Wednesday, 5 September 2012

Buku Merah Jangan Lupa Bawa....

Hari ni cuti..
Ada misi penting yang perlu di selesaikan

7.30am: Gerak ke opis sebab lupa buat salinan dokumen penting

8.45am: Tiba di pejabat Imigresen Wangsa Maju. Terus masuk beratur untuk ambil nombor. Dah nak sampai...Eh...kena isi balik borang pulak dah. Borang yang di download tak boleh pakai ke..keluar barisan pi isi borang cepat2. Ambil percuma atas kaunter depan

8.55am: Masuk balik barisan. aduyai cepatnya mamat ni semak borang...baru 5 minit aku keluar barisan dah lepas 10 orang lebih kurang. Ishh! Silap aku sendiri...kenapa tak tanya boleh pakai atau tidak borang download ni....sama je pun...cuma ada sedikit pembetulan di ruang bayaran je...borang download tu versi lama...Silap sendiri!

9.05am: Dokumen lengkap. Dapat nombor 1107. Nombor sekarang 1035.

Duduk menunggu sampai kebas sendi. Myya dah gelisah....che abang sakit perut pulak dah....

10.30am: Ada pengumuman....
"Perhatian kepada semua, adalah dimaklumkan bahawa mesin memproses mengalami kerosakan. Kerja baik pulih sedang di lakukan dan dijangkakan mengambil masa yang lama"
Lebih kurang gitulah.......
Parah gini!

10.40am: Nombor dipanggil di kaunter 11 untuk semak Mykad dan scan ibu jari...lulus! Selesai bab satu...

Tunggu lagi sampai lenguh kaki...kali ni kena berdiri sebab seat penuh...

11.45am: Nombor dipanggil di kaunter 8. Bayaran dibuat.Selesai bab kedua...
Di cermin kaca tu ada tulis:- " Buku merah siap dalam 1 jam selepas bayaran dibuat"

"Kak, agaknya berapa lama siap?"
"2 jam" 

amboi aih lamanya...

pi toilet kejap...
lepas tu pi isi perut yang dah berkeriuk kat mamak Ali Maju
amboi panas pulak...berpeluh basah ketiak...
lepak dalam kereta pasang aircond...
ahhhh....nyaman...
layan oppa gangnan style sat...
Myya dan che abang dah bukak baju bagai


tunggu kagi...
hujan pulak dah...lebat pulak tu

1.35pm : Masuk pi tengok keadaan....
Eh! Nombor dah jalan la..... boleh tahan laju jugak ni....dah 1088....

1.55pm: Nombor 1105 dah naik.....hati berdebar la pulak....

Tiba-tiba......
"Perhatian kepada semua, adalah dimaklumkan bahawa mesin memproses mengalami kerosakan. Kerja baik pulih sedang di lakukan dan dijangkakan mengambil masa yang lama. Anda diminta datang semula pada esok hari jika tidak dapat menunggu lama"
Hampeh!
Takpe...tunggu 10 minit je lagi...mana tau dah siap kot kat dalam tu.....

2.12pm: Nombor 1107 dipanggil ke kaunter 17....Yahooooo....

Macam lipas kudung ke sana....
Ada 2 orang menunggu depan kaunter untuk berurusan..
Beratur kejap....

Tiba-tiba...
"Nombor awak dah di panggil ke?" Tanya sorang mamat bersama aweknya ..baju basah bawa payung...
"Ya"
"Nombor saya 1101. Dah terlepas...Biar saya ke depan dulu"
"Oh! Ye ke...." kemudian aku buat dhek je....
Eh! Aku dah berdiri nak tercabut lutut ni...kepala dah sakit...hati dah panas....senang2 kau nak potong line. Sila beratur juga ya...bukan berderet pun...belakang aku je.....

Dah sampai turn...
"Anak mana?"
"Ada dalam kereta.....hujan...dah mengamuk tunggu lama sangat...."
"Kena panggil anak...nak ambil cap jari.."

Baiklah akak....nasib baik akak cakap sopan santun je....
Telefon che abang pulak....
Tunggu lagi.....
Uih...5 minit rasa macam 5 jam....

Dipendekkan cerita.....
Akhirnya kami bertiga dah ada passport antarabangsa Malaysia....
World! Wait for us to be there sooooooonnnnnnnnn!!!!!!

________________
Dokumen diperlukan selain borang permohonan dan 2 keping gambar (background biru)
Umur 18 tahun keatas : MyKad dan Sijil Lahir (back up jika MyKad bermasalah)
Umur 18 tahun kebawah : Sijil lahir dan MyKad penjaga

Bayaran:
RM300 untuk 5 tahun (dewasa)
RM150 untuk 5 tahun (kanak-kanak)

No comments: