Resepi
 - 5 biji telur atau lebih dikocak rata.  Taruk serbuk perasa dan lada 
putih.  Saya suka taruk daun sup sebab wangi.  Lagi satu, aku paling 
suka taruk bawang putih goreng.  Terangkat bau bawang putih dalam telur 
tu.  Tapi kalo leceh, tak payah taruk pun takpe.  Buat mana yang senang 
jer lar.  Then, taruk lar filling apa yang korang suka.  Hotdog ker 
filet ketam ker daging burger ker tapi semuanya mestilah dicincang dulu.
  Saya juga suka taruk kobis yang diracik halus-halus ke dalam adunan 
telur.  Saya tak suka letak timun dan tomato sebab cepat berair.  Tak 
sedap makan roti john lembek-lembek. Masak macam telur dadar.  Lepas tu 
tempelkan dengan roti john.  Garing-garing kan.  Akhir sekali letak lar 
sos yang korang suka, mayo ke cheezy mayo ker black pepper sos.
Resepi
 - Selalunya orang akan buat sendiri kuah carbonara dengan menggunakan 
susu full krim, cheese lar, tepung gandum lar dan macam-macam lagi lar. 
 Tapi cara aku yang paling senang, di pagi-pagi buta ialah; amik pembuka
 tin, bukakan tin prego perisa keju herba dan tuangkan ke dalam periuk 
kecik.  Masukkan air masak dalam tin tadi.  Gelek sikit dan tuangkan ke 
dalam periuk tadi.  Perasakan dengan lada putih dan serbuk perasa.  Saya
 selalu taruk filling dalam kuah carbonara dengan cendawan butang, filet
 ketam dan brokoli.  Dah siap kuah carbonara!  Mudah dan pantas! 
 Pagi-pagi buta, sumonya nak cepat kan?  Masak mee spaghetti tu macam 
biasa ar yang korang buat.  Tengah-tengah nak rebus mee tu, taruk ar 
garam sikit dan minyak supaya nampak berkilat dan tak melekat.
Resepi
 - Ini style saya buat kuah bolognese.  Saya selalu guna rencah kuah 
bolognese dari Kimball.   Aah...yang dalam botol tu kan.  Macam-macam 
perisa bolognese yang ada.  Semuanya saya dah cuba.  Saya rasa kimball 
macam sedap sikit dari Prego.  Bolognese ni ada leceh sikit.  Sebab 
banyak nak kena cincang.  Bawang merah dan putih nak kena cincang halus.
  Then tumiskan dalam periuk hingga naik bau. Tarukkan sesudu cili boh 
or cili giling sikit. Garing-garingkan.  Biar rasa pedas-pedas masam 
sikit nanti kuahnya. Campakkan daging cincang yang dah dibasuh bersih. 
 Then, taruk sos spaghetti kimball tu.  Masukkan air masak ke dalam 
botol kimball tadi (sukatan air) dan tuangkan ke periuk.  Campakkan 
cendawan butang yang dihiris.  Gaulkan dengan rata.  Tarukkan daun 
parsley kering ke dalam kuah untuk rasa lebih ummpp!  Saya suka 
tambahkan rasa masam kuah bolognese dengan tambahkan beberapa biji 
tomato yang telah dipotong dadu. Perasakan dengan serbuk perasa. 
Resepi
 - Macam goreng mee jugak.  Cuma olio ni nak kena guna minyak zaitun 
untuk menumisnya.  Baru ler terasa olio olio.  Tumiskan bawang merah dan
 putih yang dicincang halus.  Then taruk lar filling yang korang suka. 
 Udang, kepah, filet ketam, kupang dan macam-macam lagi.  Nak senang dan
 mudah, campak jer lar filet ketam tu.  Dah garing, masukkan mee 
spaghetti plak. Taruk daun parsley kering dan cili flakes or serbuk cili
 kasar ke dalam olio tadi. Gaulkan dengan rata.  Perasakan dengan serbuk
 perasa.  Hahaha...aku lebih suka taruk serbuk rencah nasi goreng ke 
dalam olio ni.  Dah nama pun tekak melayu kan.  Hah, korang boleh juga 
gantikan filet ikan dory kalo korang alergik seafood macam aku ni. 
 Campak jer filet ikan dory dalam kuali dan gorengkan sehingga dory 
masak.  Then baru ler campak spaghetti.  Jadi lar spaghetti olio dory 
what the fish?!
Resepi
 - Ini style adunan jemput-jemput saya.  Tepung secukup rasa.  Telur 
sebiji.  Sepaket rencah nasi goreng tak kira lar apa-apa perasa pun. 
 Kalo tak cukup perasa, tambahkan dengan serbuk perasa.  Secawan air 
panas.  Secawan air sejuk.  Ratakan.  Adunan jangan terlampau pekat. 
 Kalau pekat sangat, tambah air sejuk lagi.  Adunan yang terbaik, tidak 
terlalu cair dan tidak terlalu pekat sangat.  Then, taruk lar tauhu 
telur.  Gaulkan dengan rata.  Biar hancur pun takpe.  Goreng ke dalam 
minyak yang panas.  Aku suka guna sudu dari guna tangan untuk buat 
jemput-jemput.  
Resepi
 - Adunan sama seperti di atas.  Cuma tukarkan filling nyer jer.  Suka 
hati korang lar nak letak sayur apa.  Ni salah satu cara nak ajar anak 
makan sayur.  Selalunya aku letak taugeh, kucai, lobak yang diparut, 
kobis yang diracik.  Nampak bercolor-color sket kan.
7.  Cekodok Seaweed
Resepi - Adunan sama seperti di atas.  Cuma letak seaweed yang dipotong halus-halus.  Gaulkan dengan rata.
8.  Cekodok Setam / Ikan Dory
Resepi
 - Adunan sama seperti di atas.  Campakkan filet ketam yang dipotong 
bulat-bulat. Filling dalam adunan jemput-jemput ni nak kena kreatif ar 
sikit. Takkan asik nak campak ikan bilis jer kan.  Korang nak masukkan 
filet ikan dory dalam adunan jemput-jemput pun boleh.  Sebelum nak tido 
tu, kuarkan filet ikan dory dan cairkan semalaman.  Esok pagi tinggal 
nak gunting-guntingkan jer filet ikan tu, lepas tu campak dalam adunan 
jemput-jemput.  Eh, sedap tau...jemput-jemput ikan dory ni!  Kalo nak 
tau cuba lar buat.
Resepi
 -  Buat lar style nasi goreng yang korang suka.  Sebagai menantu tokey 
kedai makan, saya bagi rahsia macam mana orang siam masak nasi goreng. 
 Depa tak guna garam.  Depa sumo guna kicap sotong atau lebih dikenali 
sos ikan/sotong.  Ada jual kat kedai dan pasaraya.  Aku pun terikut 
dengan style depa.  Rasanya memang sedap ar.  Selalunya aku perasakan 
nasi goreng aku dengan serbuk rencah nasi goreng, serbuk perasa, lada 
putih, kicap sotong, kekadang taruk minyak bijan sikit. Pergh...mesti 
terangkat bontot beb!  Aku jarang guna garam dalam masakan aku.  Aku 
selalu gunakan garam untuk perapkan ayam, ikan dan juga basuh sayur.  
10.  Nasi Goreng Kampung
Resepi
 -   Resepi ni memang khas sebab ianya ditumbuk dengan batu lesung yerk!
 Bukan tumbuk kat dinding tau!  Bahan-bahan yang perlu ditumbuk - bawang
 merah 2 biji, bawang putih 3 biji, belacan sikit yang telah dibakar, 
ikan bilis yang telah direndam air, beberapa cili kering ikut tahap 
kepedasan anda. Tumbuk bukan blender tau!  Tumbuk sampai lumat.  Then, 
tumis sampai garing.  
11.  Nasi Goreng Seaweed
Resepi
 - masak lar nasi goreng macam biasa, cuma selepas nasi goreng dah 
digaul dengan rata, tambahkan seaweed yang dah dipotong halus, sebelum 
nak tutup api tu.
12.  Mee Goreng Meatball /Daging Burger
Resepi
 - Tumiskan bawang putih dan merah sehingga naik bau.  Pecahkan telur. 
 Kacau dan tunggu sehingga garing.  Campakkan meatball.  Meatball memang
 kena masuk awal-awal supaya kita nak garingkan meatball ni yerk! 
Masukkan cili boh dan cili sos sikit.  Aku selalu guna rencah nasi 
goreng adabi tu jer.  Gaul dengan rata.  Campakkan mee yang secukupnya. 
 Taruk kicap dan sos tiram sikit supaya nampak lemak berkrim.  Then 
campak lar sayur taugeh dan sawi.  Gaul bagi dia garing-garing dan 
kering. Kalo tak nak letak meatball, letak daging burger pun boleh.  
13.  Mee Goreng Mamak 
Resepi
 - Cara memasaknya seperti di atas cuma buangkan meatball, gantikan 
dengan fishcakes or ayam goreng.  Hahaha...senang jer kan!
14.  Mee Hoon Goreng Singapore 
Resepi - korang masak mee
 hoon ni sama dengan masak nasi goreng cina. cuma bahannya dikisar jer. 
 Sebiji bawang merah, 3 biji bawang putih dan udang kering diblender. 
 bahan-bahan basahnya pula fishcakes, sotong, daging burger, udang dan 
isi ayam.  Terpulang pada korang nak letak apa yang korang suka lar. 
 Sayurnya pula kobis, sawi, carrot dan taugeh.  Goreng jer dan 
perasakan.  Lagi sedap kalo taruk minyak bijan sikit.  Letak telur dadar
 yang telah dicincang halus berserta bawang goreng dan daun sup. 
 Lawankan dengan kicap pedas.
15.  Mee Hoon Sup + Sambal Kicap Pedas 
Resepi - Simple jer mee 
hoon sup aku dan rahsia dari arwah mak aku supaya mee hoon tak kembang 
dalam sup.  Aku tak rendam pun mee hoon dalam air panas atau rendamkan 
semalaman.  Mula-mula, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau. 
 Masukkan air satu baldi.  Acah jer, ikut lar sukatan yang korang nak. 
 Campakkan kiub ayam 2 ketul dan sup bunjut.  Masukkan filling yang 
korang suka.  Isi ayam ker, chicken bone, tulang lembu ker, fishcakes 
ker, daging ker.  Aku cuma masukkan fishcakes jer.    Kalo tak cukup 
rasa, kita tambahkan dengan serbuk perasa, kicap sotong dan lada putih. 
 Baru ada ummpp!  Then, kita tunggu sup tu mendidih. Bila dah mendidih, 
kecikkan api, terus masukkan mee hoon kering tu ke dalam sup.  Kacaukan 
dengan rata. Dan terus tutup api. Jangan biarkan masak lelama.  Gerenti 
mee hoon dalam sup tak kembang nyer!  Jangan lupa taburkan dengan daun 
sup dan bawang goreng.  Lawankan dengan kicap pedas.
16. Maggi Goreng
Resepi - sama macam resepi mee kat atas tu cuma bezanya korang tukarkan jenis mee jer!
17. Makaroni Goreng
Resepi - sama macam 
korang goreng mee or nasi.  Tapi kena kreatif lar nak letak apa 
fillingnya.  Fishcakes, filet ketam, isi ayam, fishball, ikan dory ker 
sumo boleh.  Nak letak seaweed dalam makaroni pun bleh...
18. Lontong Goreng
Resepi - sama macam 
korang buat nasi goreng.  Pelik aku bila orang berebut nak mintak resepi
 buat lontong goreng, padahal senang jer!  Cuma nak bagi tau satu rahsia
 macam mana nak goreng lontong supaya tak berkecai.  Masa nak rebus nasi
 impit tu, rebus lelama sikit.  Kalo rebus sikit, jangan lar banyak air.
  Kalo rebus banyak, jangan terkurang air.  Bila air rebusan dah kurang 
dalam periuk, tambahkan air lagi.  Bila nasi impit dah siap masak, 
korang takleh terus buat lontong goreng time tu gak!  Of course ler 
berkecai sebab nasi impit tu lembek lagi.  Korang kena tunggu 2 jam, 
kasi dia sejuk betul, baru bleh buat lontong goreng.  Selalunya, kalo 
aku nak buat breakfast lontong goreng esok pagi, malamnya aku dah 
siap-siap rebus nasi impit.  Esok pagi tinggal nak potong dan campakkan 
dalam kuali jer!
19. Lempeng + Sambal Sardin + Gula Koko
Resepi - resepi turun 
temurun arwah mak aku ni.  Senang jer nak buat adunan lempeng ni. 
 Tepung gandum ikut sukatan korang.  Telur sebiji.  Garam secukup rasa. 
 Air secukup hati.  Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat. Kalo 
cair sangat, tambahkan tepung gandum lagi sikit.  Be creative ok!
20.  Sushi Jepun a.k.a Bibimbap
Resepi - Part yang ni aku
 susah sket nak bagitau kat korang.  Sebenarnya resepi ni ikut skill 
memasing.  Aku gulung sushi tanpa menggunakan bamboo mat tu.  Aku masak 
beras sushi pun ikut suka hati aku.  Aku tak letak pun cuka. Mirin lagi 
lar haram.  Aku masak beras sushi macam masak nasi jer lar. Fillingnya 
selalu aku gunakan filet ketam dan telur dadar jer lar.  Mana nak cari 
pepagi buta telur ikan lar, unagi lar, lobak jeruk lar, octopos lar ntah
 apa kejadahnya lagi.  Guna bahan yang paling senang jer lar.  Janji 
ngap!
21.  Onigiri (Japanese Rice Ball)
Resepi - Onigiri ni 
sebenarnya menggunakan acuan yerk!  Gambar semua ada kat bawah tu.  Cara
 penyediaannya sama jer macam buat sushi.  Fillingnya pun sama gak cuma 
bentuk jer yang lain.
22.  Korean Rice Ball
Resepi - rasanya ni yang 
paling senang yang korang bleh buat lar.  Aku tengok orang korea dengan 
orang jepun pun paling mudah buat rice ball jer.  Depa pun malas nak 
gulung gak.  Caranya senang jer.  Beras sushi tanak macam tanak nasi. 
 Dah siap masak, sejukkan dulu.  Sementara tengah sejukkan nasi tu, 
korang buat fillingnya dulu.  Filet ketam yang dah direbus, telur dadar 
dan seaweed digunting-guntingkan.  Lagi banyak seaweed, lagi bagus. 
 Masukkan nasi ke dalam mangkuk besar, tarukkan semua filling tadi, 
masukkan kicap soya cair dan minyak bijan ikut sukatan anda.  Gaulkan 
dengan rata.  Buatkan bebola.  Gunakan plastik wrap untuk buat bentuk 
bebola.  Kalau korang nak buat bentuk elephant ke, tapak kaki sulaiman 
ke, muka jiran sebelah rumah korang pun boleh...janji ngap masuk dalam 
mulut!
23.  Roti Gulung Hotdog Bernestum
Resepi - Gorengkan hotdog
 dengan sedikit minyak.  Selalunya aku taruk kicap maggi, black pepper, 
lada putih dan serbuk kari sikit kat hotdog tu. Biar kasi berempah 
hotdog kita.  Yeah, babey!  Roti dilenyekkan dengan roller terlebih 
dahulu.  Gulungkan dengan hotdog.  Sediakan dua pinggan.  Satu pinggan 
untuk pecahkan telur, dan satu pinggan lagi untuk letak nestum. 
 Celupkan roti hotdog ke dalam telur dan golekkan ke dalam nestum. 
 Goreng dalam minyak yang penuh.  Tapi kena cepat-cepat angkat sebab 
kita tak nak roti tu serap minyak pulak.  Tapi tak boleh gak goreng 
dengan minyak yang sikit, sebab nanti nestum tu tak rangup.  Kalo ikut 
style aku, letak dalam minyak panas, renjis-renjiskan dengan minyak, 
terbalikkan, renjiskan lagi, lepas tu angkat, toskan minyak.
24.  Roti Perancis  Garlic Butter Cicah Sup Cendawan Campbell 
Resepi - amik pembuka 
tin, bukakan tin sup cendawan campbell ataupun apa-apa perisa yang 
korang suka.  Masukkan ke dalam periuk.  Tambahkan air satu tin. 
 Biarkan mendidih.  Sodap seyh...kalo waktu hujan buat sup campbell ni 
cicah dengan roti biasa ker roti perancis ker roti croissant ker biskut 
kering.  
25.  French Toast / Roti Putih + Baked Beans  
Resepi - French toast 
atau dalam bahasa aku ialah roti celup telur lepas tu campak dalam kuali
 leper.  Aku selalu buat french toast bila hujung minggu. Kekadang aku 
suka pelbagaikan filling dalam telur tu.  Selalu aku letak serbuk 
parmesan, serbuk bawang putih, daun sup, susu full krim ke dalam telur 
then kacaukan dengan rata.  Rasanya sangat berlainan yerk bila setiap 
kali kita ubahkan rasa filling dalam telur tu.  Bila kita letak daun sup
 dalam telur, naik bau french toast kita tu.  Kalo kita letak susu full 
krim, rasanya lemak berkrim french toast tu. Kalo kita letak serbuk 
garlic plak, rasanya macam makan roti bakar garlic.  Garlic sangat bagus
 yer kalo diamalkan dalam pemakanan kita. Celupkan roti, campak dalam 
kuali leper.  Selalu french toast ni aku cicahkan dengan baked beans. 
 Tapi kalo korang tak nak pun takpe.  Ikut tekak memasing.  Roti putih 
cicah dengan baked beans yang telah dipecahkan telur ke dalamnya...pun 
boleh gak!
26.  French Toast With Cheese. 
Resepi - roti selitkan dgn keju, celupkan dlm telur, campak dlm kuali leper. Dah siap!
27.  Roti Hotdog Belah Tengah 
Resepi - gorengkan hotdog
 macam biasa.  Amik roti hotdog, belahkan kat bahagian tengah-tengah. 
 Letak salad, tomato dan hotdog.  Hiaskan dengan sos dan mayonaise.
28.  Roti Jala + Kari Ayam
Resepi - adunan roti jala
 lebih kurang sama jer dengan adunan lempeng. Cuma kalo nak lemak 
berkrim, taruk sepaket santan segera ke dalam adunan. Adunan tu mesti 
diblender untuk mengelakkan ianya berketul-ketul.  Masukkan ke dalam 
acuan dan jala kan sesuka hati korang.  Lawankan dengan kari ayam 
marvelous!  Kari ayam lebihan lauk semalam pun lagi ummpp!  Kalo nak 
jimat masa, malam sebelum nak tido tu, masak lar kari ayam dulu, esok 
pagi korang tinggal nak menjala jer.  
29.  Roti Rolls With Chicken Ham + Salad 
Resepi - Gorengkan 
chicken ham dengan sedikit minyak.  Perasakan dengan black pepper dan 
lada putih.  Bubuhkan dengan kicap maggi sikit.  Letakkan ke atas roti. 
 Bubuh salad dan gulungkan.  Kalo tak nak gulung pun takpe, lipat dua 
pun boleh...
30.  Roti Rolls With Eggs Mayonisse + Salad 
Resepi -  caranya sama 
seperti di atas cuma tukarkan chicken ham dengan telur rebus yang telah 
dilenyek dengan garfu.  Perasakan dengan lada putih dan serbuk perasa. 
 Taruk butter sikit ke dalam telur yang telah dihancurkan tadi. Gaulkan 
rata.  Letak kat atas roti, taruk salad, tomato dan gulungkan. Kalo tak 
nak gulung, lipat dua jer.
31.  Nasi Lemak Berlauk 
Resepi -  masak nasi 
lemak macam biasa dan buat lar lauk mengikut kesukaan anda.  Ayam goreng
 ker ikan goreng ker dan macam-macam lagi.  Dah jadi nasi lemak berlauk.
  Hahaha....
32.  Sandwich Scrambled Eggs With Cheese
Resepi - Pukul 4 atau 5 
biji telur.  Perasakan dengan serbuk perasa dan lada putih.  Masukkan 
minyak sikit ke dalam kuali leper.  Letakkan adunan telur tadi ke dalam 
kuali.  Hancurkan.  Masukkan ke dalam mangkuk, taruk mayonaise 1 sudu. 
 Gaulkan dengan rata. Letakkan ke atas roti.  Bubuh salad dan cheese 
sekeping.  Perghh....
33.  Sandwich Rolls Sushi With Fillet Ketam + Telur + Seaweed
Resepi -  Filet ketam 
dimasak terlebih dulu.  Telur plak suka hati korang nak buat jenis macam
 mana, nak telur rebus lenyek ker, nak telur dadar ker, nak telur hancur
 ker.  Amik roti, leperkan dulu dengan roller, letak seaweed dulu, letak
 filet ketam dan telur.  Gulung dan potong bulat-bulat.  Sesuai lar 
untuk dijadikan menu menarik untuk bekal anak anda.
34.  Hotdog Cocktail + Kentang Goreng 
Resepi - ni takde resepi.
  In case kalo terbangun lambat kan.  Goreng jer lar hotdog cocktail 
dengan kentang goreng tu.  Kentang goreng tu aku suka tabur dengan lada 
putih, serbuk perasa dan secubit garam.  Goncangkan.  Dah siap wat 
sarapan ala-ala emergency!  
35.  Makaroni Bakar + Cheese
Resepi - Jika ada lebihan
 kuah spaghetti bolognese, jangan dibuang kesemuanya.  Boleh disimpan 
dalam peti sejuk.  Esok pagi, kita rebus makaroni dan gorengkan makaroni
 dengan lebihan kuah bolognese tu. Masukkan ke dalam acuan pembakar yang
 telah disapu marjerin.  Lapiskan dengan kepingan cheese.  Nak guna 
cheese tabur pun boleh gak.  Masuk ke dalam oven, dan bakar sehingga 
kekuningan. Tak payah bakar lelama sangat. Agak-agak kalo tengok keju 
dah cair semua, baru lar boleh diangkat.  Senang jer bukan?
36.  Korean Pancakes
Resepi - Cara adunan 
korean pancakes ni sama dengan adunan buat lempeng. Cuma letak filling 
jer dalam adunan ni.  Selalunya orang korea letak filling kobis yang 
dicincang halus, daun kucai, daun bawang, dan seafood like udang, tiram,
 octupos.  Tapi kita nak senang kan, letak jer lar filet ketam atau 
kupang yang dah kopek tu.  Masak dalam kuali leper dengan sedikit 
minyak.
37.  Pancake Chip Coklat
Resepi -  Aku suka guna 
tepung pancake yang dah siap dalam kotak tu.  Nak buat sendiri adunan 
pancake tu asik tak jadi jer.  So nak senang, guna jer lar tepung 
pancake yang dah siap dalam kotak tu.  Beli perisa yang plain. Tambahkan
 cip coklat. Lawankan dengan peanut butter yang disapu atas pancake 
ataupun sos coklat ataupun madu ataupun dengan jem.  Suka hati ikut 
selera memasingkan...
38.  Pancake Blueberry (Instant) + Badam Hancur
Resepi - Aku pun suka 
guna tepung instant pancake perisa blueberry yang dalam kotak. 
 Campurkan dengan badam hancur.  Pergh...sedap tau pancake perisa 
blueberry.  Boleh dimakan begitu sahaja...
39.  Pancake Kosong With Honey
Resepi -  sama macam kat 
atas.  Tapi biar kosong jer dalam adunan pancake tu. Then korang boleh 
curahkan dengan honey ke nutella ke peanut butter ke kan. Suka hati, 
ikut kekreatifan korang nak letak apa dalam pancake tu nanti yerk!  
40.  Lempeng Wrap + Isi Kentang
Resepi - buat adunan 
lempeng macam biasa.  Masak dalam kuali leper. Masukkan satu senduk 
adunan ke dalam kuali.  Kita nak lempeng wrap nipis, tak nak tebal 
sangat supaya senang nak gulung.  Ala...macam buat kulit popiah lar. 
 Masak kentang macam nak buat isi kentang karipap.  Letakkan isi kentang
 ke atas lempeng dan gulungkan.  Cicah dengan sos cili.  Ni resepi arwah
 mak aku.  Kenangan beb...
41.  Burger Daging Special Homemade
Resepi -  beli roti 
burger.  Masak daging beger.  Bolotkan dengan telur dadar.  Letak salad,
 mayo dan sos.  Dah jadi burger homemade!
42.  Daging Burger / Daging Cincang Masak Tomato + Cicah dengan Roti 
Resepi - daging
 beger tu dibiarkan dalam suhu bilik. bila daging beger dah lembut, 
potongkan dadu. tapi bila dah masak nnti, dah tak nampak lar bentuk 
dadunya nnti. 
Tumis bawang dan bawang 
putih yg diracik. masukkan daging beger yang dah dipotong dadu. kacaukan
 ia supaya daging tu masak sekata. biar hancur macam daging cincang pun 
takpe. buangkan minyak sket sbb biasanya daging beger akan mengeluarkan 
minyaknya sndiri apabila digoreng. 
Walaupun masak tomato, 
saya masukkan ciliboh sket utk rasa pedas2. takde lar rasa pio tomato 
jer kan. then masukkn tomato yang dah dipotong dadu. tak lupa juga 
tomato sos. agak2 jer lar supaya ada kuah sedikit dan tak kering sangat.
Masukkan perasa. aku taruk lada hitam dan lada putih gak sebagai penambah rasa.
Bahan sampingan yg aku 
masukkan ialah carrot yg dipotong dadu gak, cendawan shitake yg dipotong
 melintang. kalo takde cendawan shitake, pkai cendawan butang pun boleh.
43.  Burger Benjo Homemade
Resepi  - Kalo tak suka 
burger daging, buat lar burger benjo atau burger telur. Kalo takde acuan
 benjo, buat jer lar macam telur dadar, lepas tu lipat segiempat sama. 
 Bubuh salad, mayo dan sos.
44.  Tortilla Rolls With Nugget + Salad
Resepi  - Goreng nugget 
macam biasa.  Paling bagus guna nugget tempura. Kalo nuget crispy yang 
ada breadcrumbs tu macam tak berapa nak sedap lar. Panaskan tortilla 
dalam kuali leper.  Letak salad, sos dan mayo.  Dah tak payah beli lagi 
twister KFC tu. 
45.  American Breakfast (Roti Bakar + Baked Beans + Scrambled Eggs + Kentang Goreng/Wedges)
Resepi - yang paling 
mudah.  Roti bakar dengan baked beans, telur hancur, hotdog dan kentang 
goreng.  Makan sambil cicah-cicah gitew...
46.  Roti Kebab Berinti Daging Burger
Resepi - Daging burger 
dimasak terlebih dahulu.  Kemudian digunting-guntingkan.  Gorengkan 
bersama dengan sos tiram sikit, sos cili dan sos tomato.  Perasakan 
dengan serbuk perasa, black and white pepper. Masukkan ke dalam roti 
kebab.  Amik timun, buang bijinya dan hiriskan memanjang.  Letakkan 
dalam inti roti kebab tadi.
47.  Mee Hongkong
Resepi - Mee kuning 
dicelur dengan air panas.  Amik sedikit mee, pecahkan telur sebiji, 
perasakan, letak tepung jagung sikit dan goreng sehingga garing. 
Ketepikan.  Aku selalu guna sup instant sebab paling cepat dan mudah. 
 Pagi-pagi buta kan semuanya nak cepat.  Amik periuk, bukakan sup 
instant ayam ker ketam, tambahkan air, tambahkan sayur sikit.  Sup 
instant ni dah siap-siap ada tepung jagung kat dalamnya.  So tak payah 
lar nak tambahkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.  Mudah kan? 
 Muahahaha...semuanya instant!
48.  Kue Teow Goreng Kering
Resepi -  Masak macam mee
 goreng.  Goreng sehingga kering.  Laki aku tak suka kue teow basah dan 
lembek.  Dia suka kering dan garing.
49.  Frozen Roti Canai/Cappati + Sambal Sardin
Resepi - Agak-agak dah 
takde idea nak masak apa, beli aje lar frozen roti canai/capatti. 
Tampalkan dengan telur dan cicahkan dengan sambal sardin.  Dengan kari 
ayam pun boleh.
50.  Frozen Pizza
Resepi - Nak resepi gak 
ker?  Buka kotak, masuk dalam oven. Dah siap!  Tapi aku suka tambahkan 
cheese lebih sket kat atas pizza tu...ngeh ngeh ngeh!
51.  Roti Coklat Nutella + Peanut Butter
Resepi - Amik roti putih, sapukan dengan nutella dengan peanut butter.  Dah siap sarapan dan bekal untuk anak-anak!
52.  Roti Putih + Scrambled Eggs + Hotdog
Resepi - goreng atau 
grill hotdog macam biasa.  pecahkan telur 4-5 biji. tarukkan perasa, 
lada putih, serbuk bawang putih goreng dan masak dalam kuali leper. 
 Cubit-cubit dengan roti putih.  Gambarnya ada kat bawah.
53.  Aneka Nugget + Kentang Goreng 
Resepi - goreng lar aneka
 nugget yang korang suka.  Eh, tapi aku suka goreng wantan tau.  Cicah 
plak dengan mayo putih dan cheezy mayo, perghh....tak toleh kiri kanan!
54.  Frozen Angry Birds + Roti Scrambled Eggs
Resepi -  Kat tempat aku 
ada jual frozen angry birds. Ianya macam fishcakes gak.  Tapi nampak 
comel lar kan.  Ada gak jual frozen doraemon, owl, nemo dan macam-macam 
lagi lar.  Sebenarnya nak kasi budak enjoy dengan makanan diaorang. 
 Gambarnya ada kat bawah yerk!
55.  Roti Mentega + Milo
Resepi - Roti putih sapu 
dengan planta dan kemudian taburkan milo ke atasnya.  Sedap tau...dulu 
arwah mak selalu buat masa kecik-kecik.  Kalo takde milo, taburkan 
dengan gula pasir pun boleh.
56.  Roti Peanut Butter Banana
Resepi - roti putih sapu dengan peanut butter dan kemudian letakkan kepingan pisang.  Budak-budak pasti suka!
57.  Tortilla Rolls With Fish Nuggets + Salad + Tomato 
Resepi - sama macam kat atas cuma gantikan dengan fish nuggets.  Nak guna filet ikan pun boleh.  Janji ngap...!!!
58.  Tortilla Rolls With Omellete Rolls + Chicken Ham + Cheese
Resepi - tukarkan dengan 
omellete, tambahkan dengan chicken ham dan cheese.  Jangan lupa salad 
yerk!  Gulungkan jer...dah macam roti subway plak kan?
59.  Tortilla Rolls With + Daging Burger Ayam + Salad + Tomato
Resepi -  Kalo tadi kita 
guna nugget ayam, sekarang kita kasi tukar pulak dengan daging burger 
ayam.  Goreng macam biasa burger ayam dan belahkan dua bahagian.  Susun 
di atas tortilla, taruk salad, hirisan tomato, mayo dan gulungkan.
60.  Roti Mini Kurasan 
Resepi - guna roti mini 
burger.  Belahkan dua macam buat roti burger.  Intinya daging cincang 
dengan kentang.  Paling senang, buatkan inti sardin jer.  Masuk inti kat
 tengah-tengah roti burger.  Balutkan dengan kulit popiah.  Goreng 
sehingga kekuningan.
61.  Cup Cakes Oreo + Kismis
Resepi - Aku suka guna 
tepung cup cakes yang instant.  Kalo nak buat sendiri memang ler aku tak
 tau sukatan.  So, nak selamat guna lar tepung dalam kotak nyer.  Ikut 
lar panduan yang dah disediakan kat kotak tu yerk!  Taruk lar filling 
apa yang korang suka selain dari oreo dan kismis.  
62.  Donut Ala-Ala Big 10 
Resepi -  kalo malas nak 
adun tepung buat donut, guna lar donut frozen! Walaupun tak sesedap tak 
selembut donut yang mak kita buat.  Tapi kalo dah taruk coklat kat atas 
donut tu, laju jer budak-budak makan. Ikut suka hati korang nak letak 
apa kat atas donut tu yerk!
63.  Roti pizza
Resepi - gunakan roti 
putih.  paling bagus guna roti perancis.  letak sos tomato. letakkan 
hotdog ke filet ketam ke, cendawan butang, nenas dalam tin, lada 
benggala kat atas sos tomato tu.  jangan lupa bubuh cheese bebanyak ker.
 bakar dalam oven.  bila keju dah cair baru bleh angkat.
64.  Crepes peanut butter+ banana + nutella + cip coklat + cheese
Resepi -  rasanya resepi ni ada kat ruangan gambar kat bawah.  sila lar scroll yerk!
65.  Okonomiyaki
Resepi - haah...menatang 
apa ni?  Ok, ni ialah makanan jepun.  zizan cakap macam lempeng. 
 adunannya sama macam lempeng.  buatnya sama macam buat korean pancakes.
  cuma kat atas lempeng tu ada letak fish flakes, seaweed, mayo dan sos 
jepun.  semua bahan-bahan ni ada jual kat jusco tapi kena hati-hati yerk
 dengan bahan mirin.  gambar nye ada kat bawah yerk!
66.  Roti Croissant With Tuna + Cheese
Resepi -  beli roti 
croissant yang ready made.  sapukan dengan tuna mayo, letakkan cheese. 
 bakar dalam mikrowave selama 2 minit.  dah siap!  mudah kan...?
67.  Roti Croissant With Chicken Ham + Eggs + Salad
Resepi -  kalo tadi kita guna roti putih, sekarang kita tukarkan dengan roti croissant pulak.
68.  French Toast With Honey
Resepi - Buat roti celup telur macam biasa.  Letakkan honey di atasnya. Omputih paling suka makan macam gini.
69.  Rolls Cakes  
(beli kat kedai bakery. potong masuk dlm bekal. paling senang)
(beli kat kedai bakery. potong masuk dlm bekal. paling senang)
70.  Cornflakes + Susu 
(lagi paling senang dan cepat!). Kalo nak masuk ke dalam bekal, asingkan susu dan cornflakes.
(lagi paling senang dan cepat!). Kalo nak masuk ke dalam bekal, asingkan susu dan cornflakes.
71.  Salad With Hotdog / Nuggets And Peanuts 
Resepi - guna lar jenis 
salad yang korang suka makan.  Aku suka lettuce. Campakkan hotdog yang 
telah dimasak, nuggets dan kekacang.  Nak campur dengan buah-buahan pun 
boleh.  Letakkan mayo dan plain yogurt sikit. Gaulkan rata.  Satu cara 
nak ajar budak-budak makan sayur.
72.   Roti Sardin Celup Telur (French Toast Sardine)
Resepi - laki aku paling 
suka roti sardin.  ada lebihan kuah sardin, jangan dibuang, simpan dalam
 peti sejuk. sapukan kat atas roti putih.  celupkan dengan telur dan 
campakkan ke dalam kuali leper.  garing-garingkan yerk!
73.  Pasta Goreng
Resepi - masak pasta ni sama macam korang masak nasi goreng gak.  
74.  Roti Arab Berinti Daging / Ayam / Sardine 
Resepi - intinya macam 
inti karipap, ada kentang dan cuma tambah letak daging/ ayam/sardin ke 
dalamnya.  gunakan roti john.  belahkan dua, masukkan inti.  roti 
dibalut dengan kulit popiah dan kemudian dicelup ke dlm adunan telur dan
 digoreng dlm minyak panas.  toskan dan kemudian belah di tengah2 untuk 
taruk mayo dan sos cili.)
75.  Omellete Rolls + Chicken Ham + Seaweed + Fillet Ketam
Resepi - kita buat style jepun yerk!  Omellete sushi!  Gulungkan omellete dengan chicken ham, seaweed or salad, dan filet ketam.
76.  Spaghetti Olio Biasa 
Resepi - tak payah letak 
seafood, campak jer lar bahan yg ada contoh mcm fishcakes ke, hotdog, 
isi ayam, meatball dan lelain.  Ikut lar kekreatifan anda nak letak 
bahan apa2 pun.  Goreng macam olio yang biasa buat.
77.  Roti Ala-Ala Subway 
Resepi - refer gambar kat
 bawah.  guna roti hotdog. intinya saya guna chicken ham dengan hotdog 4
 ketul, potong serong.  chicken ham dgn hotdog digoreng dgn minyak yg 
sikit. then tumiskan bawang dan bawang putih.  masukkan chicken ham dan 
hotdog ke dalamnya.  masukkan sos honey hickory utk penambah perisa. 
 taburkan lada hitam sikit, tak perlu letak garam. goreng/grill sampai 
sekata.  nak guna bbq hickory pun bleh, sos lada hitam ker, sos bbq ker,
 terpulang pada kekreatifan anda.
78.  Corndog 
Resepi - tengok kat 
youtube cara-cara membuatnya.  pada aku lar kan, guna jer lar bahan yang
 ada kat dapur tu.  pagi-pagi buta nak pegi cari buttermilk, gila ker? 
 Buat jer lar macam korang buat adunan lempeng cuma kena pekat sikit. 
 Cucuk hotdog dengan stick dan celupkan dalam adunan tepung.
79.  Keropok Lekor 
Resepi - tempat aku ada 
jual kopok lekor mentah.  ada macam-macam jenis. hiris memanjang tapi 
nipis.  sebab bila digoreng ia akan menjadi garing.  sure budak makan 
abis nyer! sarapan yang sangat ringkas, bukan?
80.  Roti Bakar Mamak 
Resepi - dari korang dok 
kat kedai mamak order roti bakar mamak yang cuma disapu marjerin dan 
kaya, lepas tu dibakar, better korang buat sendiri kat rumah kan.  Sedap
 kalo dimakan panas-panas tapi tak berapa sesuai untuk dibuat menu 
bekal.  Nanti roti tu liat nak makan.  Menu sesuai untuk sarapan hari 
cuti!
81.  Twister Ikan Dory 
Resepi
 - ikan dory digoreng dengan tepung dulu, then balutkan dengan tortilla,
 taruk salad, taruk mayo, dah siap!  Gambar ada di bawah!
82.  Roti Perancis Ala Pizza 
Resepi - guna roti prancis, belahkan dua, taruk sos tomato, hotdog, lada benggala, nenas dan cheese, then bakar! 
83.  Murtabak Maggi 
Resepi - chef wan pun tau
 buat resepi ni tau!  rebus maggi dan toskan air bila dah masak. 
 masukkan perencah maggi tadi, pecahkan 4 or 5 biji telur, hiriskan 
bawang, campak daun sup sikit dan kacaukan rata.  masak macam goreng 
telur dadar.  masa nak terbalikkan murtabak tu, amik pinggan bulat dan 
letak atas murtabak tu.  telungkupkan kuali leper tu.  lepas tu masukkan
 balik bahagian murtabak yang belum masak.  mu paham tak apa yang eden 
maksudkan ni?  ni adalah cara supaya murtabak kita tak berkecai yerk. 
 suka hati kalo nak tabur cheese kat atas, jadi ler murtabak maggi 
berkeju!)
84.  Pasta Spiral Dan Makaroni Goreng With Daging Burger Cincang.
Resepi -  gabungkan kedua-duanya.  masak macam buat nasi goreng.  
85.  Hashbrown/Bread/Cabbage/Potato Casserole
Resepi - ada kat bawah yerk!  ni pun aku selalu buat.  sangat mengenyangkan sampai ke tengahari.
86.  Tortilla Arabiaca With Grill Chicken
Resepi - perap ayam 
semalaman.  esok paginya korang bakar jer ayam tu dalam oven sehingga 
masak.  sambil tunggu ayam korang tengah masak, korang buat lar kerja 
lain.  dah siap bakar ayam, lawankan dengan tortilla yang dah dilayurkan
 dalam kuali leper.  korang bleh buat acar kobis dan sambal arab. sambal
 arab tu korang just blenderkan cili hijau and merah, cili padi sket, 
tomato, timun.  perahkan dengan jus lemon. taruk gula dan garam sket. 
gaulkan rata.  gambarnya ada kat bawah yerk!
87.  Tortilla Sepanyol
Resepi - nama jer 
tortilla tapi sebenarnya tak menggunakan tortilla pun. resepi ni diceduk
 dari food planet kat astro tu yerk!  depa gunakan kentang 
sebanyak-banyaknya, lepas tu dihiris memanjang.  gorengkan terlebih 
dahulu. then bila kentang dah masak, depa pecahkan telur dan masak dalam
 kuali leper.  caranya sama macam buat murtabak maggi.  bagi aku, cara 
ini amat leceh sikit.  lelebih bila pepagi buta nak kopek kentang kan. 
 so, jom ikut style aku plak!  amik hashbrown dan gorengkan terlebih 
dahulu.  toskan minyak.  masukkan ke dalam mangkuk dan guntingkan 
hashbrown kepada 4 bahagian.  pecahkan telur ke dalam hashbrown, 
perasakan, taruk lada putih, hiris bawang, letak daun sup sikit dan 
campakkan ke dalam kuali leper. masak sama macam korang buat telur dadar
 lar ataupun murtabak maggi.  sonang kan...
88.  Lontong 
Resepi - selalunya kalo 
pagi-pagi aku nak wat lontong, malamnya awal-awal aku dah siap potong 
sayurnya dan rendam dalam air.  sok pagi tinggal nak buat kuah lemak 
jer.  kuah lontong ni senang sebab main campak-campak jer. kalo takde 
kunyit hidup, apa nak susah, taruk jer lar kunyit serbuk.  ni bukannya 
pertandingan memasak nak bagi juri chef makan ke apa.  ni untuk makan 
sendiri kan.  then, aku baling 2 ketul kiub ayam ke dalam kuah.  ikut 
suka ati korang lar nak guna santan cair ker atau santan serbuk.  jangan
 lupa lawankan dengan telur rebus dan sambal ikan bilis sekali yerk!
89.  Makaroni sup
Resepi -  cara buat 
makaroni sup ni sama macam buat mee hoon sup cuma makaroni kena letak 
awal-awal dalam sup sebab makaroni ni amik masa yang lama untuk dia 
betul-betul masak.  letakkan sayur jenis apa yang korang suka dalam sup.
  at last sekali pecahkan telur sebiji dalam sup tu.  kacaukan. taburkan
 dengan daun sup dan bawang goreng.
90.  Bebola Oats 
Resepi - masukkan secawan
 oats meal.  campakkan chocolate chips, kekacang tak kira ar badam ker 
cashew nuts ker, kismis ataupun nak letak buah-buahan kering pun boleh, 
setengah cawan peanut butter, sedikit madu.  gaulkan kesemua sekali. 
 buatkan bebola.  simpan dalam peti sejuk sekejap.  dan ready to eat! 
 snacks yang sihat dan budak-budak pun mesti suka nak bawak bekal ni ke 
sekolah.
91.  Cream Cheese French Toast Casserole
Resepi - actually kalo 
tak nak letak cream cheese pun takpe.  Tapi disebabkan aku suka sangat 
dengan cheese maka aku campakkan sekali cream cheese kat dalam tu.  kita
 guna roti perancis yerk.  nak potong dadu bleh, nak potong memanjang 
pun bleh.  asalkan muat-muat jer dalam loyang kita tu nanti. pukul 8 
biji telur, susu krim, cream cheese, dan sedikit butter yang telah 
dicairkan.  tambahkan perisa vanilla dan gula.  macam buat puding roti 
lar. masukkan adunan tadi ke dalam roti yang telah disusun dalam loyang.
 loyang tadi disalut dengan butter yerk.  pastikan roti semua berendam 
dengan adunan tadi. tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar hingga 
kekuningan. omputih suka tabur serbuk cinnamon kat atas roti supaya 
rasanya manis-manis pedas. omputih suka makan casserole manis-manis 
dengan maple syrup, blueberry dan macam-macam lagi ar.  tapi untuk kita,
 ko renjiskan jer lar dengan susu pekat pun dah sodap!
92.  Roti Goreng 
Resepi - amik roti putih 
or roti perancis or roti yang tak abis makan kan. gunting-guntingkan 
dalam bentuk segiempat tepat.  bentuk prisma kita tak nak yerk!  then, 
ketepikan.  kita tumis bawang merah dan putih macam biasa kita buat nasi
 goreng.  masukkan kentang yang dah dipotong memanjang. kita kasi 
kentang kita masak dulu yerk!  bila kentang dah masak, kita pecahkan 
telur 2 biji.  minyak jangan terlalu banyak sangat sebab kita tak nak 
roti goreng kita berladung dengan minyak.  agak-agak jer lar minyak 
dalam kuali tu kalo terlebih minyak, buangkan sikit minyak ke dalam 
mangkuk lain. agak-agak dah garing semua, masukkan 1 tin baked beans. 
 tak payah tambah air lagi. gaulkan dengan rata. masukkan roti yang dah 
digunting tadi. renjiskan dengan kicap sikit.  gaulkan dengan sama rata 
lagi.  aku suka makan roti yang dah disimbah dengan kicap dan baked 
beans. 
93.  Popia Ketam
Resepi -  yang paling 
mudah dan cepat.  Budak pun suka makan sebab takde sayur kan?  Nak 
goreng inti popia yang ada macam-macam isi tu memang leceh kan sebab 
takde masa pepagi buta nak hiris itu ini.  So, yang paling senang dan 
mudah ialah amik filet ketam, defrost kan dan kemudian gulung dengan 
kulit popia.  Goreng dengan api yang sederhana sehingga kekuningan. 
Jangan goreng lama sangat, nanti filet ketam dalam popia tu meletup dan 
membuak keluar.  
94.  Fish n' Chips
Resepi - sebenarnya boleh
 sendiri fish n chips ni selain dari menggunakan yang instant.  Amik isi
 ikan dory yang telah dinyah bekukan.  Perasakan ikan dory dengan garam,
 lada putih dan hitam, serbuk perasa.  Lumurkan dengan telur yang 
dipecahkan, tepung kentucky dan breadcrumbs.  Goreng dalam minyak banyak
 dan panas.  Toskan.  Boleh dihiaskan dengan salad coleslaw, kentang 
goreng dan mayo.
95.  Crab Cakes.  
Resepi - paling mudah nak
 buat crab cakes ialah gunakan filet ketam. Hahaha...takde korje aku nak
 pergi mencungkil isi ketam tu pepagi buta.  Filet ketam diblender 
kasar.  Kita buat adunan macam nak buat jemput-jemput. Tapi kali ni kita
 taknak terlalu cair atau terlalu pekat sangat.  Agak-agak jer. Masukkan
 filet ketam ke dalam adunan tadi.  Campurkan kobis, bawang merah, lada 
benggala yang telah diracik halus-halus.  Masak dalam kuali leper dan 
gunakan minyak yang sikit.  
96.  Pop Chicken With Salad And Fries
Resepi
 - kita amik isi ayam part dada yerk yang takde tulang.  Potongkan 
kecik-kecik.  Perasakan secukup sedap, lumurkan dengan tepung kentucky 
atau mana-mana tepung lumur ayam pun boleh, lumurkan lagi dengan tepung 
beras sikit.  Gaulkan dengan rata.  Goreng dalam minyak yang penuh. 
 Boleh tambahkan side dishes dengan french fries, salad ataupun 
buah-buahan.
97.  Chicken Chop And Fries
Resepi -  Kita amik isi 
ayam dan hiriskan nipis tapi memanjang.  Lumurkan tepung seperti di atas
 tapi kali ni kita lumurkan pula dengan breadcrumbs. Goreng.  Hidangkan 
dengan french fries dan salad mayo.  French fries tu kalo nak kita nak 
curahkan sikit dengan cheezy mayo pun boleh.
98. Nutella Wrapper + Pisang
  
98. Nutella Wrapper + Pisang
99. Makaroni Bakar
 
Kalau nak buat makaroni bakar, malam-malam rebus makaroni siap-siap, letak minyak sikit, then simpan dalam peti ais, pagi-pagi reheat kat microwave, pastu, pukul telur, masukkan daging kisar ni, then gaulkan dalam makaroni, biar telur lebih sikit, then tabur cheese, bakar la 15-20 minit (bakar dalam bekas aluminium tu, macam pic atas, mudah nak masukkan dalam bekal anak. mudah kan? untuk buat roti lapis daging pun mudah, guna je frozen ni.
100. Karipap Segera
 
Malam-malam, sebelum tidur, rebus kentang (macam karipap) pastu gaulkan dengan daging kisar ni,
Esok paginya letak inti kat tengah2 sekeping roti, di atas acuan karipap, ketip.
Potong-potong roti gardenia, pukul telur, masuk garam sikit, lada sulah sikit, pastu hiris sosej, crab meat, gaulkan semua, pastu bakar atas kuali kejap.. ni menu mudah, tetapi budak-budak sangat suka. Boleh juga letak ais krim di dalam jadi spt ais goreng.
Kalau nak buat makaroni bakar, malam-malam rebus makaroni siap-siap, letak minyak sikit, then simpan dalam peti ais, pagi-pagi reheat kat microwave, pastu, pukul telur, masukkan daging kisar ni, then gaulkan dalam makaroni, biar telur lebih sikit, then tabur cheese, bakar la 15-20 minit (bakar dalam bekas aluminium tu, macam pic atas, mudah nak masukkan dalam bekal anak. mudah kan? untuk buat roti lapis daging pun mudah, guna je frozen ni.
100. Karipap Segera
Malam-malam, sebelum tidur, rebus kentang (macam karipap) pastu gaulkan dengan daging kisar ni,
Esok paginya letak inti kat tengah2 sekeping roti, di atas acuan karipap, ketip.
Potong-potong roti gardenia, pukul telur, masuk garam sikit, lada sulah sikit, pastu hiris sosej, crab meat, gaulkan semua, pastu bakar atas kuali kejap.. ni menu mudah, tetapi budak-budak sangat suka. Boleh juga letak ais krim di dalam jadi spt ais goreng.











1 comment:
Sgt² mudah ikut u punya suka recipe tu.
i'm luv it
Post a Comment