Saturday, 25 February 2012

Nasi Lemak Tumis Halba

Sedap makan dengan kangkung goreng belacan, telur egg benedict, sambal bilis. Yummeh!

Source: staranisecafe.blogspot.com
Serve : 5
Preparation time: 1 jam

Bahan A
3 cawan beras
2 1/2 cawan air

Bahan B
1 biji bawang - mayang
1 inci halia- hiris
1 sudu makan halba
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
+ 1 sudu makan minyak

Cara
1. Masukkan bahan A dalam periuk nasi.
2.Tumis bahan B kecuali santan hingga wangi. Masukkan santan dan terus kacau hingga mendidih sedikit.
2. Masukkan campuran tumis dalam periuk nasi dan tanak seperti biasa.
3. Bila hampir masak, gemburkan nasi perlahan2 supaya santan yang timbul sebati dengan nasi. Guna chopstik supaya beras tak patah
4. Sambung tanak hingga siap masak.

Tips:
1. Tujuan tumis untuk menaikkan aroma halba.
2. Warna nasi tidak akan putih mulus.
3. kalau tak nak tumis dulu pun boleh. Campur semua bahan dan tanak seperti biasa.

No comments: