Sunday, 11 March 2012

Santai di Kuching Sarawak- Day 4: Pasar Satok

Plan nak pergi meninjau Pasar Satok awal pagi. Tapi che abang beri cadangan supaya terus checkout. Bersiap punya bersiap dengan anak dara comel yang masih liat bangun pagi, kami check out dari Tune Hotel tepat jam 11.15am.

Terus ke Pasar Satok. Hajat hati nak beli lihat cenderamata unik dan murah. Dengan bantuan GPS, perjalan 10 minit menjadi  20 minit sebab terlajak jalan.

Kami hanya parking di tepi jalan sebab dah terlampau sesak. Harap tak kena saman.

Pasar Satok hanya dibuka pada hujung minggu dan menjual barangan basah. Banyak jenis sayuran dan hasil sungai, laut dan hutan dijual dengan harga yang sangatlah murah.

Kawasan jualan sangat besar dan jumlah peniaga pun ramai. Kami bermula dengan bahagian menjual sayuran dan ikan. Ada macam2 jenis sayuran yang sangat segar di jual dalam kuantiti yang banyak tapi dengan harga yang murah. Aku memang suka sayur….kalau tinggal di sini boleh selalu makan sayur segar. Boleh sihat jadinya. Tapi takkan nak pindah sini semata2 nak makan sayur…hehehehe…

Tapi disini lebih banyak sayuran hasil hutan ya. Contohnya petai, pucuk paku, kantan, midin, ubi ubian, dan macam2 lagi yang pelik tapi nampak sangat sedap…Sayuran hasil ladang ada jugak tapi tak sebanyak manalah. Orang Sarawak suka makan belacan ya? Setengah blok batu bata belacan=RM5 je.


Seronok sangat! Macam2 ada! Murah!
 Sebab terkilan tak dapat beli petai di Pasar Serikin, aku beli ½ cawan petai yang dah siap kopek = RM2. Kalau yang belum kopek harga sama boleh dapat dalam 1 cawan gitu. Hmmm balik boleh buat sambal petai. Aku jugak teringin nak beli sayur midin tapi macam leceh pula nak naik flight nanti….

Jalan2 lagi kami singgah tinjau peniaga yang jual ikan, udang, ketam dan lain2. Humang aih….murah sangat ni abang jual…boleh dapat untung ke? Ishhhh…..naik meroyan aku tengok. Mulalah macam2 idea resepi muncul dalam kepala…..

Kami singgah pula di kedai jual buah…paling banyak jual buah dabai…cuba sebijik tapi tak sedap ah! Aku tengok peniaga kat situ makan buah dabai macam makan kuaci!

Ternampak gerai jualan kuih muih. Aku ajak che abang cuba jika ada kuih yang unik…3pcs=RM1. Beli karipap (ini Myya request), kuih apa ntah dalam gulungan daun, kuih pulut, dll…..tapi semuanya kurang sedap pada tekak aku….alahai nasib…. Ada juga juala nasi lemak tapi bungkus dalam plastic je.
Bila sampai di section jual cenderamata….alamak…semua pakat2 dok bungkus simpan dah…tengok key chain dan fridge magnet yang jual di sini punyalah cantik, pelbagai dan murah. Kalau beli peket lagi murah….t-shirt, kain baju, beg, gelang, rantai, dan macam2 lagi berjiwa Sarawak. Che abang ajak cari papan rehal nak hadiah kat omak…so kami berjalan laju jeling2 je tengok barang jualan. Tak sempat nak belek pun. Sampai je penghujung tak jumpa pun papan rehal.  Sekali patah balik……alahai…..dah bungkus! Cepat betul! Baru pukul 12.30 tengahari. Ishhhh! Geramnya! Aku memang berhajat betul nak beli gelang manic untuk Myya. Anak comel ni minat sangat gelang sekarang ni….Terkilan sangat!

Perut dah lapar. Kami singgah lunch di  Coffee O Corner. Dekat je dengan pasar Satok. Kami makan nasi ayam penyet bakar, nasi lelapan, roti canai cheese mayonis daging, milo ais, telur asin goreng, teh tarik = RM32.70. 

Jam menunjukkan pukul 2.10pm. Che abang ajak ke Muzium Kucing. Myya mesti seronok tengok kucing.
Tapi sangat sedih hokey! Muzium tutup atas sebab2 yang tidak diberitahu! Mencik!

Bersambung……

1 comment:

Joe Root said...

Extraordinary overview, I'm certain you're getting an awesome reaction. sarawak 4d result