Saturday, 24 November 2012

Kota Singa : Duck Tour (Day View)



25 Sep 2012 (Tuesday)
Day 3: The City & Love the Animal


Dari Singapore Flyer kami perlu ke Suntec City untuk Duck Tour. Sebenarnya untuk ke Suntec City, boleh saja berjalan kaki sebab ada laluan bawah tanah melalui stesen Promenade. Tapi disebabkan kami mengejar masa maka kami ambil keputusan untuk naik MRT sebab menjangkakan ianya lebih dekat.

MRT : Promenade (Line Yellow) – City Hall (Line Yellow)

Tapi kami perlu berjalan agak jauh dalam 15 minit untuk sampai ke Suntec City dari City Hall stesen. Dikatakan kalau berjalan dari promenade pun lebih kurang 15 jugak…hehehehe

Sampai je Suntec City, terus ke kaunter Duck Tour berhadapan dengan Butk Levis, G Floor.

Di sini berlaku masalah kecil yang menyakitkan hati. Pada mulanya kami dikatakan tidak buat booking. Tapi setelah di tunjuk bukti panggilan, petugas kaunter mengatakan ia bukan nombor telefon mereka dan booking dibuat di company tour yang lain. Sambil itu tiket terus dijual kepada customer mat salleh yang datang. Aku berkeras juga untuk naik tour pukul 2pm. Kemudian tak semena2 petugas kaunter kononnya nak buat penjelasan dengan menyebut nama che abang. Kantoi! Bila aku tanya macam mana dia tahu nama che abang baru dia mengaku ada terima booking dari kami. Kemudian dia beri alasan lain kononnya kami booking 2 seat sahaja sedangkan kami datang bertiga. Aku cakap itu bukan masalah besar sebab aku boleh riba Myya. Tapi dia masih bagi alasan kononnya tak selamat sebab setiap seat kena pakai jaket keselamatan dan blab la bla……aku dah naik hangin…..suara aku dah mula nak tinggi….muka aku dah merah…..dia pura2 telefon seseorang dan kemudian cakap dia akan pujuk driver untuk benarkan kami naik….aku tambah hangin sebab aku dah tanya driver personally dan driver tu cakap ok je…….bila dah dekat pukul 2pm akhirnya kami dibenarkan ride….

Aku dah hilang minat. Tujuan aku nak ambil tour ni sebab aku nak tengok view di sepanjang sungai waktu siang pulak…..

Bila tengah beratur, baru aku perasan dia sebenarnya dah jual seat tu kat customer lain. Dan customer tu tengah hangin jugak…padan muka…

Dalam boat tu kami diberi earphone dan bila di cucuk di seat tu boleh pilih bahasa tour guide. Tapi aku malas nak dengar sebab bunyi boat tu lebih kuat dari suara yang berbunyi. Dan tiada life jacket seperti yang dikatakan.


Mulanya boat akan melalui jalan darat ke Singapore Flyer dan barulah masuk sungai melalui Fountain of Wealth, Esplanade-Theatreas on the Bay, Civic District dan patah balik ke Suntec City.

Tour ni langsung tak enjoy dan tak berbaloi!


Kami alas perut dengan Mc Donald.  Apa yang pasti McDonald disini halal dan size hidangan adalah 2 kali ganda dari di Malaysia. Terbaik!

 

No comments: