada teksi yang datang….
Kali ni kami naik Blue Cab. Perjalanan ke Zoo mengambil masa lebih kurang 30minit dengan kos $15. Kami sampai di zoo lebih kurang pukul 5.20pm. Masa beli tiket, petugas kaunter macam pelik2 je sebab kami datang dari jauh tapi still nak masuk sebab zoo akan di tutup pukul 6.00pm.


Apa boleh buat….alang-alang dah sampai…masuk jugak lah….kami plan naik tram je untuk lihat sekeliling…tapi it was a bad idea…..tram hanya lalu di jalan luar…tapi kalau nak tengok binatang ni semua anda kena masuk ke lubuknya…..


Setiap spesis binatang sudah ditempatkan di kawasan masing-masing. Anda perlu meneroka setiap kawasan kerana ia menyajikan sesuatu yang berbeza dengan pokok hutan, rekabentuk yang bersesuaian dengan habitat haiwan tersebut…..






Zoo ni memang cantik berbanding Zoo di KL atau Taiping….lebih cantik, tersusun dan kemas….walaupun bilangan spesis haiwan agak terhad berbanding di Malaysia, tapi lebih seronok disini rasanya….Zoo di Malaysia lebih kepada kandang terbuka dan boleh tengok semua haiwan dengan menaiki tram. Tapi disini anda perlu masuk hutan untuk lihat dan tinjau haiwan ni semua ye….kalau ia bersembunyi nasiblah….datanglah lagi….hehehehee


Sebab kesuntukan masa kami hanya sempat meninjau habitat Harimau Putih dan Badak Air je….hmmmm



Tapi tak mengapa…sebab Myya kurang berminat dengan haiwan darat ni….hehehehe




 Operation Hours : 8.30am - 6pm setiap hari
Admission Fee: $20/Adults, $13/child
Getting there : MRT Ang Mo Kio Station and take Bus 138
 

No comments: