Source : My Little Snow
Satu info menarik di ambil dari sumber GrupNutrisi RemediAlami M'sia yang sangat berguna buat kita semua
Semua penawar yang mahu
digunakan perlu lakukan ujian pada kulit anak dahulu..oleskan sedikit
bahan yg mahu digunakan, tunggu dalam setengah jam, lihat ada keradangan
kulit atau tidak. Jika tidak boleh teruskan, jika ada sila hentikan.
Kaedah ini dipanggil PATCH TEST..
Asalnya adalah Wet Socks Remedy / Rawatan Stokin Basah Untuk Demam.
Teknik hidroterapi ini
boleh dilakukan di rumah dan boleh membantu mengurangkan demam, menurut
University of Maryland Medical Center. Sebelum tidur, rendam sepasang
stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada
kaki anda. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang
semasa tidur (double socks).
Semasa tidur, badan anda
akan mula mengedarkan cecair limfa dan darah untuk melawan kaki basah,
yang juga merangsang sistem imun. Stoking selalunya akan kering pada
waktu pagi. Ulangi rawatan selama lima hingga enam malam berturut-turut
seperti yang diperlukan untuk mengurangkan demam anda.
Walaubagaimanapun,
selain kaedah wet socks menggunakan air biasa, terdapat beberapa penawar
semulajadi yang juga sangat berkesan dalam merawat penyakit selsema
atau batuk dan demam untuk melawan virus dan bakteria, iaitu :
>>>1. GARLIC SOCKS MERAWAT SELSEMA / BATUK / DEMAM
Letakkan bawang putih pada stokin anak.
Cara untuk bayi atau anak kecil :
1. Pakaikan anak stoking berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang-lubang.
2. Ambil sehelai lagi
stoking, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk sedikit, tidak perlu
lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak
terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan
tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih).
Jika
bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah
dibuat sprt tips di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.
Cara buat minyak : Bakar
seulas bawang putih tanpa buang kulit, lenyekkan pada minyak zaitun
(boleh gunakan minyak masak biasa, minyak kelapa, atau minyak yang tiada
bahan yang tidak semulajadi)
Untuk anak yg lebih dewasa :
Boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast.
3. Biar anak tidur
semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih
apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam
kulit sebagai antivirus .
Garlic enters your
system and heads straight for the lungs. Garlic is amazing for the
lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also
enhances your immune system and fights viruses at the same time
*ONION SOCKS menggunakan kaedah atau cara yang sama seperti Garlic Socks.
*Penawar menggunakan
bawang putih ini boleh digunakan untuk merawat apa sahaja penyakit
disebabkan virus, bakteria atau fungus manakala bawang merah untuk
penyakit disebabkan virus dan bakteria sahaja.
>>>2. LEMON SOCKS MERAWAT DEMAM
Cara merendam stoking dengan jus lemon.
1. Perah jus lemon (lemon organik lebih bagus, jika tiada, guna sahaja lemon biasa) campurkan dalam semangkuk air suam.
2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar2 menyerap jus tersebut.
3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.
4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan kembali pada kaki.
*Boleh juga gunakan kain
dan celup pada jus lemon, kemudian bungkus kaki anak dengan kain
tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan jus
lemon, lapis dengan 1 stoking kering)
Cara hirisan lemon :
1. Hiris lemon nipis-nipis.
2. Lekatkan pada tapak kaki guna hansaplast atau tak perlu lekat, terus balut dengan stoking.
3. Pakaikan stoking semalaman.
4. Tukar hirisan lemon jika lemon tersebut kering semasa tidur.
>>>3. APPLE CIDER VINEGAR (ACV) / CUKA EPAL MERAWAT DEMAM
1. Ambil ACV kira-kira 2-3 sudu besar, campurkan dalam semangkuk air suam. Atau ikut kadar 1:1
2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar2 menyerap jus tersebut.
3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.
4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan kembali pada kaki.
*Boleh juga gunakan kain
dan celup pada ACV bercampur air suam tadi, kemudian bungkus kaki anak
dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah
dengan ACVn, lapis dengan 1 stoking kering)
*Boleh juga menggunakan cuka kurma atau cuka putih biasa.
Bagaimana sifat asid lemon / acv membantu merawat demam atau menurunkan suhu demam panas?
Ini kerana sifat asid
membantu menarik haba daripada kulit dan menarik haba keluar dari kepala
dan bersurai ke seluruh badan. Apabila haba dapat bergerak ia menjadi
satu alat aktif untuk melawan jangkitan.
Kenapa di kaki?
Kerana kaki kita
mengandungi kepekatan yang lebih tinggi kelenjar peluh daripada seluruh
badan kita, ia membantu dalam pembebasan haba.-Dr. Mehmet Oz, MD (http://www.sharecare.com/user/dr-mehmet-oz)
>>>Selain itu,
boleh juga menggunakan PUTIH TELUR (bagi yang tidak alah pada telur, dan
anda akan lihat putih telur seakan masak setelah menyerap haba daripada
badan) .
>>>Jel LIDAH
BUAYA / ALOE VERA fresh daripada daunnya juga boleh digunakan merawat
demam dengan cara sapukan jel pada seluruh tapak kaki dan pakaikan
stokin, oleskan lagi jel tersebut 2-3 kali diwaktu pesakit sedang tidur.
No comments:
Post a Comment