Scenario
·
Kami ke sana bertiga…mak, ayah, Myya
·
Tema percutian : simple, ringan, small budget,
santai, enjoy, learn
·
Jumlah beg : 1 travel beg kotak (saiz L), 1
travel bag pack (saiz M), 1 bag pack (saiz S), 1 stroller (Combi 6kg) – plan
pergi 20kg balik 30kg
·
Lokasi : Seoul
·
Temperature : End Winter ~ -10 degree to 10
degree
·
Tempoh – 10 malam
Hand Luggage
·
Passport (buat salinan hardcopy (simpan dlm beg)
& softcopy (simpan dlm email )
·
Pen dan buku nota kecil
·
Tiket kapal terbang (beli masa promosi) –
include meal + baggage
·
Hotel confirmation(dekat subway , ada dapur, peti
sejuk, microwave, washing machine)
·
Itinerary : tempat mesti pergi dan tempat akan
pergi jika ada masa
·
Download peta subway
·
Download waktu solat
·
Download simple language/conversation
·
Matawang:
Korea Won
·
Hand sanitizer
·
Lip gloss– pakai selalu
·
Tisu basah – di Korea toiletnya tak ada air
der….
Travel Luggage
·
Ubatan –pentingkan ubat anak (demam+batuk+
selsema), panadol (demam+selsema+sakit sendi), gula-gula batuk+sakit tekak,
ubat cirit-birit, krim panas,minyak cap kapak, plaster, vitamin,etc (bawa
sekeping dua dalam hand luggage)
·
Krim pelembab (bawa 1 tiub kecil je – di Korea
ada krim pelembab yang lebih sesuai dengan cuaca di sana dan murah)
·
Glove – sepasang (kalau ada yang kulit dan kalis
air lebih baik dan senang main salji-beli je di Korea-murah)
·
Long john – untuk anak penting, 2 pasang baju
(beli Heat Tech di UniqLo) & seluar(legging pun boleh)
·
T-Shirt – 2 pasang
·
Jacket winter –sepasang (di Korea lebih cantik,
murah)
·
Sweater- sepasang (bila masuk dalam bangunan ada
heater, so kena la buka winter jacket tu, kalau tak macam masuk sauna le…)
·
Key –Mask/Selendang – buat tutup muka/belit
leher
·
Stokin-sepasang (di Korea stoking wool murah dan
cantik)
·
Kasut – kalis air dan tapak getah (senang jalan
atas ais)
·
Seluar jeans – 2 pasang
·
Seluar/Baju tidur – sepasang (saya guna
legging dan T-shirt yang dibeli di Korea)
·
Disposable panties/bra- washable
·
Plastic botol yang boleh gulung tu – sekadar
untuk wuduk dan mencuci
·
Makanan – (sambal bilis, sambal ayam goreng,
macaroni/spaghetti, perencah nasi goreng, sosej, lauk segera, mee segera, inti
sandwich), minyak dlm tiub kecil, garam, serbuk cili (flakes), biskut,
milo/kopi/nestum segera, energy bar– pek
kecil2 untuk sekali makan (beras/nasi, telur/sayur/buah ada dijual sekitar
Kedai runcit Korea)
·
Termos air panas 500ml – boleh refill di
mana-mana kedai kopi/makan
·
Susu anak- dah di pek kecil-kecil
·
Sudu/Garfu/Tupperware/zip lock plastic – untuk
bekal makanan
·
Telekung travel – tak bawa pun tak apa sebab pakaian dah
menutup aurat
·
Sabun Taharah – boleh samak atau buat mandi
·
Kain batik/pelekat –sepasang (multipurpose !
percayalah!)
Gadget
·
Kompas Kiblat
·
Kamera – bawa extra memory card atau memory card
reader untuk download dalam external hardisk, extra battery
·
Travel adapter (all in one) & Extra
extension plug – boleh caj banyak gadjet sekaligus
·
Kalau ada smartphone – dah boleh jimat banyak
keperluan gadjet – sila beli!
·
Powerbank
·
Charger
Note:
1.
Tak perlu bawa
banyak pakaian kerana boleh dibasuh dan pakai semula atau beli je di Korea
2.
Bawa makanan sekadar
alas perut
3.
Bawa beg lipat extra
sebab kemungkinan ada baggage extra masa pulang
4.
Sila bungkus semua
pakaian dalam vacuum beg semasa pergi dan balik untuk jimat ruang
5.
Hari pertama
shopping dulu barang keperluan untuk digunakan di sana i.e. winter jacket,
stoking, nasi segera,…
6.
Tak perlu bawa
banyak pakaian sebab dijamin tak berpeluh dan baju boleh recycle, boleh juga
basuh atau beli je sebagai souvenir untuk diri sendiri atau berkongsi dengan
pasangan
7.
Realiti: berat
luggage (kargo+hand+stroller) pergi – 18kg, balik 33kg
8.
Senarai pakaian
termasuk yang di pakai di badan semasa pergi dan balik
9.
Jangan bawa liquid
(incl hand sanitize, krim, etc) dalam hand luggage lebih dari 100ml
No comments:
Post a Comment