Saturday, 10 November 2012

Kota Singa: Jurong Bird Park

23 Sep 2012 (Sunday)
Day 1 : Fly Fly Away

MRT : Sommerset (Line Red)-Raffles Place (interchange)- Boon Lay (Line Green) – Bus 194 (Yellow)

Perjalanan lebih kurang 40 minit. So sempat la incik abang lelapkan mata. Tapi aku tetap berjaga sebab tak mahu terlepas segalanya. Sepanjang perjalanan kami lalui kawasan perumahan dan sangat tersusun dan nampak baru sebab bangunan akan di cat semula selepas 2 tahun macam tu. Nak sidai baju pun ada tempatnya dan ia di bentuk menghadap matahari. Persekitaran pun nampak bersih dengan ada taman2 mini dengan pokok2 yang terjaga rapi.

Touch out dari Boon Lay stesen, exit sebelah kanan, terus je masuk Jurong Mall dan follow signboard ke Interchange Bus Station…naik bas no 194 (yellow).

Aku kagum tengok stesen bas yang very organize dan bersih. Sudah ada laluan menunggu mengikut nombor bas dan bas akan berhenti di pintu2 yang disediakan. Oh yaaaa….semuanya dalam bangunan yang ada aircond. Tak perlu risau panas dan hujan. Bayar tambang bas pun guna EZ Link card. Senang sangat.

Perjalanan bas dalam 20 minit. Incik abang sambung tidur. Myya tak bangun2 pun. Bas berhenti depan Jurong Bird Park.   Lepas bas berjalan, baru aku perasan yang kasut Myya dah tercicir sebelah. Huhuhuhu…kasut baru dan mahal pulak tu….incik abang ralat sangat sebab kasut tu dia yang pilih dan bayar…..Myya pun mula merengek dan tarik muka…..aduyai….

Dalam LRT tak sudah lagi tengok peta.
Dengan Tripper Pass ni bayaran masuk dan tram dah settle. Cuma tunjukkan pass dan ambil tiket. Anda akan diberi tiket yang sangat canti, map dan kupon diskaun bernilai $GD1. Kupon ni boleh guna untuk single purchase je (satu resit). So tak lah jimat mana pun sebab barangan di sini agak mahal.

Laluan masuk memang cantik…..banyak bunga….
Kami sampai dalam pukul 2.45pm. So tengok penguin sekejap dan terus tengok bird show (3.00pm).
Bird show dalam 30 minit je…..ok lah…biasa2 je….macam kat KL jugak….

Jurong Bird Park ni adalah yang terbesar di Southeast Asia. Ada 5000 ekor burung dari 380 spesis yang berasal dari seluruh dunia. Tarikan utama adalah spesis Hornbills, Toucans,penguin, Lory Loft dan Pelican. Burung Toucan sangat cantik dan menjadi mascot bird park ni.   

Singgah tengok penguin dulu....Kesian Myya kasut hilang sebelah...huhuhu
Disebabkan kami ada masa yang singkat, maka kami terus nak tram. Pusing sekeliling park ambil masa lebih kurang 15 minit je untuk single ride. Malangnya tak banyak yang dapat dilihat sebab semua burung ni dalam sangkar tertutup. Aku tak puas hati sebab tak dapat lihat keistimewaan taman dengan cara sebegini. So aku aim je dulu mana lokasi spesis burung yang aku nak tengok…

Turun je dari tram aku ajak incik abang berjalan tapi dia macam berat hati je…penat katanya…tapi aku pujuk sebab aku nak tengok burung yang aku minat iaitu Lory Croft dan Red Evil Bird dan penting untuk Myya belajar sesuatu jugak…. “Kita jalan slow2 je….”

Kami singgah tengok show King of the Skies….pertunjukkan burung helang dan sejarahnya dengan manusia….tapi tak menarik langsunglah…..Myya pun tak suka….kami terus keluar dan mula mencari burung2 yang menarik dan lain dari yang lain……

Burung misteri....mati-mati aku ingat patung...tegak je...sekali tengah ambil gambar boleh pulak dia lengok2 badan macam betulkan urat yang lenguh...hehehe..tokujut den!
Sekali…. ralit ambil gambar…rupanya kami dah pusing satu taman….penat giler….

Tapi hati aku masih tak puas….walaupun di sini ada banyak burung tapi semuanya dalam sangkar dan satu spesis ada berpuluh2 ekor…….boleh tengok dari jauh….dan jarak setiap sangar terpisah jauh sebab lokasi yang luas…..sangar memang besar dan terbuka tapi pengunjung tak dapat dekat dengan burung….

Berbeza dengan KL Bird Park, walaupun lokasi kecil dan bilangan burung terhad mengikut spesis, tapi ia bebas berkeliaran berhampiran pengunjung dan agak jinak merpati….boleh dekat tapi tak boleh sentuh….aku lebih suka di KL sebab lebih mesra alam……

Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini sebenarnya….ada taman air…tour…show dan sebagainya…Cuma perlu sediakan masa dan juga wang…hehehehe…

Kami cuma beli fridge magnet je di sini…..$GD5.90 selepas guna kupon diskaun…..dan mango ice blended dalam botol yang unik…juga $GD5.90…itu pun sebab Myya yang minta…kalau tak teguk air mineral jelah….hehehe….

Pukul 6.15pm kami bertolak balik….kali ni kami naik van mini (ala-ala teksi sapu) di bus stop yang sama dengan tambang $GD1 seorang dan berhenti di Jurong Mall…..



Operation hours: 9am-6pm (Mon-Fri), 8am to 6pm (Weekend & Public Holiday)
Admission fee : $23/Adult, $15/Child
Getting there: MRT Boon Lay Station – Bus 194


Plan untuk ke Chinatown ditunda sebab kepenatan yang melanda…so kami terus balik hotel

MRT: Boon Lay (Line Green)-Outram Park (Interchange)- Ferrer Park (Line Purple)

Restoran Bismillah, Little India

Kami sampai hotel lebih kurang 8pm….berus bersiap mandi dan keluar lunch di Restoran Bismillah. Sebelah hotel je pun….makan mee goreng merah dan nasi goreng merah…rasanya bolehlah…tapi kami tak henti2 gelak melihatkan rupa hidangan yang merah menyala tu….tapi teh tariknya memang kaw!
Mamak pulak dressing hip hop style….hahahahahahaha. (Total dinner : $GD12)

Mustafa Centre
Finally ke Mustafa Centre untuk cari kasut baru buat Myya…
Punyalah luas dan banyak barang yang murah bagi rakyat Singapura…hehehe
Cari punya cari dapatlah sepasang yang berkenan…Brand Mickey $GD20 je….

No comments: