Friday, 23 November 2012

Kota Singa: Singapore Flyer



25 Sep 2012 (Tuesday)
Day 3: The City & Love the Animal

Hari ni kami memulakan ekplorasi pukul 10am. Cuaca agak mendung dan hujan sedikit. Aku berdoa agar tak hujan sebab kami akan melakukan aktiviti outdoor hari ni. Sebelum tu kami singgah ke travel agency di hotel untuk beli tiket Song of the Sea dan tempah Duck tour pukul 2 pm.

Note: Di sini aku dah buat satu kesilapan dan pembaziran sebab kurang ilmu. Sebenarnya tiket Song of the Sea dah pun termasuk dalam Tripper Pass. Tapi disebabkan aku menyangkakan bahawa tiket hanya boleh dibeli online dan di kaunter tiket di lokasi SOTS, maka tak sempat guna Tripper Pass dah expired. Tapi lepas balik ke KL baru aku perasan yang tiket SOTS boleh dibeli di kaunter USS dan aku berada di USS masa Triper Pass masih valid. Memang satu kesilapan!

Singapore Flyer

MRT : Ferrer Park (Line Purple) – Dhobby Ghaut (Interchange) – Promenade (Line Yellow). Take Exit A and follow the blue pedestrian signs.


Walaupun kami dah pernah naik Eye on Malaysia, tapi kami mahu cuba kelainan yang ditawarkan di Singapore Flyers. Untuk ke tiket counter agak sedikit mengelirukan sebab kami masuk dari pintu belakang bangunan. Even Singaporean yang kami tanya pun tak boleh bantu. Jadi kami hanya cari signboard. Bila dah sampai kaunter tiket, kami diarahkan ke kaunter customer service untuk redeem tripper pass. Agak tergesa kerana kami mengejar masa…

Sebelum masuk ke deck Flyer, kami perlu melalui ruang masa yang gelap. Disini ditunjukkan bagaimana flyer di bina dan koleksi2 gambar untuk rujukan.


Bila sampai di deck aku request untuk tidak berkongsi cabin sebab tiada orang pun ketika itu walaupun 1 cabin luas boleh masuk 24 orang….tapi disebabkan masalah komunikasi kami terpaksa berkongsi cabin dengan 2 couple mat dan minah salleh yang seksi…hmmm apa nak buat……


Ketinggian flyer 150 meter memerlukan 30 minit untuk penuh satu pusingan. Ia bergerak sangat perlahan hingga tak terasa langsung. View yang boleh dilihat adalah Singapore city dan sedikit kelibat tanah Johor.

Yang colouful to seat untuk tengok F1 yang berakhir semalam

Operation Hours : 8.30am - 10pm setiap hari
Admission Fee: $29/Adults, $20/child
Getting there : MRT Promenade Station

No comments: