Thursday, 29 November 2012

Kota Singa: Arab Street & Kg Glam



27 Sep 2012 (Thursday)
Day 5: Shopping/Free & Easy

Checkout –Hotel Ariana

Arab Street/Kg Glam/Masjid Sultan

Pagi ni terasa sungguh kepenatannya. Lepas check out pukul 12.00 noon, kami simpan beg di store dan terus naik MRT ke Arab Street

MRT : Ferrer Park (Line Purple) – Outram Park (Interchange) – Bugis (Line Green)


Che abang cume beli sedikit cenderamata. 6-7 item $GD10.

Suasana di Kg Glam memang cantik….tapi aku agak pelik sebab pada waktu tu aku nampak banyak peniaga bukan Melayu sedangkan ia di katakan khusus untuk Melayu….iyalah kan di Little India majoriti adalah kaum India, di ChinaTown pun majoriti bangsa Cina tapi di Kg Glam kenapa ia berbeza? Persoalan yang perlu di kaji lagi…….ini pandangan aku je….

Di sini banyak juga kedai jual kain untuk buat baju dan cafe

Masjid Sultan



Wednesday, 28 November 2012

Kota Singa: Song of the Sea



26 Sep 2012 (Wednesday)
Day 4: Fun @ USS & SOS

Lepas berjimba di  USS, kami naik Sentosa Ekspress ke Siloso Point untuk tengok Song of the Sea. 

Sebelum tu kami makan McDonald yang hebat hidangannya…memang best…

Tapi Myya tidur sepanjang show….letih sangat naik roller coaster…
Show mengisahkan sekumpulan remaja yang cuba selamatkan princess melalui nyanyian…seronok tapi membosankan…ha!macam mana tu?




Dah! Jom balik!

Show: 7.40pm & 8.40pm
Admissin Fee: $GD10/Adult
Getting there: MRT Harbourfront - Vivo City (level 3) - Sentosa Ekspress - Stop at Beach Station

Tuesday, 27 November 2012

Kota Singa: Universal Studio



26 Sep 2012 (Wednesday)
Day 4: Fun @ USS

Kisah hari ni tak perlu cerita panjang. Layan gambar je…
Kami masuk semua lokasi yang ada tanpa perlu beratur panjang sebab tak ramai pengunjung dan cuaca pun redup je….memang hari yang terbaik!

Apa yang boleh di katakan…memang best!



Kalau anda ingin basah, sila duduk di seat hadapan (biru) dan paling hampir dengan kolam









Bila nak tengok Shrek 4D tu, ambil seat 9 row di hadapan. Effect lagi best!


Aku berjaya naik kedua2 nya berturut-turut! Human dan Cyclon. Tapi sekejap sangat. Memang tak sempat pening!
Penghujungnya Myya naik mini dragon Roller Coaster di Far Far Away Castle sebanyak 11 kali berturut2! 7 kali mak teman dan 4 kali ayah teman….baleh tahan peninglah jugak mak ayah dibuatnya…tapi Myya relaks je…siap marahkan orang yang jerit2 tu…hahahaha
 Di luar USS ada kedai coklat yang yummeh!


Operation hours: 10am-7pm
Admission fee : $GD68/Adult, $GD50/Child (For Weekdays), 
$GD75/Adult, $GD55/Child (For Weekend,Public Holiday)
Getting there: MRT HarbourFrount - Vivo City (Level 3) - Sentosa Ekspress to Imbiah Stop