Myeongdong
terletak berhampiran dengan Namsan Tower.
Myeongdong
adalah salah satu lokasi tumpuan shopping. Ada pelbagai jenis barang dijual
terutama pakaian dengan trend terkini dan juga tempat menjamu selera dan minum
kopi.
Pada waktu malam ada banyak gerai kecil
di buka sepanjang jalan. Dah macam pasar malam pulak. Jangan lupa tawar menawar
di sini…
Di sini juga ada banyak kedai kosmetik
popular macam Etude House, Skin Food,
Laneige, The Face Shop, Missha!, Nature Republic. Boleh dikatakan selang
satu kedai malah bersebelahan dan paling menarik sepanjang jalan anda akan
jumpa kedai yang jual brand yang sama sampai empat lima bijik sekali gus..
Peniaga ada strategi masing-masing untuk tarik pelanggan dan harga di setiap
kedai juga berbeza kerana diskaun yang ditawarkan juga berbeza….
Seronok betul ke sini sebab boleh
dilihat pelbagai ragam manusia dan barangan yang unik dan berwarna warni…ambil
masa anda untuk bandingkan harga sebab boleh jumpa barang yang sama di banyak
kedai dengan harga, layanan tokey, dan kualiti yang berbeza….lihat juga ragam
pengunjung yang unik cara berpakaian dan tingkah lakunya….memang seronok…
Orang sangatlah ramai disini tapi
selesa lepak di sini….suasana siang dan malam juga berbeza!
It’s one of my favorite place! Must
come again!
Opening Hours : 10am to 10pm everyday
Getting there : By Subway
Exit 5, 6, 7, or 8 – Myeongdong Station Line 4
No comments:
Post a Comment