Sunday, 19 August 2012

Menjelang Raya.....Malam Raya

"Saya...penyimpan mohor besar raja-raja..dengan ini mengistiharkan Hari Raya Aidilfitri yakni 1 Syawal 1433 Hijrah jatuh pada Hari Ahad, 19 Ogos 2012."

Ok! Dah tau dah...
Tak sempat nak tengok tv pun....
Tapi dialog tu sama je cuma tukar nama dan tarikh....

Lepas kenyang iftar ramadan terakhir tahun ni....
Bermula lagi marathon membersih dan menyiap apa patut....

Mula buat ketupat palas.....
Lepas tu basuh balang kuih, lap kering, isi kuih......
Pi dapuq pula...basuh segala pinggan mangkuk periuk....
Pi depan pulak...menyapu mop segala lantai....
Pi dapuq balik mop lantai dua kali sebab berminyak....

Abang datang.....
Aik bawak tupperware kosong...besaq pulak tu....
Amboi...di kautnya lauk pauk.....
Tau la hang beli bahan....
Mai la tolong apa patut...
Ingat kedai ka?

Pi menyapu kat luaq pulak....
Masuk balik....aik dapuq tunggang langgang dah....

"Apa ni mak...orang dah basuh susun bersih awat buat semak balik.."
" Kena masak lebih...lauk tak cukup satgi orang mai nak makan..."
"Cakap la dari tadi....ni dah 3 round dok basuh periuk"
"Sapa suruh hang basuh....aku tak cakap pun dah habih masak"

Tooo diaaaa.......
Diam! Jangan dok cakap lagi...
Satgi tak pasai angin puting beliung hujan ribut dok mai raya ni....

Basuh balik pinggan mangkuk periuk....
Mop lantai lagi....

2.45am baru nak pi tidoq.....
Sakit habih satu badan....
Takpa raya setahun sekali!

No comments: