Tuesday, 20 November 2012

Kota Singa: Chinese Heritage Centre & Chinatown



24 Sep 2012 (Monday)
Day 2: Fun @ Sentosa Island & River Cruise


Jam menunjukkan 5.30 petang. Untuk ke destinasi seterusnya kami akan melalui MRT Stesen Chinatown. Memandangkan masih ada waktu maka kami singgah sebentar dengan tujuan untuk membeli fridge magnet yang dikatakan lebih murah dan pelbagai pilihan.

MRT: Harbourfroont (Line Purple) – Chinatown (Line Purple)

Terus je tanpa perlu tukar stesen. Bila tengok map, kami nampak ada Chinese Heritage Center dan tiketnya dah termasuk dalam Tripper Pass. So ambil di Exit B.

Pintu keluar exit B di Night Market Chinatown. Disini anda akan jumpa deretan kedai di kiri kanan jalan yang menawarkan pelbagai barangan cenderamata. Cuma pilih dan bayar je…hehehe
Hasrat hati nak jalan-jalan je….tapi 30 meter kemudian kami sampai Chinese Heritage Centre. Alang-alang dah berbayar, kami masuk sebentar untuk lihat apa yang ada.


Ia sebenarnya lot kedai yang diubahsuai seperti rumah masyarakat Cina. Ada pelbagai poster besar yang menceritakan tentang asal-usul masyarakat Cina dan cara hidup mereka, apa yang mereka makan, cara berpakaian, dan lain-lain lagi. Paling menarik, dikatakan masyarakat Cina bijak menjahit pakaian hinggakan ada berbelas2 kedai jahit sebelah menyebelah beroperasi dalam satu kawasan.
Keadaan dalam rumah agak gelap, kami rasa kurang selesa dan sekadar melihat2 sebelum keluar untuk ke lokasi lain berhampiran.

Chinatown Sightseeing & Night Market

Kawasan Chinatown ni tak ubah seperti di Penang atau di Pudu Central, cuma lebih teratur dan bersih. 


Ada juga sebuah masjid disini tapi nampaknya seperti berkunci. Jadi kami tinjau dari luar sahaja.


Patah balik ke night market untuk cari fridge magnet. Selain cari FM yang cantik untuk di tempek di peti sejuk, aku juga mencari keychain Disney Character untuk Myya. Cari punya cari aku beli 7 FM dengan harga $10. Ada lagi yang lebih murah, tapi designnya tak berapa berkenan. Malangnya dari timbunan FM dan keychain yang bergantungan aku tak jumpa Disney Character tu. Jadi sambil2 lalu aku ambil gambar je sambil cuba tak timbulkan isu yang membuatkan Myya merajuk. Aku belikan key chain replica aiskrim yang cute dan Myya dah happy.

Kami berada di situ hingga lebihkurang 7.30 pm dan sempat tengok night view yang sangat cantik.


No comments: