Wednesday, 8 August 2012

Nasi Mandhi Daging Rusa


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 1 jam
serve: 4-6 person

Bahan A
500g daging rusa
Air secukup - isi separas daging sahaja 

Bahan B
3 sudu makan minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum cengkih
1 biji bawang besar - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
1 gengam kismis
1 kiub pati lembu
Garam secukupnya

Bahan C
3 cawan beras basmathi
4 cawan air (termasuk air rebusan daging)

Cara
1. Bahan A di rebus empuk.
2. Tumis bahan B hingga naik bau. Masukkan beras dan gaul sebati.
3. Tuang sebatian beras dalam periuk nasi bersama air dan daging
4. Tanak hingga masak.

Nota: 
Jika menggunakan periuk tekanan: 
- Semasa rebus daging, air mesti separas daging dan didihkan dahulu sebelum tutup periuk. Alas kain atas tudung periuk supaya wap tekanan tidak melimpah.
- Auto cook nasi hanya 15-20 minit sahaja. Jangan buka periuk. Biarkan dalam mode warm 15 minit lagi.



No comments: