PERNAHKAH terfikir bahawa sebagai orang tua, banyak perkara yang anda lakukan salah dalam mendidik anak-anak?
Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.
Dalam mendidik anak, mungkin cara ibu bapa salah. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan.
Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa.Justeru, mari kita selidik kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif anak-anak. Antaranya:
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.9. Kurang melahirkan kasih sayang.10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak.21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.39. Tidak tegas mendidik anak-anak.40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.
No comments:
Post a Comment