Monday, 6 August 2012

Aiskrim 1 Malaysia


Heheheh
Nama pun nak selari senario semasa

Tahukah anda apa ke bendanya ini?
Anda pernah melihatnya?
Anda pernah merasanya?

Inilah aiskrim paling ekonomi
Bagi generasi X terutamanya..
Dolu-dolu disebabkan aiskrim dikategorikan makanan mewah..
Maka ibu2 yang kreatif membuat aiskrim sendiri...
Melalui lebihan air sirap, milo, dan lain-lain....
Ada juga yang berniaga kecilan melalui dapur rumah...
Anak2 yang dah penat bermain akan berlari2 ke rumah sambil membawa harapan...

"Makcik....makcikkkkk......."
"Nak aiskrim asam ko satu..." >>> perasa paling popular
"Saya nak milo punya...."
"Saya nak oren......"
"Apa lagi yang ada.....nak kaler hijau...."

Kemudian tangan dihulur mencapai aiskrim dan bertukar dengan 20 sen....

Ada jugak makcik2 yang baik hati jual 10 sen je......
Meriah!

Kemudian anak2 ini ramai2 melepak melepas lelah selepas bermain rounders atau polis sentri...
Makan aiskrim sambil bercerita dan bergelak ketawa...
Dah habis makan beransur2 pulang

Kadang tu ada mak2 yang sponsor aiskrim ni masa main masak2....
Waaahhhhhh kelas kau.....
Hari2 penuh rumah makcik ajak anak main masak2....
Hehehehehehhh..
Seronok sangat....

Tapi kini aiskrim dah jadi makanan harian...
Aiskrim Malaysia semakin dilupakan...
Makin susah dicari....
Padahal senang sangat nak buat pun!

Maka hari ini, aku dengan rajinnya....
Cuba kembalikan nostalgia....
Tapi kali ni cuba lebih kreatif....
Aku borong minuman yogurt berkotak2.....
Pop Ice Blended tu pun aku bancuh berliter2...

Dan dengan kerjasama Princess Myya yang rajin..
Ini lah hasilnya......
50 batang aiskrim Malaysia....
Alhamdulillah.....berjaya dikongsi beramai2......

Dengan Opah, Wani, C-Kin, Qaseh, Along, Atok, rakan2 opis mak, jiran sebelah, etc,etc...
Seronok...seronok....seronok....

No comments: