Tuesday 30 April 2013

Explore the Seoul in Our Style #13 : Insadong



Insadong merupakan salah satu lokasi barangan kraft buatan Korea dan souvenir. Ada banyak barangan tradisi boleh jumpa di sini macam Hanbok (baju tradisional Korea), ukiran, patung, pinggan mangkuk dan lain-lain.

Ada galeri 4 tingkat dan ada juga lot-lot kedai kecil.

Restoran pun banyak.

Setiap Ahad dari 10am-10pm, jalan-jalan berhampiran akan ditutup dan dijadikan lokasi pertunjukkan budaya. Tapi bila kami sampai pukul 8pm, kebanyakkan kedai telah ditutup. Mungkin tak ramai orang dan suasana yang sangat sejuk.

Kami datang lagi pada waktu siang dan suasananya berbeza. Orang ramai tapi aman. Tiada hiruk pikuk. 

Pengunjung pula ramai golongan berusia dan lebih bersopan santun.

Kalau nak beli souvenir, boleh je beli disini sebab tokey kedai lebih sopan santun dan bisa berkompromi untuk memberi diskaun dan boleh pilih dengan aman. Pilihan barangan juga pelbagai dan lebih unik rekaan dan kualitinya. Jangan lupa cuba makan di gerai-gerai kecil yang ada ….pandai-pandai pilih ya…

Recommended!









Getting there : By Subway
Exit 6 – Anguk Station Line 3. Walk straight 100m & turn left.
Exit 3 – Jonggak Station Line 1. Walk 300m straight, turn left. then 100m straight & veer left into Insa-dong alleyway.

No comments: