Tidak merancang untuk kesini tapi disebabkan ianya walking
distance dari itaewon maka kami mencuba nasib.
Wow! Berbaloi.
Di kawasan luar ada banyak kenderaan dan senjata tinggalan
perang yang real (telah digunakan dalam perang) dan statue yang unik. Dalam
bangunan ada banyak tinggalan perang dan senjata yang pelbagai rupa dan
kegunaan. Yang pelik2 pun ada….
Bangunan memorial ni sangat besar dan ada 3 tingkat….banyak
yang boleh di pelajari….anda boleh masuk kedalam semua kenderaan perang seperti
kapal, tank, kapalterbang, jet, dan pegang sendiri senjata yang digunakan…agak
ngeri…..bagaimana tentera boleh hidup lama dalam kenderaan yang sempit begitu…?
Tahukah anda Korea tidak berhenti perang sejak beratus tahun
lalu? Campur tangan luar (ada Negara yang tak tahu pun kewujudannya di peta
dunia)bukan membantu tapi lebih memudaratkan hingga tak henti berperang lepas
satu satu sampai berpecah keluarga…satu ke selatan satu ke utara. Dan tahukah
anda bahawa korea dikatakan lokasi perang terbaik kerana banyak bukit bukau dan
gunung….pelikkan? Kasihan rakyatnya….anak kecil dipisahkan dari keluarga….malah
ada juga anak kecil terpaksa ikut perang…Sedih!
Mula-mula ada yang supply
senjata…tapi kini korea ada senjata sendiri….
Hebatnya selepas
berhenti berperang pada 1953, Korea Selatan membangun begitu pesat hanya dalam
tempoh kurang dari 50 tahun. Wow!
Generasi veteran/perang
yang masih hidup agak kasar orangnya kerana factor kehidupan yang mereka
lalui….sadis!
Berbaloi! Banyak ilmu baru disini….
Gotcha...jom pi perang! |
tolonglah jangan pergi....huhuhu |
Admission Fee : Free
Operation Hours: 9 am – 6 pm and closed on Monday
Getting there: By subway
Samgakji Station and Exit #12
No comments:
Post a Comment