Friday, 9 November 2012

Kota Singa :Bermula!

23 Sep 2012 (Sunday)
Day 1 : Fly Fly Away 

LCCT Kuala Lumpur

Kami bertolak dari rumah pukul 5.00 pagi.

Myya punyalah excited sanggup bangun sendiri terus mandi, pakai baju sendiri yang dah aku siap letak atas katil, merengek minta sikat rambut dan pakai bedak, terus pakai stoking dan kasut. Then berdiri di pintu sambil jerit,” Mak…ayah…cepatlah sikit…lambat sangat ni knapa? Nanti aeroplane tinggal macam mana…?”

Ha…ha…ha….baiklah anak ku…..

Kami cuma bawa 1 beg troli saiz M, 1 back pack dan stroller…..

Kami parked kereta di rumah Pak Poji dan minta dia hantarkan ke LCCT.

Al-Hamdulillah kami sampai pukul lebih kurang pukul 6.20 pagi. Sempatlah makan di Taste of Asia….



Changi Airport Singapore

Pukul 8.35am, kapalterbang Air Asia berlepas ke Singapore dan mendarat di Airport Changi selepas 50 minit. Aku pujuk Myya tidur tapi tak nak pulak. Lagi 10 minit nak landed baru Myya baring dan cakap “Ngantuknya maaakkkkkkk” dan terus terlelap…Bila dah sampai, Myya bangun sambil merungut “Ishhh….tak sempat nak tidur…kenapa aeroplane ni laju sangat mak?”

Oh…oh….jangan lupa isi disembarkation card…pramugari akan edarkan atas flight atau boleh je isi di airport nanti sebelum kaunter imigresen…selitkan dalam passport nanti ….

Kami bercadang nak terus check in hotel, tapi Pegawai Imigresen nasihatkan kami naik teksi je sebab katanya kesian sebab bawa beg dan anak…kalau naik train kena tukar banyak stesen dan berjalan jauh….

Keluar je dari airport akan ada staff yang bantu tahan teksi…dah ada tempat menunggu dan laluan teksi…ada macam2 jenis teksi dengan pelbagai rate…pilih je ikut kemampuan…

Mula2 tu masuk teksi limousine dan staff tu tanya samada nak naik…
Tapi incik abang bagi jawapan dengan muka selamba….
“No thank you…that’s only for prince….”
Hahahahaha…riuh staff tu gelak….
End up kami naik City Cab warna biru…pakai meter…bersih…

Sepanjang perjalanan ke Hotel Arriana di Jalan Syed Alwi, Little India, tiada kesesakan…jalan raya sangat tenang tanpa banyak kenderaan…aku suka sangat!

Hotel Arriana, Jln Syed Alwi, Little India

Kami tiba di hotel dalam pukul 11am…Tambang teksi dalam $GD15..dan berhenti betul2 depan hotel. Malangnya kami tak boleh check in awal sebab tak ada bilik yang available…tapi kami boleh tinggalkan beg di bilik yang disediakan…..hmmmmm bagus tu…

Keluar dari hotel baru aku perasan yang ia bersebelahan dengan Mustafa Centre….seberang jalan je….wohohooo…ini sudah bagus!

MRT Stesen yang terdekat terletak lebih kurang 200meter jer….stesen Ferrer Park…dalam bangunan City Square Mall…senang je cari arahnya lepas ringan mulut bertanya dengan pekerja hotel tu….hehehehe
Bila dah masuk mall tu, turun ke B1 dan follow je signboard yang ada….

Lokasi sasaran hari ini adalah untuk ambil Singapore Tripper Pass yang aku dah beli awal2 dari Groupon. Melalui komunikasi email dengan travel agency tu kami kena turun di Orchard stesen…

Ini kali pertama nak naik MRT di Singapore….ada rasa gementar mulanya…tapi lepas melihat lokasi dan kemudahan signboard dengan pelbagai info yang bertempek merata2 maka terus rasa yakin…macam naik LRT kat Malaysia jugak…rupa stesennya pun lebih kurang je….ada counter kecik dan mesin tiket layan diri…tapi lagi tersusun dan mudah!

Luxury Tour & Travel, Concorde Hotel, Orchard Road (Pick up Singapore Tripper Pass)

Dari Ferrer Park (Line Purple) ke Orchard (Line Red), tiketnya $GD2.40 tak kira adult/child. Kena tukar line di exchange stesen Dhoby Ghaut. Nak tukat line ni ada banyak signboard dan mudah sebenarnya, laluan semuanya dalam bangunan bawah tanah, tak perlu keluar pun macam kat Malaysia (iyolah…kat Malaysia, trainnya atas tanah), tapi penatlah jugak berjalan dan naik turun lif….tapi aku suka sebab tak susah mana pun….

Sampai je di stesen Orchard, aku tengok ada banyak exit….so sebelum touch out, aku tanya dulu lokasi sebenarnya dengan staff di kaunter…tapi katanya lebih dekat kalau aku turun di stesen Sommerset…

Naik balik train dan patah balik ke stesen Sommerset….oh ya….train di sini sangat mengikut jadual dan penumpangnya akan beratur dengan berhemah….

Masa nak exit dari Sommerset aku beritahu staff (apek tua) yang sebenarnya aku beli ke Orchard…aku tanya kalau ada prosedur yang perlu aku buat…
“I don’t care….if you pay more you can exit at less door…who ask you to pay more”
Kurang ajar punya apek….aku tanya elok2 kan….bengong! Hangin betul aku…

Lepas touch out, aku tunjuk alamat dekat staff yang muda dan minta panduan. Kali ni aku diberi tunjuk ajar dengan sopan santun sekali….sejuk balik hati yang panas ni….hehehehe

Travel agency ‘Luxury Tours & Travel’ ni terletak di Concorde Hotel. Ada banyak signboard jugak di luar stesen tu…senang mencari….

Sepanjang perjalanan ke sana, kami melalui butik2, mall, dan segala macam kedai untuk shopping…tapi ia tidak sesuai untuk mereka yang budget rendah dan terhad macam kami….heheheheh…

Sampai je di pejabat tu, aku di beritahu tak boleh redeem Tripper Pass tu sebab PIC bercuti hari ni…aku pun cakap yang aku datang dari jauh dan ada masa terhad di sini..tapi diaorang layan acuh tak acuh je….aku cakap lagi yang aku dah berkomunikasi email dengan staff nama Eva dan diberitahu boleh collect anytime…aku siap bagi tarikh lagi dan dia confirm ok….

Then staff kat kaunter tu terus panggil si Eva tu….tapi minah tu buat tak tahu je…tegur aku pun tak…padahal masa nak pujuk aku beli bukan main manis ayat emailnya…cepat je reply…lepas aku dah beli…langsung tak reply email aku…then bila aku dah ada depan mata tak de pulak datang tegur atau explain…dia boleh pass kat staff yang lain….dan staff tu pulak asyik cakap aku kena datang esok….aku dah betul2 naik darah….tangan dah menggigil….muka dan badan dah panas….

“Just give me that pass….i already paid and I want it now….please don’t make me raise my voice!” Aku cuba kawal suara….tapi nada dah keras…masa tu ada ramai customer dan ada yang dah mula pandang2 kami…..

Lepas 5 minit aku dapat pass tu….senang je pun….aku pun tak tahu apa masalah diaorang…..

Kami beli pass untuk 3 hari (72 jam). Jam bermula dari touch yang pertama. Sebab itu aku perlu ambil pass tu hari ni sebab aku dah susun plan untuk gunakan pass ni hingga hari keempat dan manfaatkan ia sebaik mungkin. Baru berbaloi! 

Dok study peta tak habih-habih lagi

Hari ni kami plan untuk ke Jurong. Lokasi pertama ialah di Snow City untuk main salji dan terus ke Jurong Bird Park. Myya dah happy sangat…..tapi sebab letih dia tidur je..nyenyak…..

Jam dah pukul 1.30pm….dan jika di kira travel time dan operation hours, rasanya tak sempat nak habiskan masa main salji. So kami terus ke Jurong Bird Park.

Sebelum tu kami top up dulu value card Tripper Pass cum EZ Link tu SGD20 per adults untuk fee MRT/LRT nanti. So tak payah buang masa beratur beli tiket. Untuk Myya (Child Pass) aku tak top up pun sebab aku dukung je dia nanti atau tolak dengan stroller je…


No comments: