Resepi - French toast 
atau dalam bahasa aku ialah roti celup telur lepas tu campak dalam kuali
 leper.  Aku selalu buat french toast bila hujung minggu. Kekadang aku 
suka pelbagaikan filling dalam telur tu.  Selalu aku letak serbuk 
parmesan, serbuk bawang putih, daun sup, susu full krim ke dalam telur 
then kacaukan dengan rata.  Rasanya sangat berlainan yerk bila setiap 
kali kita ubahkan rasa filling dalam telur tu.  Bila kita letak daun sup
 dalam telur, naik bau french toast kita tu.  Kalo kita letak susu full 
krim, rasanya lemak berkrim french toast tu. Kalo kita letak serbuk 
garlic plak, rasanya macam makan roti bakar garlic.  Garlic sangat bagus
 yer kalo diamalkan dalam pemakanan kita. Celupkan roti, campak dalam 
kuali leper.  Selalu french toast ni aku cicahkan dengan baked beans. 
 Tapi kalo korang tak nak pun takpe.  Ikut tekak memasing.  Roti putih 
cicah dengan baked beans yang telah dipecahkan telur ke dalamnya...pun 
boleh gak!
26.  French Toast With Cheese. 
Resepi - roti selitkan dgn keju, celupkan dlm telur, campak dlm kuali leper. Dah siap!
27.  Roti Hotdog Belah Tengah 
Resepi - gorengkan hotdog
 macam biasa.  Amik roti hotdog, belahkan kat bahagian tengah-tengah. 
 Letak salad, tomato dan hotdog.  Hiaskan dengan sos dan mayonaise.
28.  Roti Jala + Kari Ayam
Resepi - adunan roti jala
 lebih kurang sama jer dengan adunan lempeng. Cuma kalo nak lemak 
berkrim, taruk sepaket santan segera ke dalam adunan. Adunan tu mesti 
diblender untuk mengelakkan ianya berketul-ketul.  Masukkan ke dalam 
acuan dan jala kan sesuka hati korang.  Lawankan dengan kari ayam 
marvelous!  Kari ayam lebihan lauk semalam pun lagi ummpp!  Kalo nak 
jimat masa, malam sebelum nak tido tu, masak lar kari ayam dulu, esok 
pagi korang tinggal nak menjala jer.  
29.  Roti Rolls With Chicken Ham + Salad 
Resepi - Gorengkan 
chicken ham dengan sedikit minyak.  Perasakan dengan black pepper dan 
lada putih.  Bubuhkan dengan kicap maggi sikit.  Letakkan ke atas roti. 
 Bubuh salad dan gulungkan.  Kalo tak nak gulung pun takpe, lipat dua 
pun boleh...
30.  Roti Rolls With Eggs Mayonisse + Salad 
Resepi -  caranya sama 
seperti di atas cuma tukarkan chicken ham dengan telur rebus yang telah 
dilenyek dengan garfu.  Perasakan dengan lada putih dan serbuk perasa. 
 Taruk butter sikit ke dalam telur yang telah dihancurkan tadi. Gaulkan 
rata.  Letak kat atas roti, taruk salad, tomato dan gulungkan. Kalo tak 
nak gulung, lipat dua jer.
31.  Nasi Lemak Berlauk 
Resepi -  masak nasi 
lemak macam biasa dan buat lar lauk mengikut kesukaan anda.  Ayam goreng
 ker ikan goreng ker dan macam-macam lagi.  Dah jadi nasi lemak berlauk.
  Hahaha....
32.  Sandwich Scrambled Eggs With Cheese
Resepi - Pukul 4 atau 5 
biji telur.  Perasakan dengan serbuk perasa dan lada putih.  Masukkan 
minyak sikit ke dalam kuali leper.  Letakkan adunan telur tadi ke dalam 
kuali.  Hancurkan.  Masukkan ke dalam mangkuk, taruk mayonaise 1 sudu. 
 Gaulkan dengan rata. Letakkan ke atas roti.  Bubuh salad dan cheese 
sekeping.  Perghh....
33.  Sandwich Rolls Sushi With Fillet Ketam + Telur + Seaweed
Resepi -  Filet ketam 
dimasak terlebih dulu.  Telur plak suka hati korang nak buat jenis macam
 mana, nak telur rebus lenyek ker, nak telur dadar ker, nak telur hancur
 ker.  Amik roti, leperkan dulu dengan roller, letak seaweed dulu, letak
 filet ketam dan telur.  Gulung dan potong bulat-bulat.  Sesuai lar 
untuk dijadikan menu menarik untuk bekal anak anda.
34.  Hotdog Cocktail + Kentang Goreng 
Resepi - ni takde resepi.
  In case kalo terbangun lambat kan.  Goreng jer lar hotdog cocktail 
dengan kentang goreng tu.  Kentang goreng tu aku suka tabur dengan lada 
putih, serbuk perasa dan secubit garam.  Goncangkan.  Dah siap wat 
sarapan ala-ala emergency!  
35.  Makaroni Bakar + Cheese
Resepi - Jika ada lebihan
 kuah spaghetti bolognese, jangan dibuang kesemuanya.  Boleh disimpan 
dalam peti sejuk.  Esok pagi, kita rebus makaroni dan gorengkan makaroni
 dengan lebihan kuah bolognese tu. Masukkan ke dalam acuan pembakar yang
 telah disapu marjerin.  Lapiskan dengan kepingan cheese.  Nak guna 
cheese tabur pun boleh gak.  Masuk ke dalam oven, dan bakar sehingga 
kekuningan. Tak payah bakar lelama sangat. Agak-agak kalo tengok keju 
dah cair semua, baru lar boleh diangkat.  Senang jer bukan?
36.  Korean Pancakes
Resepi - Cara adunan 
korean pancakes ni sama dengan adunan buat lempeng. Cuma letak filling 
jer dalam adunan ni.  Selalunya orang korea letak filling kobis yang 
dicincang halus, daun kucai, daun bawang, dan seafood like udang, tiram,
 octupos.  Tapi kita nak senang kan, letak jer lar filet ketam atau 
kupang yang dah kopek tu.  Masak dalam kuali leper dengan sedikit 
minyak.
37.  Pancake Chip Coklat
Resepi -  Aku suka guna 
tepung pancake yang dah siap dalam kotak tu.  Nak buat sendiri adunan 
pancake tu asik tak jadi jer.  So nak senang, guna jer lar tepung 
pancake yang dah siap dalam kotak tu.  Beli perisa yang plain. Tambahkan
 cip coklat. Lawankan dengan peanut butter yang disapu atas pancake 
ataupun sos coklat ataupun madu ataupun dengan jem.  Suka hati ikut 
selera memasingkan...
38.  Pancake Blueberry (Instant) + Badam Hancur
Resepi - Aku pun suka 
guna tepung instant pancake perisa blueberry yang dalam kotak. 
 Campurkan dengan badam hancur.  Pergh...sedap tau pancake perisa 
blueberry.  Boleh dimakan begitu sahaja...
39.  Pancake Kosong With Honey
Resepi -  sama macam kat 
atas.  Tapi biar kosong jer dalam adunan pancake tu. Then korang boleh 
curahkan dengan honey ke nutella ke peanut butter ke kan. Suka hati, 
ikut kekreatifan korang nak letak apa dalam pancake tu nanti yerk!  
40.  Lempeng Wrap + Isi Kentang
Resepi - buat adunan 
lempeng macam biasa.  Masak dalam kuali leper. Masukkan satu senduk 
adunan ke dalam kuali.  Kita nak lempeng wrap nipis, tak nak tebal 
sangat supaya senang nak gulung.  Ala...macam buat kulit popiah lar. 
 Masak kentang macam nak buat isi kentang karipap.  Letakkan isi kentang
 ke atas lempeng dan gulungkan.  Cicah dengan sos cili.  Ni resepi arwah
 mak aku.  Kenangan beb...
41.  Burger Daging Special Homemade
Resepi -  beli roti 
burger.  Masak daging beger.  Bolotkan dengan telur dadar.  Letak salad,
 mayo dan sos.  Dah jadi burger homemade!
42.  Daging Burger / Daging Cincang Masak Tomato + Cicah dengan Roti 
Resepi - daging
 beger tu dibiarkan dalam suhu bilik. bila daging beger dah lembut, 
potongkan dadu. tapi bila dah masak nnti, dah tak nampak lar bentuk 
dadunya nnti. 
Tumis bawang dan bawang 
putih yg diracik. masukkan daging beger yang dah dipotong dadu. kacaukan
 ia supaya daging tu masak sekata. biar hancur macam daging cincang pun 
takpe. buangkan minyak sket sbb biasanya daging beger akan mengeluarkan 
minyaknya sndiri apabila digoreng. 
Walaupun masak tomato, 
saya masukkan ciliboh sket utk rasa pedas2. takde lar rasa pio tomato 
jer kan. then masukkn tomato yang dah dipotong dadu. tak lupa juga 
tomato sos. agak2 jer lar supaya ada kuah sedikit dan tak kering sangat.
Masukkan perasa. aku taruk lada hitam dan lada putih gak sebagai penambah rasa.
Bahan sampingan yg aku 
masukkan ialah carrot yg dipotong dadu gak, cendawan shitake yg dipotong
 melintang. kalo takde cendawan shitake, pkai cendawan butang pun boleh.
43.  Burger Benjo Homemade
Resepi  - Kalo tak suka 
burger daging, buat lar burger benjo atau burger telur. Kalo takde acuan
 benjo, buat jer lar macam telur dadar, lepas tu lipat segiempat sama. 
 Bubuh salad, mayo dan sos.
44.  Tortilla Rolls With Nugget + Salad
Resepi  - Goreng nugget 
macam biasa.  Paling bagus guna nugget tempura. Kalo nuget crispy yang 
ada breadcrumbs tu macam tak berapa nak sedap lar. Panaskan tortilla 
dalam kuali leper.  Letak salad, sos dan mayo.  Dah tak payah beli lagi 
twister KFC tu. 
45.  American Breakfast (Roti Bakar + Baked Beans + Scrambled Eggs + Kentang Goreng/Wedges)
Resepi - yang paling 
mudah.  Roti bakar dengan baked beans, telur hancur, hotdog dan kentang 
goreng.  Makan sambil cicah-cicah gitew...
46.  Roti Kebab Berinti Daging Burger
Resepi - Daging burger 
dimasak terlebih dahulu.  Kemudian digunting-guntingkan.  Gorengkan 
bersama dengan sos tiram sikit, sos cili dan sos tomato.  Perasakan 
dengan serbuk perasa, black and white pepper. Masukkan ke dalam roti 
kebab.  Amik timun, buang bijinya dan hiriskan memanjang.  Letakkan 
dalam inti roti kebab tadi.
47.  Mee Hongkong
Resepi - Mee kuning 
dicelur dengan air panas.  Amik sedikit mee, pecahkan telur sebiji, 
perasakan, letak tepung jagung sikit dan goreng sehingga garing. 
Ketepikan.  Aku selalu guna sup instant sebab paling cepat dan mudah. 
 Pagi-pagi buta kan semuanya nak cepat.  Amik periuk, bukakan sup 
instant ayam ker ketam, tambahkan air, tambahkan sayur sikit.  Sup 
instant ni dah siap-siap ada tepung jagung kat dalamnya.  So tak payah 
lar nak tambahkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.  Mudah kan? 
 Muahahaha...semuanya instant!
48.  Kue Teow Goreng Kering
Resepi -  Masak macam mee
 goreng.  Goreng sehingga kering.  Laki aku tak suka kue teow basah dan 
lembek.  Dia suka kering dan garing.
49.  Frozen Roti Canai/Cappati + Sambal Sardin
Resepi - Agak-agak dah 
takde idea nak masak apa, beli aje lar frozen roti canai/capatti. 
Tampalkan dengan telur dan cicahkan dengan sambal sardin.  Dengan kari 
ayam pun boleh.
50.  Frozen Pizza
Resepi - Nak resepi gak 
ker?  Buka kotak, masuk dalam oven. Dah siap!  Tapi aku suka tambahkan 
cheese lebih sket kat atas pizza tu...ngeh ngeh ngeh!
51.  Roti Coklat Nutella + Peanut Butter
Resepi - Amik roti putih, sapukan dengan nutella dengan peanut butter.  Dah siap sarapan dan bekal untuk anak-anak!
52.  Roti Putih + Scrambled Eggs + Hotdog
Resepi - goreng atau 
grill hotdog macam biasa.  pecahkan telur 4-5 biji. tarukkan perasa, 
lada putih, serbuk bawang putih goreng dan masak dalam kuali leper. 
 Cubit-cubit dengan roti putih.  Gambarnya ada kat bawah.
53.  Aneka Nugget + Kentang Goreng 
Resepi - goreng lar aneka
 nugget yang korang suka.  Eh, tapi aku suka goreng wantan tau.  Cicah 
plak dengan mayo putih dan cheezy mayo, perghh....tak toleh kiri kanan!
54.  Frozen Angry Birds + Roti Scrambled Eggs
Resepi -  Kat tempat aku 
ada jual frozen angry birds. Ianya macam fishcakes gak.  Tapi nampak 
comel lar kan.  Ada gak jual frozen doraemon, owl, nemo dan macam-macam 
lagi lar.  Sebenarnya nak kasi budak enjoy dengan makanan diaorang. 
 Gambarnya ada kat bawah yerk!
55.  Roti Mentega + Milo
Resepi - Roti putih sapu 
dengan planta dan kemudian taburkan milo ke atasnya.  Sedap tau...dulu 
arwah mak selalu buat masa kecik-kecik.  Kalo takde milo, taburkan 
dengan gula pasir pun boleh.
56.  Roti Peanut Butter Banana
Resepi - roti putih sapu dengan peanut butter dan kemudian letakkan kepingan pisang.  Budak-budak pasti suka!
57.  Tortilla Rolls With Fish Nuggets + Salad + Tomato 
Resepi - sama macam kat atas cuma gantikan dengan fish nuggets.  Nak guna filet ikan pun boleh.  Janji ngap...!!!
58.  Tortilla Rolls With Omellete Rolls + Chicken Ham + Cheese
Resepi - tukarkan dengan 
omellete, tambahkan dengan chicken ham dan cheese.  Jangan lupa salad 
yerk!  Gulungkan jer...dah macam roti subway plak kan?
59.  Tortilla Rolls With + Daging Burger Ayam + Salad + Tomato
Resepi -  Kalo tadi kita 
guna nugget ayam, sekarang kita kasi tukar pulak dengan daging burger 
ayam.  Goreng macam biasa burger ayam dan belahkan dua bahagian.  Susun 
di atas tortilla, taruk salad, hirisan tomato, mayo dan gulungkan.
60.  Roti Mini Kurasan 
Resepi - guna roti mini 
burger.  Belahkan dua macam buat roti burger.  Intinya daging cincang 
dengan kentang.  Paling senang, buatkan inti sardin jer.  Masuk inti kat
 tengah-tengah roti burger.  Balutkan dengan kulit popiah.  Goreng 
sehingga kekuningan.
61.  Cup Cakes Oreo + Kismis
Resepi - Aku suka guna 
tepung cup cakes yang instant.  Kalo nak buat sendiri memang ler aku tak
 tau sukatan.  So, nak selamat guna lar tepung dalam kotak nyer.  Ikut 
lar panduan yang dah disediakan kat kotak tu yerk!  Taruk lar filling 
apa yang korang suka selain dari oreo dan kismis.  
62.  Donut Ala-Ala Big 10 
Resepi -  kalo malas nak 
adun tepung buat donut, guna lar donut frozen! Walaupun tak sesedap tak 
selembut donut yang mak kita buat.  Tapi kalo dah taruk coklat kat atas 
donut tu, laju jer budak-budak makan. Ikut suka hati korang nak letak 
apa kat atas donut tu yerk!
63.  Roti pizza
Resepi - gunakan roti 
putih.  paling bagus guna roti perancis.  letak sos tomato. letakkan 
hotdog ke filet ketam ke, cendawan butang, nenas dalam tin, lada 
benggala kat atas sos tomato tu.  jangan lupa bubuh cheese bebanyak ker.
 bakar dalam oven.  bila keju dah cair baru bleh angkat.
64.  Crepes peanut butter+ banana + nutella + cip coklat + cheese
Resepi -  rasanya resepi ni ada kat ruangan gambar kat bawah.  sila lar scroll yerk!
65.  Okonomiyaki
Resepi - haah...menatang 
apa ni?  Ok, ni ialah makanan jepun.  zizan cakap macam lempeng. 
 adunannya sama macam lempeng.  buatnya sama macam buat korean pancakes.
  cuma kat atas lempeng tu ada letak fish flakes, seaweed, mayo dan sos 
jepun.  semua bahan-bahan ni ada jual kat jusco tapi kena hati-hati yerk
 dengan bahan mirin.  gambar nye ada kat bawah yerk!
66.  Roti Croissant With Tuna + Cheese
Resepi -  beli roti 
croissant yang ready made.  sapukan dengan tuna mayo, letakkan cheese. 
 bakar dalam mikrowave selama 2 minit.  dah siap!  mudah kan...?
67.  Roti Croissant With Chicken Ham + Eggs + Salad
Resepi -  kalo tadi kita guna roti putih, sekarang kita tukarkan dengan roti croissant pulak.
68.  French Toast With Honey
Resepi - Buat roti celup telur macam biasa.  Letakkan honey di atasnya. Omputih paling suka makan macam gini.
69.  Rolls Cakes  
(beli kat kedai bakery. potong masuk dlm bekal. paling senang)
70.  Cornflakes + Susu 
(lagi paling senang dan cepat!).  Kalo nak masuk ke dalam bekal, asingkan susu dan cornflakes.
71.  Salad With Hotdog / Nuggets And Peanuts 
Resepi - guna lar jenis 
salad yang korang suka makan.  Aku suka lettuce. Campakkan hotdog yang 
telah dimasak, nuggets dan kekacang.  Nak campur dengan buah-buahan pun 
boleh.  Letakkan mayo dan plain yogurt sikit. Gaulkan rata.  Satu cara 
nak ajar budak-budak makan sayur.
72.   Roti Sardin Celup Telur (French Toast Sardine)
Resepi - laki aku paling 
suka roti sardin.  ada lebihan kuah sardin, jangan dibuang, simpan dalam
 peti sejuk. sapukan kat atas roti putih.  celupkan dengan telur dan 
campakkan ke dalam kuali leper.  garing-garingkan yerk!
73.  Pasta Goreng
Resepi - masak pasta ni sama macam korang masak nasi goreng gak.  
74.  Roti Arab Berinti Daging / Ayam / Sardine 
Resepi - intinya macam 
inti karipap, ada kentang dan cuma tambah letak daging/ ayam/sardin ke 
dalamnya.  gunakan roti john.  belahkan dua, masukkan inti.  roti 
dibalut dengan kulit popiah dan kemudian dicelup ke dlm adunan telur dan
 digoreng dlm minyak panas.  toskan dan kemudian belah di tengah2 untuk 
taruk mayo dan sos cili.)
75.  Omellete Rolls + Chicken Ham + Seaweed + Fillet Ketam
Resepi - kita buat style jepun yerk!  Omellete sushi!  Gulungkan omellete dengan chicken ham, seaweed or salad, dan filet ketam.
76.  Spaghetti Olio Biasa 
Resepi - tak payah letak 
seafood, campak jer lar bahan yg ada contoh mcm fishcakes ke, hotdog, 
isi ayam, meatball dan lelain.  Ikut lar kekreatifan anda nak letak 
bahan apa2 pun.  Goreng macam olio yang biasa buat.
77.  Roti Ala-Ala Subway 
Resepi - refer gambar kat
 bawah.  guna roti hotdog. intinya saya guna chicken ham dengan hotdog 4
 ketul, potong serong.  chicken ham dgn hotdog digoreng dgn minyak yg 
sikit. then tumiskan bawang dan bawang putih.  masukkan chicken ham dan 
hotdog ke dalamnya.  masukkan sos honey hickory utk penambah perisa. 
 taburkan lada hitam sikit, tak perlu letak garam. goreng/grill sampai 
sekata.  nak guna bbq hickory pun bleh, sos lada hitam ker, sos bbq ker,
 terpulang pada kekreatifan anda.
78.  Corndog 
Resepi - tengok kat 
youtube cara-cara membuatnya.  pada aku lar kan, guna jer lar bahan yang
 ada kat dapur tu.  pagi-pagi buta nak pegi cari buttermilk, gila ker? 
 Buat jer lar macam korang buat adunan lempeng cuma kena pekat sikit. 
 Cucuk hotdog dengan stick dan celupkan dalam adunan tepung.
79.  Keropok Lekor 
Resepi - tempat aku ada 
jual kopok lekor mentah.  ada macam-macam jenis. hiris memanjang tapi 
nipis.  sebab bila digoreng ia akan menjadi garing.  sure budak makan 
abis nyer! sarapan yang sangat ringkas, bukan?
80.  Roti Bakar Mamak 
Resepi - dari korang dok 
kat kedai mamak order roti bakar mamak yang cuma disapu marjerin dan 
kaya, lepas tu dibakar, better korang buat sendiri kat rumah kan.  Sedap
 kalo dimakan panas-panas tapi tak berapa sesuai untuk dibuat menu 
bekal.  Nanti roti tu liat nak makan.  Menu sesuai untuk sarapan hari 
cuti!
81.  Twister Ikan Dory 
Resepi
 - ikan dory digoreng dengan tepung dulu, then balutkan dengan tortilla,
 taruk salad, taruk mayo, dah siap!  Gambar ada di bawah!
82.  Roti Perancis Ala Pizza 
Resepi - guna roti prancis, belahkan dua, taruk sos tomato, hotdog, lada benggala, nenas dan cheese, then bakar! 
83.  Murtabak Maggi 
Resepi - chef wan pun tau
 buat resepi ni tau!  rebus maggi dan toskan air bila dah masak. 
 masukkan perencah maggi tadi, pecahkan 4 or 5 biji telur, hiriskan 
bawang, campak daun sup sikit dan kacaukan rata.  masak macam goreng 
telur dadar.  masa nak terbalikkan murtabak tu, amik pinggan bulat dan 
letak atas murtabak tu.  telungkupkan kuali leper tu.  lepas tu masukkan
 balik bahagian murtabak yang belum masak.  mu paham tak apa yang eden 
maksudkan ni?  ni adalah cara supaya murtabak kita tak berkecai yerk. 
 suka hati kalo nak tabur cheese kat atas, jadi ler murtabak maggi 
berkeju!)
84.  Pasta Spiral Dan Makaroni Goreng With Daging Burger Cincang.
Resepi -  gabungkan kedua-duanya.  masak macam buat nasi goreng.  
85.  Hashbrown/Bread/Cabbage/Potato Casserole
Resepi - ada kat bawah yerk!  ni pun aku selalu buat.  sangat mengenyangkan sampai ke tengahari.
86.  Tortilla Arabiaca With Grill Chicken
Resepi - perap ayam 
semalaman.  esok paginya korang bakar jer ayam tu dalam oven sehingga 
masak.  sambil tunggu ayam korang tengah masak, korang buat lar kerja 
lain.  dah siap bakar ayam, lawankan dengan tortilla yang dah dilayurkan
 dalam kuali leper.  korang bleh buat acar kobis dan sambal arab. sambal
 arab tu korang just blenderkan cili hijau and merah, cili padi sket, 
tomato, timun.  perahkan dengan jus lemon. taruk gula dan garam sket. 
gaulkan rata.  gambarnya ada kat bawah yerk!
87.  Tortilla Sepanyol
Resepi - nama jer 
tortilla tapi sebenarnya tak menggunakan tortilla pun. resepi ni diceduk
 dari food planet kat astro tu yerk!  depa gunakan kentang 
sebanyak-banyaknya, lepas tu dihiris memanjang.  gorengkan terlebih 
dahulu. then bila kentang dah masak, depa pecahkan telur dan masak dalam
 kuali leper.  caranya sama macam buat murtabak maggi.  bagi aku, cara 
ini amat leceh sikit.  lelebih bila pepagi buta nak kopek kentang kan. 
 so, jom ikut style aku plak!  amik hashbrown dan gorengkan terlebih 
dahulu.  toskan minyak.  masukkan ke dalam mangkuk dan guntingkan 
hashbrown kepada 4 bahagian.  pecahkan telur ke dalam hashbrown, 
perasakan, taruk lada putih, hiris bawang, letak daun sup sikit dan 
campakkan ke dalam kuali leper. masak sama macam korang buat telur dadar
 lar ataupun murtabak maggi.  sonang kan...
88.  Lontong 
Resepi - selalunya kalo 
pagi-pagi aku nak wat lontong, malamnya awal-awal aku dah siap potong 
sayurnya dan rendam dalam air.  sok pagi tinggal nak buat kuah lemak 
jer.  kuah lontong ni senang sebab main campak-campak jer. kalo takde 
kunyit hidup, apa nak susah, taruk jer lar kunyit serbuk.  ni bukannya 
pertandingan memasak nak bagi juri chef makan ke apa.  ni untuk makan 
sendiri kan.  then, aku baling 2 ketul kiub ayam ke dalam kuah.  ikut 
suka ati korang lar nak guna santan cair ker atau santan serbuk.  jangan
 lupa lawankan dengan telur rebus dan sambal ikan bilis sekali yerk!
89.  Makaroni sup
Resepi -  cara buat 
makaroni sup ni sama macam buat mee hoon sup cuma makaroni kena letak 
awal-awal dalam sup sebab makaroni ni amik masa yang lama untuk dia 
betul-betul masak.  letakkan sayur jenis apa yang korang suka dalam sup.
  at last sekali pecahkan telur sebiji dalam sup tu.  kacaukan. taburkan
 dengan daun sup dan bawang goreng.
90.  Bebola Oats 
Resepi - masukkan secawan
 oats meal.  campakkan chocolate chips, kekacang tak kira ar badam ker 
cashew nuts ker, kismis ataupun nak letak buah-buahan kering pun boleh, 
setengah cawan peanut butter, sedikit madu.  gaulkan kesemua sekali. 
 buatkan bebola.  simpan dalam peti sejuk sekejap.  dan ready to eat! 
 snacks yang sihat dan budak-budak pun mesti suka nak bawak bekal ni ke 
sekolah.
91.  Cream Cheese French Toast Casserole
Resepi - actually kalo 
tak nak letak cream cheese pun takpe.  Tapi disebabkan aku suka sangat 
dengan cheese maka aku campakkan sekali cream cheese kat dalam tu.  kita
 guna roti perancis yerk.  nak potong dadu bleh, nak potong memanjang 
pun bleh.  asalkan muat-muat jer dalam loyang kita tu nanti. pukul 8 
biji telur, susu krim, cream cheese, dan sedikit butter yang telah 
dicairkan.  tambahkan perisa vanilla dan gula.  macam buat puding roti 
lar. masukkan adunan tadi ke dalam roti yang telah disusun dalam loyang.
 loyang tadi disalut dengan butter yerk.  pastikan roti semua berendam 
dengan adunan tadi. tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar hingga 
kekuningan. omputih suka tabur serbuk cinnamon kat atas roti supaya 
rasanya manis-manis pedas. omputih suka makan casserole manis-manis 
dengan maple syrup, blueberry dan macam-macam lagi ar.  tapi untuk kita,
 ko renjiskan jer lar dengan susu pekat pun dah sodap!
92.  Roti Goreng 
Resepi - amik roti putih 
or roti perancis or roti yang tak abis makan kan. gunting-guntingkan 
dalam bentuk segiempat tepat.  bentuk prisma kita tak nak yerk!  then, 
ketepikan.  kita tumis bawang merah dan putih macam biasa kita buat nasi
 goreng.  masukkan kentang yang dah dipotong memanjang. kita kasi 
kentang kita masak dulu yerk!  bila kentang dah masak, kita pecahkan 
telur 2 biji.  minyak jangan terlalu banyak sangat sebab kita tak nak 
roti goreng kita berladung dengan minyak.  agak-agak jer lar minyak 
dalam kuali tu kalo terlebih minyak, buangkan sikit minyak ke dalam 
mangkuk lain. agak-agak dah garing semua, masukkan 1 tin baked beans. 
 tak payah tambah air lagi. gaulkan dengan rata. masukkan roti yang dah 
digunting tadi. renjiskan dengan kicap sikit.  gaulkan dengan sama rata 
lagi.  aku suka makan roti yang dah disimbah dengan kicap dan baked 
beans. 
93.  Popia Ketam
Resepi -  yang paling 
mudah dan cepat.  Budak pun suka makan sebab takde sayur kan?  Nak 
goreng inti popia yang ada macam-macam isi tu memang leceh kan sebab 
takde masa pepagi buta nak hiris itu ini.  So, yang paling senang dan 
mudah ialah amik filet ketam, defrost kan dan kemudian gulung dengan 
kulit popia.  Goreng dengan api yang sederhana sehingga kekuningan. 
Jangan goreng lama sangat, nanti filet ketam dalam popia tu meletup dan 
membuak keluar.  
94.  Fish n' Chips
Resepi - sebenarnya boleh
 sendiri fish n chips ni selain dari menggunakan yang instant.  Amik isi
 ikan dory yang telah dinyah bekukan.  Perasakan ikan dory dengan garam,
 lada putih dan hitam, serbuk perasa.  Lumurkan dengan telur yang 
dipecahkan, tepung kentucky dan breadcrumbs.  Goreng dalam minyak banyak
 dan panas.  Toskan.  Boleh dihiaskan dengan salad coleslaw, kentang 
goreng dan mayo.
95.  Crab Cakes.  
Resepi - paling mudah nak
 buat crab cakes ialah gunakan filet ketam. Hahaha...takde korje aku nak
 pergi mencungkil isi ketam tu pepagi buta.  Filet ketam diblender 
kasar.  Kita buat adunan macam nak buat jemput-jemput. Tapi kali ni kita
 taknak terlalu cair atau terlalu pekat sangat.  Agak-agak jer. Masukkan
 filet ketam ke dalam adunan tadi.  Campurkan kobis, bawang merah, lada 
benggala yang telah diracik halus-halus.  Masak dalam kuali leper dan 
gunakan minyak yang sikit.  
96.  Pop Chicken With Salad And Fries
Resepi
 - kita amik isi ayam part dada yerk yang takde tulang.  Potongkan 
kecik-kecik.  Perasakan secukup sedap, lumurkan dengan tepung kentucky 
atau mana-mana tepung lumur ayam pun boleh, lumurkan lagi dengan tepung 
beras sikit.  Gaulkan dengan rata.  Goreng dalam minyak yang penuh. 
 Boleh tambahkan side dishes dengan french fries, salad ataupun 
buah-buahan.
97.  Chicken Chop And Fries
Resepi -  Kita amik isi 
ayam dan hiriskan nipis tapi memanjang.  Lumurkan tepung seperti di atas
 tapi kali ni kita lumurkan pula dengan breadcrumbs. Goreng.  Hidangkan 
dengan french fries dan salad mayo.  French fries tu kalo nak kita nak 
curahkan sikit dengan cheezy mayo pun boleh.
98. Nutella Wrapper + Pisang
   
99. Makaroni Bakar
 
Kalau nak 
buat makaroni bakar, malam-malam rebus makaroni siap-siap, letak minyak 
sikit, then simpan dalam peti ais, pagi-pagi reheat kat microwave, 
pastu, pukul telur, masukkan daging kisar ni, then gaulkan dalam 
makaroni, biar telur lebih sikit, then tabur cheese, bakar la 15-20 
minit (bakar dalam bekas aluminium tu, macam pic atas, mudah nak 
masukkan dalam bekal anak. mudah kan? untuk buat roti lapis daging pun 
mudah, guna je frozen ni.
100. Karipap Segera
 
Malam-malam, sebelum tidur, rebus kentang (macam karipap) pastu gaulkan dengan daging kisar ni,
Esok paginya letak inti kat tengah2 sekeping roti, di atas acuan karipap, ketip.
Potong-potong
 roti gardenia, pukul telur, masuk garam sikit, lada sulah sikit, pastu 
hiris sosej, crab meat, gaulkan semua, pastu bakar atas kuali kejap.. ni
 menu mudah, tetapi budak-budak sangat suka. Boleh juga letak ais krim 
di dalam jadi spt ais goreng.