Monday, 26 November 2012

Kota Singa: Night Safari



25 Sep 2012 (Tuesday)
Day 3: The City & Love the Animal 
Night Safari terletak di sebelah Zoo. Kalau dah datang zoo tapi tak masuk Night Safari memang tak lengkaplah kan….


 

Kami perlu tunggu hingga pukul 7.30pm untuk masuk….so lepas beli tiket…bergambar di sekeliling….terus melepak di Bongo Café pekena potato wedges dan the tarik. Myya macam biasa minta belikan strawberry blended dalam bekas panjang yang cantik tu….hmmmm layan je lah….







Dalam pukul 6.45pm, bermulalah Thumbuakar Performance. Pertunjukan akrobatik dan main dengan api yang dipersembahkan oleh 5 orang lelaki yang bertubuh seksi. Its fun! Seorang pengunjung akan di panggil naik ke pentas dan di buli secara baik….thats the really fun part…

Api yang di sembur-sembur tu terasa bahangnya hingga 50 meter…show akan di ulang lagi pukul 8pm,9pm dan 10pm setiap jumaat, sabtu dan public holiday bergantung kepada cuaca sebab ia di lakukan di tempat terbuka….


Masa kami sampai tadi tidak lah ramai orang….tapi bila dah dekat waktu masuk ada pulak 5 biji bas pelancong dari Jepun….keadaan dah jadi semakin sesak sebab tourist guide ni tak pedulikan pengunjung lain…terus je potong jalan dan rempuh bersama group yang di bawa…terkocoh2 aku tengok Japanese tu semua nak mengikut….sebenarnya dia nak dapatkan first trip tram….kalau tak memang beratur lama lah…hehehe….

Che abang malas nak berebut, jadi kami biar orang reda dulu baru masuk….sekali tengok…humang aih…punyalah ramai beratur nak naik tram….kami dah pandang sama sendiri….tapi menariknya, di sini memang organize, setiap pengunjung akan di beraturkan di setiap line mengikut jumlah seat yang ada pada tram…so tak perlu berebut….kami dapat naik tram ketiga….group Japanese tadi sebenarnya telah di asingkan di tempat berbeza dan ada tram yang lain jugak….hehehehe….bagus betul….

Tram yang kami naik ada tour guide yang bercakap dalam bahasa inggeris mudah…memang menarik perhatian…penggunaan flash ketika ambil gambar tidak dibenarkan atau penumpang akan di minta turun…bukan apa penggunaan flash akan membuatkan haiwan ni terkejut dan mungkin akan mengamuk….tapi masih ada yang degil…hehehe

Kami simpan je kamera ang tak canggih to enjoy the ride…..keadaan memang gelap dan di sinari lampu samar2 je….semua haiwan di tempatkan di kiri kanan jalan mengikut kelompoknya….so memang boleh nampak dari jarak dekat….tapi malangnya view yang dapat dilihat adalah hampir semua haiwan sedang makan atau tidur je….seronok lah jugak sebab boleh dengar bunyi cengkerik, bau haiwan dan hutan dan lain-lain….

Haiwan di sini di katakan group yang berbeza dari di zoo…

Di sebabkan suasana damai dan gelap ni…kami bertiga dah tidur-tidur ayam di pertengahan tour…hahahaha…letih beb!

Habis tour dengan tram kami terus je tengok show haiwan yang tak berapa menarik langsung…kali ni kami perlu berebut dengan group pelancong dari india yang langsung tak ada disiplin….dia main rempuh je orang…tolak suka hati…

Frust betul tengok show sebegini….indah khabar dari rupa….so habis je show, che abang ajak balik….terasa letihnya….

So kami keluar pukul 9pm dan tengok sekali lagi show Thumbuakar atas permintaan Myya…

Hajat nak naik teksi je…tapi nampaknya semuanya telah di booking….
Jadi kami cross the road dan beratur bersama pengunjung lain dan naik bas 138 untuk ke MRT Ang Mo Kio Station…Wow! Perjalanan yang sangat panjang bila naik bas dan MRT ni…
Kami sampai hotel dalam pukul 11pm lebih dan terus tidur…tapi che abang keluar pekena supper sebab lapar katanya…what a day!

Operation Hours: 7.30am – 12am setiap hari
Admission Fee: $32/Adults, $21/child
Getting there: MRT Ang Mo Kio Station and take Bus 138
 

No comments: