Tuesday, 21 February 2012

Pergilah sana....ada hantuuuuu.....

Pernah dengar tak ungkapan tu?
Selalu kedengaran di rumah keluarga yang klasik.
Ungkapan yang tujuannya hanya untuk melarang.
Tapi kesannya ntah hapa2.

"Aunty, saya takut. Gelap. Ada hantu."
"Bukalah lampu. Dah mari aunty temankan."
"Eh! Apa tu?"
"Apa kebendanya"
"Tuuu....nampak macam bayang...ngeri..."
"Ada nampak rupanya?"
" Buruk sangat"

Hah! Nampak sangat menipu.
Tadi kata nampak bayang. Ni siap rupa buruk.
Melebih!

Hantu...ungkapan yang selalu digelar kepada makhluk ghaib ciptaan Allah..
Biasanya digambarkan dengan keburukan dan kejahatan...
Semuanya pengaruh tv.

Wujudkah?
Ya. Makhluk ghaib memang wujud.
Tapi lebih dikenali sebagai jin dan syaitan.
Penunggu, bunian, etc tu semua hanyalah gelaran.

Perlukah menakutkan anak dengan cara itu?
Perlukah takut dengan makhluk ghaib ini?
Sedangkan manusia merupakan ciptaan Allah yang paling hebat.
Dan makhluk ghaib ini sebenarnya amat takut kepada manusia.
Oleh itu kenapa perlu ajar anak takutkan mereka?
Bukan cakap besar.
Tapi beringatlah!

Aku sedaya upaya tidak menggunakan atau menakutkan anak dengan ungkapan hantu.
Tapi suatu hari...

"Mak....pergilah sana....gelapppp....ada hantu!"

Aik? Anak yang takutkan mak?
Apa ni? Siapa ajar?

"Mana ada hantu2 ni semua. siapa ajar ni?" >>>aku dah mula bengang
"Takpe..takpe...mak jangat takut. Myya jaga mak ya..."

Eh!?

Aku buat tak endah je bila dia sebut hantu....
Aku langsung tak layan....

Semalam.....

"Mak, tadi Along muntah. Lepas tu pengsan."
"Kenapa?"
"Dia sakit perut. Nangis-nangis banyak. Huhuhuhu"
"Myya tak tolong?"
"Eh. Jangan.jangan. Nanti Along bangun jadi hantu!"

Laaaaaa.....aku terus diam....
malas nak dipanjangkan lagi. Buat tak layan je bila dia asyik sebut hantu...

Pernah aku tanya...

"Pernah nampak hantu?"
"Mana ade...Monster ada la....Huaaaaa monster tangkap mak..."

Hmmmm...dia main sebut je tu....
Kalau tak layan diam la tu...
Setakat ni belum tunjukkan ketakutan...
Cuma kekadang je mengada2....

Majoriti hidupnya dengan pengasuh dan kawan2 di rumah pengasuh.
Aku dah tegur pengasuh tapi dia tak mengaku...
Siapa yang ajar sebenarnya????

Manusia perlu takut kepada siapa?
TUHAN?
HANTU?

No comments: