Resepi - French toast
atau dalam bahasa aku ialah roti celup telur lepas tu campak dalam kuali
leper. Aku selalu buat french toast bila hujung minggu. Kekadang aku
suka pelbagaikan filling dalam telur tu. Selalu aku letak serbuk
parmesan, serbuk bawang putih, daun sup, susu full krim ke dalam telur
then kacaukan dengan rata. Rasanya sangat berlainan yerk bila setiap
kali kita ubahkan rasa filling dalam telur tu. Bila kita letak daun sup
dalam telur, naik bau french toast kita tu. Kalo kita letak susu full
krim, rasanya lemak berkrim french toast tu. Kalo kita letak serbuk
garlic plak, rasanya macam makan roti bakar garlic. Garlic sangat bagus
yer kalo diamalkan dalam pemakanan kita. Celupkan roti, campak dalam
kuali leper. Selalu french toast ni aku cicahkan dengan baked beans.
Tapi kalo korang tak nak pun takpe. Ikut tekak memasing. Roti putih
cicah dengan baked beans yang telah dipecahkan telur ke dalamnya...pun
boleh gak!
26. French Toast With Cheese.
Resepi - roti selitkan dgn keju, celupkan dlm telur, campak dlm kuali leper. Dah siap!
27. Roti Hotdog Belah Tengah
Resepi - gorengkan hotdog
macam biasa. Amik roti hotdog, belahkan kat bahagian tengah-tengah.
Letak salad, tomato dan hotdog. Hiaskan dengan sos dan mayonaise.
28. Roti Jala + Kari Ayam
Resepi - adunan roti jala
lebih kurang sama jer dengan adunan lempeng. Cuma kalo nak lemak
berkrim, taruk sepaket santan segera ke dalam adunan. Adunan tu mesti
diblender untuk mengelakkan ianya berketul-ketul. Masukkan ke dalam
acuan dan jala kan sesuka hati korang. Lawankan dengan kari ayam
marvelous! Kari ayam lebihan lauk semalam pun lagi ummpp! Kalo nak
jimat masa, malam sebelum nak tido tu, masak lar kari ayam dulu, esok
pagi korang tinggal nak menjala jer.
29. Roti Rolls With Chicken Ham + Salad
Resepi - Gorengkan
chicken ham dengan sedikit minyak. Perasakan dengan black pepper dan
lada putih. Bubuhkan dengan kicap maggi sikit. Letakkan ke atas roti.
Bubuh salad dan gulungkan. Kalo tak nak gulung pun takpe, lipat dua
pun boleh...
30. Roti Rolls With Eggs Mayonisse + Salad
Resepi - caranya sama
seperti di atas cuma tukarkan chicken ham dengan telur rebus yang telah
dilenyek dengan garfu. Perasakan dengan lada putih dan serbuk perasa.
Taruk butter sikit ke dalam telur yang telah dihancurkan tadi. Gaulkan
rata. Letak kat atas roti, taruk salad, tomato dan gulungkan. Kalo tak
nak gulung, lipat dua jer.
31. Nasi Lemak Berlauk
Resepi - masak nasi
lemak macam biasa dan buat lar lauk mengikut kesukaan anda. Ayam goreng
ker ikan goreng ker dan macam-macam lagi. Dah jadi nasi lemak berlauk.
Hahaha....
32. Sandwich Scrambled Eggs With Cheese
Resepi - Pukul 4 atau 5
biji telur. Perasakan dengan serbuk perasa dan lada putih. Masukkan
minyak sikit ke dalam kuali leper. Letakkan adunan telur tadi ke dalam
kuali. Hancurkan. Masukkan ke dalam mangkuk, taruk mayonaise 1 sudu.
Gaulkan dengan rata. Letakkan ke atas roti. Bubuh salad dan cheese
sekeping. Perghh....
33. Sandwich Rolls Sushi With Fillet Ketam + Telur + Seaweed
Resepi - Filet ketam
dimasak terlebih dulu. Telur plak suka hati korang nak buat jenis macam
mana, nak telur rebus lenyek ker, nak telur dadar ker, nak telur hancur
ker. Amik roti, leperkan dulu dengan roller, letak seaweed dulu, letak
filet ketam dan telur. Gulung dan potong bulat-bulat. Sesuai lar
untuk dijadikan menu menarik untuk bekal anak anda.
34. Hotdog Cocktail + Kentang Goreng
Resepi - ni takde resepi.
In case kalo terbangun lambat kan. Goreng jer lar hotdog cocktail
dengan kentang goreng tu. Kentang goreng tu aku suka tabur dengan lada
putih, serbuk perasa dan secubit garam. Goncangkan. Dah siap wat
sarapan ala-ala emergency!
35. Makaroni Bakar + Cheese
Resepi - Jika ada lebihan
kuah spaghetti bolognese, jangan dibuang kesemuanya. Boleh disimpan
dalam peti sejuk. Esok pagi, kita rebus makaroni dan gorengkan makaroni
dengan lebihan kuah bolognese tu. Masukkan ke dalam acuan pembakar yang
telah disapu marjerin. Lapiskan dengan kepingan cheese. Nak guna
cheese tabur pun boleh gak. Masuk ke dalam oven, dan bakar sehingga
kekuningan. Tak payah bakar lelama sangat. Agak-agak kalo tengok keju
dah cair semua, baru lar boleh diangkat. Senang jer bukan?
36. Korean Pancakes
Resepi - Cara adunan
korean pancakes ni sama dengan adunan buat lempeng. Cuma letak filling
jer dalam adunan ni. Selalunya orang korea letak filling kobis yang
dicincang halus, daun kucai, daun bawang, dan seafood like udang, tiram,
octupos. Tapi kita nak senang kan, letak jer lar filet ketam atau
kupang yang dah kopek tu. Masak dalam kuali leper dengan sedikit
minyak.
37. Pancake Chip Coklat
Resepi - Aku suka guna
tepung pancake yang dah siap dalam kotak tu. Nak buat sendiri adunan
pancake tu asik tak jadi jer. So nak senang, guna jer lar tepung
pancake yang dah siap dalam kotak tu. Beli perisa yang plain. Tambahkan
cip coklat. Lawankan dengan peanut butter yang disapu atas pancake
ataupun sos coklat ataupun madu ataupun dengan jem. Suka hati ikut
selera memasingkan...
38. Pancake Blueberry (Instant) + Badam Hancur
Resepi - Aku pun suka
guna tepung instant pancake perisa blueberry yang dalam kotak.
Campurkan dengan badam hancur. Pergh...sedap tau pancake perisa
blueberry. Boleh dimakan begitu sahaja...
39. Pancake Kosong With Honey
Resepi - sama macam kat
atas. Tapi biar kosong jer dalam adunan pancake tu. Then korang boleh
curahkan dengan honey ke nutella ke peanut butter ke kan. Suka hati,
ikut kekreatifan korang nak letak apa dalam pancake tu nanti yerk!
40. Lempeng Wrap + Isi Kentang
Resepi - buat adunan
lempeng macam biasa. Masak dalam kuali leper. Masukkan satu senduk
adunan ke dalam kuali. Kita nak lempeng wrap nipis, tak nak tebal
sangat supaya senang nak gulung. Ala...macam buat kulit popiah lar.
Masak kentang macam nak buat isi kentang karipap. Letakkan isi kentang
ke atas lempeng dan gulungkan. Cicah dengan sos cili. Ni resepi arwah
mak aku. Kenangan beb...
41. Burger Daging Special Homemade
Resepi - beli roti
burger. Masak daging beger. Bolotkan dengan telur dadar. Letak salad,
mayo dan sos. Dah jadi burger homemade!
42. Daging Burger / Daging Cincang Masak Tomato + Cicah dengan Roti
Resepi - daging
beger tu dibiarkan dalam suhu bilik. bila daging beger dah lembut,
potongkan dadu. tapi bila dah masak nnti, dah tak nampak lar bentuk
dadunya nnti.
Tumis bawang dan bawang
putih yg diracik. masukkan daging beger yang dah dipotong dadu. kacaukan
ia supaya daging tu masak sekata. biar hancur macam daging cincang pun
takpe. buangkan minyak sket sbb biasanya daging beger akan mengeluarkan
minyaknya sndiri apabila digoreng.
Walaupun masak tomato,
saya masukkan ciliboh sket utk rasa pedas2. takde lar rasa pio tomato
jer kan. then masukkn tomato yang dah dipotong dadu. tak lupa juga
tomato sos. agak2 jer lar supaya ada kuah sedikit dan tak kering sangat.
Masukkan perasa. aku taruk lada hitam dan lada putih gak sebagai penambah rasa.
Bahan sampingan yg aku
masukkan ialah carrot yg dipotong dadu gak, cendawan shitake yg dipotong
melintang. kalo takde cendawan shitake, pkai cendawan butang pun boleh.
43. Burger Benjo Homemade
Resepi - Kalo tak suka
burger daging, buat lar burger benjo atau burger telur. Kalo takde acuan
benjo, buat jer lar macam telur dadar, lepas tu lipat segiempat sama.
Bubuh salad, mayo dan sos.
44. Tortilla Rolls With Nugget + Salad
Resepi - Goreng nugget
macam biasa. Paling bagus guna nugget tempura. Kalo nuget crispy yang
ada breadcrumbs tu macam tak berapa nak sedap lar. Panaskan tortilla
dalam kuali leper. Letak salad, sos dan mayo. Dah tak payah beli lagi
twister KFC tu.
45. American Breakfast (Roti Bakar + Baked Beans + Scrambled Eggs + Kentang Goreng/Wedges)
Resepi - yang paling
mudah. Roti bakar dengan baked beans, telur hancur, hotdog dan kentang
goreng. Makan sambil cicah-cicah gitew...
46. Roti Kebab Berinti Daging Burger
Resepi - Daging burger
dimasak terlebih dahulu. Kemudian digunting-guntingkan. Gorengkan
bersama dengan sos tiram sikit, sos cili dan sos tomato. Perasakan
dengan serbuk perasa, black and white pepper. Masukkan ke dalam roti
kebab. Amik timun, buang bijinya dan hiriskan memanjang. Letakkan
dalam inti roti kebab tadi.
47. Mee Hongkong
Resepi - Mee kuning
dicelur dengan air panas. Amik sedikit mee, pecahkan telur sebiji,
perasakan, letak tepung jagung sikit dan goreng sehingga garing.
Ketepikan. Aku selalu guna sup instant sebab paling cepat dan mudah.
Pagi-pagi buta kan semuanya nak cepat. Amik periuk, bukakan sup
instant ayam ker ketam, tambahkan air, tambahkan sayur sikit. Sup
instant ni dah siap-siap ada tepung jagung kat dalamnya. So tak payah
lar nak tambahkan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Mudah kan?
Muahahaha...semuanya instant!
48. Kue Teow Goreng Kering
Resepi - Masak macam mee
goreng. Goreng sehingga kering. Laki aku tak suka kue teow basah dan
lembek. Dia suka kering dan garing.
49. Frozen Roti Canai/Cappati + Sambal Sardin
Resepi - Agak-agak dah
takde idea nak masak apa, beli aje lar frozen roti canai/capatti.
Tampalkan dengan telur dan cicahkan dengan sambal sardin. Dengan kari
ayam pun boleh.
50. Frozen Pizza
Resepi - Nak resepi gak
ker? Buka kotak, masuk dalam oven. Dah siap! Tapi aku suka tambahkan
cheese lebih sket kat atas pizza tu...ngeh ngeh ngeh!
51. Roti Coklat Nutella + Peanut Butter
Resepi - Amik roti putih, sapukan dengan nutella dengan peanut butter. Dah siap sarapan dan bekal untuk anak-anak!
52. Roti Putih + Scrambled Eggs + Hotdog
Resepi - goreng atau
grill hotdog macam biasa. pecahkan telur 4-5 biji. tarukkan perasa,
lada putih, serbuk bawang putih goreng dan masak dalam kuali leper.
Cubit-cubit dengan roti putih. Gambarnya ada kat bawah.
53. Aneka Nugget + Kentang Goreng
Resepi - goreng lar aneka
nugget yang korang suka. Eh, tapi aku suka goreng wantan tau. Cicah
plak dengan mayo putih dan cheezy mayo, perghh....tak toleh kiri kanan!
54. Frozen Angry Birds + Roti Scrambled Eggs
Resepi - Kat tempat aku
ada jual frozen angry birds. Ianya macam fishcakes gak. Tapi nampak
comel lar kan. Ada gak jual frozen doraemon, owl, nemo dan macam-macam
lagi lar. Sebenarnya nak kasi budak enjoy dengan makanan diaorang.
Gambarnya ada kat bawah yerk!
55. Roti Mentega + Milo
Resepi - Roti putih sapu
dengan planta dan kemudian taburkan milo ke atasnya. Sedap tau...dulu
arwah mak selalu buat masa kecik-kecik. Kalo takde milo, taburkan
dengan gula pasir pun boleh.
56. Roti Peanut Butter Banana
Resepi - roti putih sapu dengan peanut butter dan kemudian letakkan kepingan pisang. Budak-budak pasti suka!
57. Tortilla Rolls With Fish Nuggets + Salad + Tomato
Resepi - sama macam kat atas cuma gantikan dengan fish nuggets. Nak guna filet ikan pun boleh. Janji ngap...!!!
58. Tortilla Rolls With Omellete Rolls + Chicken Ham + Cheese
Resepi - tukarkan dengan
omellete, tambahkan dengan chicken ham dan cheese. Jangan lupa salad
yerk! Gulungkan jer...dah macam roti subway plak kan?
59. Tortilla Rolls With + Daging Burger Ayam + Salad + Tomato
Resepi - Kalo tadi kita
guna nugget ayam, sekarang kita kasi tukar pulak dengan daging burger
ayam. Goreng macam biasa burger ayam dan belahkan dua bahagian. Susun
di atas tortilla, taruk salad, hirisan tomato, mayo dan gulungkan.
60. Roti Mini Kurasan
Resepi - guna roti mini
burger. Belahkan dua macam buat roti burger. Intinya daging cincang
dengan kentang. Paling senang, buatkan inti sardin jer. Masuk inti kat
tengah-tengah roti burger. Balutkan dengan kulit popiah. Goreng
sehingga kekuningan.
61. Cup Cakes Oreo + Kismis
Resepi - Aku suka guna
tepung cup cakes yang instant. Kalo nak buat sendiri memang ler aku tak
tau sukatan. So, nak selamat guna lar tepung dalam kotak nyer. Ikut
lar panduan yang dah disediakan kat kotak tu yerk! Taruk lar filling
apa yang korang suka selain dari oreo dan kismis.
62. Donut Ala-Ala Big 10
Resepi - kalo malas nak
adun tepung buat donut, guna lar donut frozen! Walaupun tak sesedap tak
selembut donut yang mak kita buat. Tapi kalo dah taruk coklat kat atas
donut tu, laju jer budak-budak makan. Ikut suka hati korang nak letak
apa kat atas donut tu yerk!
63. Roti pizza
Resepi - gunakan roti
putih. paling bagus guna roti perancis. letak sos tomato. letakkan
hotdog ke filet ketam ke, cendawan butang, nenas dalam tin, lada
benggala kat atas sos tomato tu. jangan lupa bubuh cheese bebanyak ker.
bakar dalam oven. bila keju dah cair baru bleh angkat.
64. Crepes peanut butter+ banana + nutella + cip coklat + cheese
Resepi - rasanya resepi ni ada kat ruangan gambar kat bawah. sila lar scroll yerk!
65. Okonomiyaki
Resepi - haah...menatang
apa ni? Ok, ni ialah makanan jepun. zizan cakap macam lempeng.
adunannya sama macam lempeng. buatnya sama macam buat korean pancakes.
cuma kat atas lempeng tu ada letak fish flakes, seaweed, mayo dan sos
jepun. semua bahan-bahan ni ada jual kat jusco tapi kena hati-hati yerk
dengan bahan mirin. gambar nye ada kat bawah yerk!
66. Roti Croissant With Tuna + Cheese
Resepi - beli roti
croissant yang ready made. sapukan dengan tuna mayo, letakkan cheese.
bakar dalam mikrowave selama 2 minit. dah siap! mudah kan...?
67. Roti Croissant With Chicken Ham + Eggs + Salad
Resepi - kalo tadi kita guna roti putih, sekarang kita tukarkan dengan roti croissant pulak.
68. French Toast With Honey
Resepi - Buat roti celup telur macam biasa. Letakkan honey di atasnya. Omputih paling suka makan macam gini.
69. Rolls Cakes
(beli kat kedai bakery. potong masuk dlm bekal. paling senang)
70. Cornflakes + Susu
(lagi paling senang dan cepat!). Kalo nak masuk ke dalam bekal, asingkan susu dan cornflakes.
71. Salad With Hotdog / Nuggets And Peanuts
Resepi - guna lar jenis
salad yang korang suka makan. Aku suka lettuce. Campakkan hotdog yang
telah dimasak, nuggets dan kekacang. Nak campur dengan buah-buahan pun
boleh. Letakkan mayo dan plain yogurt sikit. Gaulkan rata. Satu cara
nak ajar budak-budak makan sayur.
72. Roti Sardin Celup Telur (French Toast Sardine)
Resepi - laki aku paling
suka roti sardin. ada lebihan kuah sardin, jangan dibuang, simpan dalam
peti sejuk. sapukan kat atas roti putih. celupkan dengan telur dan
campakkan ke dalam kuali leper. garing-garingkan yerk!
73. Pasta Goreng
Resepi - masak pasta ni sama macam korang masak nasi goreng gak.
74. Roti Arab Berinti Daging / Ayam / Sardine
Resepi - intinya macam
inti karipap, ada kentang dan cuma tambah letak daging/ ayam/sardin ke
dalamnya. gunakan roti john. belahkan dua, masukkan inti. roti
dibalut dengan kulit popiah dan kemudian dicelup ke dlm adunan telur dan
digoreng dlm minyak panas. toskan dan kemudian belah di tengah2 untuk
taruk mayo dan sos cili.)
75. Omellete Rolls + Chicken Ham + Seaweed + Fillet Ketam
Resepi - kita buat style jepun yerk! Omellete sushi! Gulungkan omellete dengan chicken ham, seaweed or salad, dan filet ketam.
76. Spaghetti Olio Biasa
Resepi - tak payah letak
seafood, campak jer lar bahan yg ada contoh mcm fishcakes ke, hotdog,
isi ayam, meatball dan lelain. Ikut lar kekreatifan anda nak letak
bahan apa2 pun. Goreng macam olio yang biasa buat.
77. Roti Ala-Ala Subway
Resepi - refer gambar kat
bawah. guna roti hotdog. intinya saya guna chicken ham dengan hotdog 4
ketul, potong serong. chicken ham dgn hotdog digoreng dgn minyak yg
sikit. then tumiskan bawang dan bawang putih. masukkan chicken ham dan
hotdog ke dalamnya. masukkan sos honey hickory utk penambah perisa.
taburkan lada hitam sikit, tak perlu letak garam. goreng/grill sampai
sekata. nak guna bbq hickory pun bleh, sos lada hitam ker, sos bbq ker,
terpulang pada kekreatifan anda.
78. Corndog
Resepi - tengok kat
youtube cara-cara membuatnya. pada aku lar kan, guna jer lar bahan yang
ada kat dapur tu. pagi-pagi buta nak pegi cari buttermilk, gila ker?
Buat jer lar macam korang buat adunan lempeng cuma kena pekat sikit.
Cucuk hotdog dengan stick dan celupkan dalam adunan tepung.
79. Keropok Lekor
Resepi - tempat aku ada
jual kopok lekor mentah. ada macam-macam jenis. hiris memanjang tapi
nipis. sebab bila digoreng ia akan menjadi garing. sure budak makan
abis nyer! sarapan yang sangat ringkas, bukan?
80. Roti Bakar Mamak
Resepi - dari korang dok
kat kedai mamak order roti bakar mamak yang cuma disapu marjerin dan
kaya, lepas tu dibakar, better korang buat sendiri kat rumah kan. Sedap
kalo dimakan panas-panas tapi tak berapa sesuai untuk dibuat menu
bekal. Nanti roti tu liat nak makan. Menu sesuai untuk sarapan hari
cuti!
81. Twister Ikan Dory
Resepi
- ikan dory digoreng dengan tepung dulu, then balutkan dengan tortilla,
taruk salad, taruk mayo, dah siap! Gambar ada di bawah!
82. Roti Perancis Ala Pizza
Resepi - guna roti prancis, belahkan dua, taruk sos tomato, hotdog, lada benggala, nenas dan cheese, then bakar!
83. Murtabak Maggi
Resepi - chef wan pun tau
buat resepi ni tau! rebus maggi dan toskan air bila dah masak.
masukkan perencah maggi tadi, pecahkan 4 or 5 biji telur, hiriskan
bawang, campak daun sup sikit dan kacaukan rata. masak macam goreng
telur dadar. masa nak terbalikkan murtabak tu, amik pinggan bulat dan
letak atas murtabak tu. telungkupkan kuali leper tu. lepas tu masukkan
balik bahagian murtabak yang belum masak. mu paham tak apa yang eden
maksudkan ni? ni adalah cara supaya murtabak kita tak berkecai yerk.
suka hati kalo nak tabur cheese kat atas, jadi ler murtabak maggi
berkeju!)
84. Pasta Spiral Dan Makaroni Goreng With Daging Burger Cincang.
Resepi - gabungkan kedua-duanya. masak macam buat nasi goreng.
85. Hashbrown/Bread/Cabbage/Potato Casserole
Resepi - ada kat bawah yerk! ni pun aku selalu buat. sangat mengenyangkan sampai ke tengahari.
86. Tortilla Arabiaca With Grill Chicken
Resepi - perap ayam
semalaman. esok paginya korang bakar jer ayam tu dalam oven sehingga
masak. sambil tunggu ayam korang tengah masak, korang buat lar kerja
lain. dah siap bakar ayam, lawankan dengan tortilla yang dah dilayurkan
dalam kuali leper. korang bleh buat acar kobis dan sambal arab. sambal
arab tu korang just blenderkan cili hijau and merah, cili padi sket,
tomato, timun. perahkan dengan jus lemon. taruk gula dan garam sket.
gaulkan rata. gambarnya ada kat bawah yerk!
87. Tortilla Sepanyol
Resepi - nama jer
tortilla tapi sebenarnya tak menggunakan tortilla pun. resepi ni diceduk
dari food planet kat astro tu yerk! depa gunakan kentang
sebanyak-banyaknya, lepas tu dihiris memanjang. gorengkan terlebih
dahulu. then bila kentang dah masak, depa pecahkan telur dan masak dalam
kuali leper. caranya sama macam buat murtabak maggi. bagi aku, cara
ini amat leceh sikit. lelebih bila pepagi buta nak kopek kentang kan.
so, jom ikut style aku plak! amik hashbrown dan gorengkan terlebih
dahulu. toskan minyak. masukkan ke dalam mangkuk dan guntingkan
hashbrown kepada 4 bahagian. pecahkan telur ke dalam hashbrown,
perasakan, taruk lada putih, hiris bawang, letak daun sup sikit dan
campakkan ke dalam kuali leper. masak sama macam korang buat telur dadar
lar ataupun murtabak maggi. sonang kan...
88. Lontong
Resepi - selalunya kalo
pagi-pagi aku nak wat lontong, malamnya awal-awal aku dah siap potong
sayurnya dan rendam dalam air. sok pagi tinggal nak buat kuah lemak
jer. kuah lontong ni senang sebab main campak-campak jer. kalo takde
kunyit hidup, apa nak susah, taruk jer lar kunyit serbuk. ni bukannya
pertandingan memasak nak bagi juri chef makan ke apa. ni untuk makan
sendiri kan. then, aku baling 2 ketul kiub ayam ke dalam kuah. ikut
suka ati korang lar nak guna santan cair ker atau santan serbuk. jangan
lupa lawankan dengan telur rebus dan sambal ikan bilis sekali yerk!
89. Makaroni sup
Resepi - cara buat
makaroni sup ni sama macam buat mee hoon sup cuma makaroni kena letak
awal-awal dalam sup sebab makaroni ni amik masa yang lama untuk dia
betul-betul masak. letakkan sayur jenis apa yang korang suka dalam sup.
at last sekali pecahkan telur sebiji dalam sup tu. kacaukan. taburkan
dengan daun sup dan bawang goreng.
90. Bebola Oats
Resepi - masukkan secawan
oats meal. campakkan chocolate chips, kekacang tak kira ar badam ker
cashew nuts ker, kismis ataupun nak letak buah-buahan kering pun boleh,
setengah cawan peanut butter, sedikit madu. gaulkan kesemua sekali.
buatkan bebola. simpan dalam peti sejuk sekejap. dan ready to eat!
snacks yang sihat dan budak-budak pun mesti suka nak bawak bekal ni ke
sekolah.
91. Cream Cheese French Toast Casserole
Resepi - actually kalo
tak nak letak cream cheese pun takpe. Tapi disebabkan aku suka sangat
dengan cheese maka aku campakkan sekali cream cheese kat dalam tu. kita
guna roti perancis yerk. nak potong dadu bleh, nak potong memanjang
pun bleh. asalkan muat-muat jer dalam loyang kita tu nanti. pukul 8
biji telur, susu krim, cream cheese, dan sedikit butter yang telah
dicairkan. tambahkan perisa vanilla dan gula. macam buat puding roti
lar. masukkan adunan tadi ke dalam roti yang telah disusun dalam loyang.
loyang tadi disalut dengan butter yerk. pastikan roti semua berendam
dengan adunan tadi. tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar hingga
kekuningan. omputih suka tabur serbuk cinnamon kat atas roti supaya
rasanya manis-manis pedas. omputih suka makan casserole manis-manis
dengan maple syrup, blueberry dan macam-macam lagi ar. tapi untuk kita,
ko renjiskan jer lar dengan susu pekat pun dah sodap!
92. Roti Goreng
Resepi - amik roti putih
or roti perancis or roti yang tak abis makan kan. gunting-guntingkan
dalam bentuk segiempat tepat. bentuk prisma kita tak nak yerk! then,
ketepikan. kita tumis bawang merah dan putih macam biasa kita buat nasi
goreng. masukkan kentang yang dah dipotong memanjang. kita kasi
kentang kita masak dulu yerk! bila kentang dah masak, kita pecahkan
telur 2 biji. minyak jangan terlalu banyak sangat sebab kita tak nak
roti goreng kita berladung dengan minyak. agak-agak jer lar minyak
dalam kuali tu kalo terlebih minyak, buangkan sikit minyak ke dalam
mangkuk lain. agak-agak dah garing semua, masukkan 1 tin baked beans.
tak payah tambah air lagi. gaulkan dengan rata. masukkan roti yang dah
digunting tadi. renjiskan dengan kicap sikit. gaulkan dengan sama rata
lagi. aku suka makan roti yang dah disimbah dengan kicap dan baked
beans.
93. Popia Ketam
Resepi - yang paling
mudah dan cepat. Budak pun suka makan sebab takde sayur kan? Nak
goreng inti popia yang ada macam-macam isi tu memang leceh kan sebab
takde masa pepagi buta nak hiris itu ini. So, yang paling senang dan
mudah ialah amik filet ketam, defrost kan dan kemudian gulung dengan
kulit popia. Goreng dengan api yang sederhana sehingga kekuningan.
Jangan goreng lama sangat, nanti filet ketam dalam popia tu meletup dan
membuak keluar.
94. Fish n' Chips
Resepi - sebenarnya boleh
sendiri fish n chips ni selain dari menggunakan yang instant. Amik isi
ikan dory yang telah dinyah bekukan. Perasakan ikan dory dengan garam,
lada putih dan hitam, serbuk perasa. Lumurkan dengan telur yang
dipecahkan, tepung kentucky dan breadcrumbs. Goreng dalam minyak banyak
dan panas. Toskan. Boleh dihiaskan dengan salad coleslaw, kentang
goreng dan mayo.
95. Crab Cakes.
Resepi - paling mudah nak
buat crab cakes ialah gunakan filet ketam. Hahaha...takde korje aku nak
pergi mencungkil isi ketam tu pepagi buta. Filet ketam diblender
kasar. Kita buat adunan macam nak buat jemput-jemput. Tapi kali ni kita
taknak terlalu cair atau terlalu pekat sangat. Agak-agak jer. Masukkan
filet ketam ke dalam adunan tadi. Campurkan kobis, bawang merah, lada
benggala yang telah diracik halus-halus. Masak dalam kuali leper dan
gunakan minyak yang sikit.
96. Pop Chicken With Salad And Fries
Resepi
- kita amik isi ayam part dada yerk yang takde tulang. Potongkan
kecik-kecik. Perasakan secukup sedap, lumurkan dengan tepung kentucky
atau mana-mana tepung lumur ayam pun boleh, lumurkan lagi dengan tepung
beras sikit. Gaulkan dengan rata. Goreng dalam minyak yang penuh.
Boleh tambahkan side dishes dengan french fries, salad ataupun
buah-buahan.
97. Chicken Chop And Fries
Resepi - Kita amik isi
ayam dan hiriskan nipis tapi memanjang. Lumurkan tepung seperti di atas
tapi kali ni kita lumurkan pula dengan breadcrumbs. Goreng. Hidangkan
dengan french fries dan salad mayo. French fries tu kalo nak kita nak
curahkan sikit dengan cheezy mayo pun boleh.
98. Nutella Wrapper + Pisang
99. Makaroni Bakar
Kalau nak
buat makaroni bakar, malam-malam rebus makaroni siap-siap, letak minyak
sikit, then simpan dalam peti ais, pagi-pagi reheat kat microwave,
pastu, pukul telur, masukkan daging kisar ni, then gaulkan dalam
makaroni, biar telur lebih sikit, then tabur cheese, bakar la 15-20
minit (bakar dalam bekas aluminium tu, macam pic atas, mudah nak
masukkan dalam bekal anak. mudah kan? untuk buat roti lapis daging pun
mudah, guna je frozen ni.
100. Karipap Segera
Malam-malam, sebelum tidur, rebus kentang (macam karipap) pastu gaulkan dengan daging kisar ni,
Esok paginya letak inti kat tengah2 sekeping roti, di atas acuan karipap, ketip.
Potong-potong
roti gardenia, pukul telur, masuk garam sikit, lada sulah sikit, pastu
hiris sosej, crab meat, gaulkan semua, pastu bakar atas kuali kejap.. ni
menu mudah, tetapi budak-budak sangat suka. Boleh juga letak ais krim
di dalam jadi spt ais goreng.