Sunday, 30 September 2012

Open Your Eyes by Maher Zain


Look around yourself
Can’t you see this wonder
Spread in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in our self
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
No

We just have to
Open our eyes our hearts and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way (Allah)
Guide us every single day (Allah)
Keep us close to You
Until the end of time

Look inside yourself
Such a perfect order
Hiding in yourself
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand
So are they really there
Lets start question in ourself
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
No

Take us in the best way (Allah)
Guide us every single day (Allah)
Keep us close to You
Until the end of time
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing
So why deny
What’s in front of your eyes
The biggest miracle of life

Take us in the best way (Allah)
Guide us every single day (Allah)
Keep us close to You
Until the end of time

Take us in the best way (Allah)
Guide us every single day (Allah)
Keep us close to You
Until the end of time
Allah
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You
Alhamdulillah

Saturday, 29 September 2012

Udang Goreng Rempah



source: staranisecafe.blogspot.com
Preparation time: 20 minit
Serve : 4

Bahan A
3 ulas bawang putih-tumbuk
10 biji cili padi-tumbuk
2 helai daun limau -carik
+ 3 sudu makan minyak

Bahan B
2 sudu makan rempah kari

Bahan C
20 ekor udang (M-L) - gunting hujung kepala dan ekor
1/2 biji bawang holland - hiris tebal
1/4 cawan air

Cara
1. Tumis bahan A hingga wangi. Masukkan bahan B dan tumis hingga sedikit garing.
2. Masukkan udang. Gaulkan sebati. Masukkan air dan didihkan sebentar. Boleh tambah air lagi jika mahukan kuah yang banyak.
3. Setelah udang masak, masukkan hirisan bawang holand. Terus tutup api. Gaul.

Note: Lebih enak dimakan segera semasa panas.

Thursday, 27 September 2012

Durian Fire Ball

Sekotak dalam RM7
Beli di Kedai Ayamas
Ada 9 biji bebola durian..
Inti durian tidak sekuning disangka..
Doh luar liat sebab guna tepung pulut...
Disalut breadcrumbs..
Perlu di frozenkan...atau inti durian akan masam..
Rasanya....bolehlah....


Wednesday, 26 September 2012

Jangan Cabar Saya!

Sejak kebelakangan ini isu kerahsiaan maklumat pelanggan di institusi kewangan menjadi topik hangat.
Walau bagaimana pun masih ada manusia yang tak faham dan menganggap pekerja ingin sembunyikan maklumat mereka..
Sedangkan pekerja tersebut telah membuat penilaian dan manusia ini tidak mampu memberikan dokumen atau pengesahan sokongan mengenai dirinya...
Aku benar2 menjaga etika ini tapi malangnya di sebabkan oleh faktor manusia itu 'somebody', aku telah diberi amaran oleh pihak pengurusan...
Bila aku mengatakan hanya mematuhi peraturan yang dibuat syarikat sendiri...
Pengurusan masih ingin beri amaran kononnya aku tiada etika melayan pelanggan!
Cuba anda fikirkan situasi ini......

Kes 1 : Perbualan melalui TELEFON

Caller: Dik, akak nak tahu baki akaun akak..
Aku: Boleh saya dapatkan nombor akaun puan?
Caller: Akak tak ingat nombor akaun, akak beri nombor IC sahaja..
Aku: Baiklah. Tapi saya perlu buat beberapa pengesahan untuk buktikan kesahihan pemanggil...

Aku bertanyakan siapa nama ibu, nama sekolah, transaksi terakhir pernah dibuat, alamat terakhir, dan lain-lain....
Tapi manusia ini tidak boleh menjawab satu pun dari soalan tersebut dengan betul....

Aku: Maaf puan. Memandangkan puan tidak dapat membuat pengesahan diri, kami tidak dapat memberitahu maklumat lanjut mengenai akaun puan. Saya cadangkan puan hadir di kaunter. Lebih mudah untuk kami membuat semakan dan pengesahan. Mohon puan bawa buku akaun sekali ya.

Caller: Hei! Kenapa aku tak boleh tahu maklumat akaun aku...Pakai nombor ic pun bolehkan. Sebelum ni aku call senang je kawan kau beritahu. Tak  banyak soal pun..
Aku: Maaf puan. Kami perlu menjaga kerahsiaan maklumat pemegang akaun.
Caller: Awak tahu tak saya siapa? Saya Puan Sri dot.dot.dot. Saya kenal Tan Sri dot.dot.dot. > tadi dia perkenalkan diri akak aje pun
Caller: Bagi aku cakap dengan ketua kau...
Aku: Boleh puan sri. Sebentar saya cuba sambungkan.
Caller: Oh! Berani kau cabar aku ya. Terus nak sambung. Bagi nama kau.
Aku: Maaf puan. Saya tidak berniat untuk mencabar. Saya hanya penuhi permintaan puan.
Caller: Amboi! Berani cakap banyak lagi. Siap kau nanti...

Panggilan dimatikan dengan kasar!

Kes 2: Berurusan di KAUNTER

Visitor: Saya nak buat pengesahan akaun isteri saya untuk mohon saham. Ini nombor akaun dia >>sambil hulurkan sehelai kertas yang di koyak dari kotak rokok.
Aku: Maaf encik. Pemegang akaun perlu hadir sendiri. Jika tidak dapat hadir, beliau kena sertakan surat perlantikan wakil. buku akaun dan ic. Encik ada bawa semua dokumen itu?
Visitor: Tak ada. Kau bercakap dengan dia di telefon.>>>again! jika aku dapat sahkan melalui telefon, bolehkan aku serahkan dokumen maklumat akaun tu kepada orang yang hadir di kaunter tanpa ada sebarang dokumen sokongan?
Aku: Maaf encik. itu peraturan yang perlu di patuhi.

Visitor mencuba pelbagai helah lain dan yang paling sakit hati, dia tak mahu berikan ic dia dia untuk aku buat salinan pun.....
Dan akhirnya....dia menjerit....Kau Kurang Ajar! Tak Tahu Layan Pelanggan!

2 hari berikutnya aku mendapat surat warning dari pengurusan beserta alasan....

"ANDA DIDAPATI TIDAK MELAYAN PELANGGAN DENGAN BAIK."

Dengan mendengar cerita di sebelah pihak....
Terus jatuh hukum.....
Langsung tidak munasabah...
Kemudian aku mendapat tahu bahawa kedua2 manusia itu adalah "somebody"...

Wahai Pihak pengurusan...
Adakah kami frontliner ini perlu melayan pelanggan double standard?

Monday, 24 September 2012

Bila Myya Bersukaneka

30 June 2012

Family day ofis di Felda Sungkai Hot Spring Resort

Pertama kali Myya bersukaneka...

Myya sangat seronok...
Myya sangat excited...
Myya sangat suka sebab menang banyak hadiah!

Pancing botol, Tarik bola, Bola atas Sudu
Senyuman manis dapat hadiah penuh bag
Mak pun kena main jugak....Tarik tali, jalan atas bata, tangkap belon air....takde satu pun yang menang...hahahahaha
Penat sudah!
Koleksi hadiah




Sunday, 23 September 2012

Sup Ketam Rebus Daun Limau


Source: staranisecafe.blogspot.com
Preparation time: 20 min
Serve: 3

Bahan
1 biji bawang (M) - potong baji
3 ulas bawang putih- ketuk
2 helai daun limau - carik

Garam - secukupnya
6 cawan air
3 ekor ketam

Cara
Rebus semua bahan dengan api sederhana hingga ketam masak (10-15 minit).

Note: Kuah rebusan ni boleh juga digunakan sebagai perisa makanan lain seperti mee, masak sayur, dll

Saturday, 22 September 2012

We are ready....

the journey will begin
Temasek!
here we come....

Friday, 21 September 2012

Ajaibnya Tangan Ibu

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun, Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan... di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)

Thursday, 20 September 2012

Jom tengok ikan di darat...

26 May 2012
Sehari di Aquaria Kuala Lumpur

Setelah lama lalu lalang depan Aquaria KLCC....
Akhirnya kami mencuba pengalaman meneroka alam laut di darat...
Beli tiket diskaun di Matta Fair dulu....
Adult (RM28), Child (RM22)... 

Myya seronok sangat tengok semua ikan2 dan penguin....
Masuk terowong dua kali sebab nak tengok ikan pari berenang atas kepala...
Tengok ular...labah-labah....
Tapi masih cuak nak pegang...
Tapi tak puas le sebab kecil sangat....
Sekejap je dah habis pusing semua ruang pameran....
This place will be her favourite port sebab hingga hari ni tak henti2 ajak tengok ikan...

Keadaan samar2 dan gambar boleh diambil tanpa flash....
Banyak gambar blur je sebab guna handphone....langsung tak ada mood nak bergambar...

Aku tak boleh lama dalam tu....
Tempat sempit, gelap, dan aku dah rasa sesak nafas....
Kepala pun dah berdenyut sebab hanya berpandukan cahaya dari aquarium....

Bolehlah....

Jom layan.....

Mula2 tengok akuarium kecik...nampak belangkas buat projek....lepas tu tengok serangga, ular, cacing. haiwan kecil lain....Boleh baca info haiwan di screen

Turun tangga...tengok ikan pusing2 dalam tiub dan kolam sederhana besar

Dalam terowong yang bergerak sendiri.....ikan biasa2 je...gelap je pun.....

Hui....terkujat....apa bondo makhluk ni!

Ni yang paling best...tengok ikan warna warni dalam akuarium kecik sambil lepak2....

Wednesday, 19 September 2012

Tuesday, 18 September 2012

Bayu Bistro

Tiba-tiba teringin sangat nak makan asam laksa
Sejak resepi asam laksa di Ayam Penyet Ria kegemaranku dah bertukar rasa
Hati betul2 rasa kecewa!

Jalan punya jalan
Eh! Ada kedai makan baru la....
Menu istimewa di papan hitam ada Laksa Penang!
Kena cuba ni....










Lokasi di Dwi Tasik Business Centre
Milik bumiputera
Layanan Tip Top dan sangat mesra. Bagus! moga kekal sentiasa

Grill Chicken & Laksa Penang
Ada macam2 menu sebenarnya..
Selera Asia..Selera Barat...Selera Anak...
Harga berpatutan...
Sebelum ni dah pernah cuba nasi briyani ayam...
Best drink is Epal Asam Boi
Rasa makanan biasa2 je...
Sesuai untuk mereka yang ingin bersantai...

Sunday, 16 September 2012

Oh My English!

Teringat dulu masa zaman sekolah rendah dulu....
Abang aku suka betul tengok cerita "Mind Your Language"
Sitcom ni dari Britain kalau tak silap
Kisah di dalam kelas Bahasa Inggeris yang ada pelbagai student dari segi bangsa dan budaya....
Sangat seronok dan kelakar....
Aku minat betul dengan Cikgu Brown......



Kemudian ada pula cerita "Kelas Malam"
Sitcom ni dari Malaysia...
Kisah dalam kelas Bahasa Melayu
Masih dengan pelbagai student berbeza bangsa dan budaya....
Inspired from Mind Your Language la jugak....



Kini ada sitcom baru...
Ala-ala Mind your language...
Tapi kali ni student dari Malaysia sahaja...
Cikgu Henry dari England sangatlah cute...
Semua pelakon local je....
Tapi sangat kelakar, santai dan menarik perhatian....
Myya pun suka sangat!

Macam biasa di setiap cerita akan ada watak sampingan...
Contohnya cikgu besar dan cikgu senior...
Watak ni semua penting kerana lebih menceriakan kisah
I like!

Tuesday, 11 September 2012

KAYAP pulak dah...

Ahad lalu aku perasan ada seperti sebiji jerawat tumbuh di bawah dada sebelah kanan..
Sesekali rasa gatal...
Aku tak berani garu..
Sebaliknya hanya basuh dengan sabun...

Esoknya...rasa gatal menjadi-jadi....
Aku hanya mampu menahan sebab ada di ofis....
Sesekali aku ke ladies room mengaru perlahan...
Jerawat semakin merah...kawasan sekeliling mengeras.....
Petangnya aku tengok dah ada lagi sebijik jerawat berhampiran...
Kali ni rasa sengal dan menyucuk di situ....
Jerawat pertama dah pecah dan ada 'mata' yang solid strukturnya....
Che abang kata itu bisul....

Lusa aku ke klinik....
Doktor lelaki la pulak....
Nasib baik aku dah tangkap gambar siap2 semalam...
Tapi doktor tak puas hati....
Kena la selak jugak sikit....
Nasib baik aku pakai jaket...tak le terdedah sangat....
Doktor tekan, belek, tanya macam-macam...
Kemudian tulis punyalah panjang dalam rekod..
Aku intai jugak nak tahu...ada nampak 'herpes'...
Tapi yang lain tak boleh baca....

"Doktor tulis apa? Saya sakit apa?"
"U kena kayap."
"Apa? Macam mana?"
"Ini virus...siapa2 pun boleh kena...dan virus ni biasa ada dalam badan manusia...ia aktif bila imunisasi tak kuat...bukan sebab kotor ke atau apa2 yang lain..."
"Boleh jangkit ke? Serius tak? Ada side effect?"
"Tak berjangkit...cuma jangan biar melarat...jangan risau...ada orang kata kalau titik bersambung boleh mati...itu dongeng saja....saya bagi ubat sapu dan makan...lepas 5 hari datang balik saya tengok..."

Ubat yang diberi...
- Virox : Acyclovir Tablet 200mg - 2 biji 3 kali sehari - untuk bunuh virus
- Prednisolone Tablet BP 5mg - 1 biji 3 kali sehari - for imflamation
- Virless Cream: Antiviral Agent :-sapu sekerap mungkin
- Ubat tahan sakit

"Antibiotik perlu ke?"
"Tak perlu sebab baru peringkat awal...biar badan lawan sendiri dulu....."
"Doktor, saya tak mau ubat tahan sakit...sakit boleh tahan...ok je..."
"OK bagus...saya cancel. Lepas sapu ubat cuci tangan ya."
"Ok doktor!"
"Bagus! Pergi balik...jangan lupa datang semula"
"Balik mana?"
"Balik ofis...pergi sambung kerja. Hahahahaha"

Ceh! Buat lawak pulak dah!
Aku pun tak mau MC sebab lagi 3 jam dah nak balik...tak perlu pun...
Tapi bulan lepas, rakan 1 opis pun kena kayap di kepala..dapat MC dekat 2 minggu....

Nota: Kayap ini jika tidak dikawal akan menyebabkan ia merebak pantas dan menyebabkan kesakitan kerana ia menyerang urat rasa. Apa-apa virus pun boleh menyebabkan kematian jika tidak di rawat dan di tambah pulak dengan imunisasi badan yang tak kuat. Keadaan lebih serius jika ia menyerang pancaindera dan sendi. Ubatan herba juga boleh membantu untuk rawatan.

Thursday, 6 September 2012

Puasa Ganti atau Puasa Enam

Hari ini aku dah berpuasa 6 hari pada bulan syawal...
6 hari itu aku berniat untuk puasa ganti ramadhan
2 hari lagi berhutang

Dulu ustaz kat sekolah aku kata boleh je niatkan puasa ganti dan puasa enam serentak....
Kemudian ada yang kata pula tak boleh serentak......
Kena niat dan puasa ganti dulu sebab ianya hutang yang wajib dilangsaikan....
Bila dah selesai boleh sambung lagi 6 hari puasa sunat....
Yang wajib perlu di dahulukan berbanding sunat.....
Ada betulnya di situ.....

Jika di lihat dari sudut sains dan kesihatan....
Ada sebabnya kenapa puasa sunat syawal ini digalakkan...
Selepas sebulan puasa, perut dah selesa dan berada dalam mode rehat...
Tapi bila masuk syawal je, nafsu makan melampau hingga paksa perut kerja keras...
Ini membahayakan kesihatan dalam jangka panjang...
Puasa syawal bertujuan untuk mengawal nafsu makan....
Itu pendapat aku....

Oleh itu dahulukan mana yang perlu dulu!

Wednesday, 5 September 2012

Buku Merah Jangan Lupa Bawa....

Hari ni cuti..
Ada misi penting yang perlu di selesaikan

7.30am: Gerak ke opis sebab lupa buat salinan dokumen penting

8.45am: Tiba di pejabat Imigresen Wangsa Maju. Terus masuk beratur untuk ambil nombor. Dah nak sampai...Eh...kena isi balik borang pulak dah. Borang yang di download tak boleh pakai ke..keluar barisan pi isi borang cepat2. Ambil percuma atas kaunter depan

8.55am: Masuk balik barisan. aduyai cepatnya mamat ni semak borang...baru 5 minit aku keluar barisan dah lepas 10 orang lebih kurang. Ishh! Silap aku sendiri...kenapa tak tanya boleh pakai atau tidak borang download ni....sama je pun...cuma ada sedikit pembetulan di ruang bayaran je...borang download tu versi lama...Silap sendiri!

9.05am: Dokumen lengkap. Dapat nombor 1107. Nombor sekarang 1035.

Duduk menunggu sampai kebas sendi. Myya dah gelisah....che abang sakit perut pulak dah....

10.30am: Ada pengumuman....
"Perhatian kepada semua, adalah dimaklumkan bahawa mesin memproses mengalami kerosakan. Kerja baik pulih sedang di lakukan dan dijangkakan mengambil masa yang lama"
Lebih kurang gitulah.......
Parah gini!

10.40am: Nombor dipanggil di kaunter 11 untuk semak Mykad dan scan ibu jari...lulus! Selesai bab satu...

Tunggu lagi sampai lenguh kaki...kali ni kena berdiri sebab seat penuh...

11.45am: Nombor dipanggil di kaunter 8. Bayaran dibuat.Selesai bab kedua...
Di cermin kaca tu ada tulis:- " Buku merah siap dalam 1 jam selepas bayaran dibuat"

"Kak, agaknya berapa lama siap?"
"2 jam" 

amboi aih lamanya...

pi toilet kejap...
lepas tu pi isi perut yang dah berkeriuk kat mamak Ali Maju
amboi panas pulak...berpeluh basah ketiak...
lepak dalam kereta pasang aircond...
ahhhh....nyaman...
layan oppa gangnan style sat...
Myya dan che abang dah bukak baju bagai


tunggu kagi...
hujan pulak dah...lebat pulak tu

1.35pm : Masuk pi tengok keadaan....
Eh! Nombor dah jalan la..... boleh tahan laju jugak ni....dah 1088....

1.55pm: Nombor 1105 dah naik.....hati berdebar la pulak....

Tiba-tiba......
"Perhatian kepada semua, adalah dimaklumkan bahawa mesin memproses mengalami kerosakan. Kerja baik pulih sedang di lakukan dan dijangkakan mengambil masa yang lama. Anda diminta datang semula pada esok hari jika tidak dapat menunggu lama"
Hampeh!
Takpe...tunggu 10 minit je lagi...mana tau dah siap kot kat dalam tu.....

2.12pm: Nombor 1107 dipanggil ke kaunter 17....Yahooooo....

Macam lipas kudung ke sana....
Ada 2 orang menunggu depan kaunter untuk berurusan..
Beratur kejap....

Tiba-tiba...
"Nombor awak dah di panggil ke?" Tanya sorang mamat bersama aweknya ..baju basah bawa payung...
"Ya"
"Nombor saya 1101. Dah terlepas...Biar saya ke depan dulu"
"Oh! Ye ke...." kemudian aku buat dhek je....
Eh! Aku dah berdiri nak tercabut lutut ni...kepala dah sakit...hati dah panas....senang2 kau nak potong line. Sila beratur juga ya...bukan berderet pun...belakang aku je.....

Dah sampai turn...
"Anak mana?"
"Ada dalam kereta.....hujan...dah mengamuk tunggu lama sangat...."
"Kena panggil anak...nak ambil cap jari.."

Baiklah akak....nasib baik akak cakap sopan santun je....
Telefon che abang pulak....
Tunggu lagi.....
Uih...5 minit rasa macam 5 jam....

Dipendekkan cerita.....
Akhirnya kami bertiga dah ada passport antarabangsa Malaysia....
World! Wait for us to be there sooooooonnnnnnnnn!!!!!!

________________
Dokumen diperlukan selain borang permohonan dan 2 keping gambar (background biru)
Umur 18 tahun keatas : MyKad dan Sijil Lahir (back up jika MyKad bermasalah)
Umur 18 tahun kebawah : Sijil lahir dan MyKad penjaga

Bayaran:
RM300 untuk 5 tahun (dewasa)
RM150 untuk 5 tahun (kanak-kanak)

Sunday, 2 September 2012

Inspirasi Snogurt

Pagi ni ke rumah rakan che abang...
Rumah terbuka Aidilfitri cum Majlis Bercukur Anak...
Di Seremban..

Tengahari balik KL...
Terus pergi rumah Opah....
Makan laksa lagi.....

Balik....
Singgah makan aiskrim yogurt di Snogurt Tasik Permaisuri....
Deko cantik mendamaikan.....
Aiskrim sungguh nyaman......

Tengah lepak dalam ruang bewarna pink dan putih...
Memberi inspirasi....
Myya pun suka....

Terus ke kedai hardware berdekatan....
Beli cat brand Sea master...glossy and easy clean...
1 liter =RM28, dan tools lain....

Balik terus mulakan projek.....
Myya paling eksited sebab mendapat apa yang didamkan......

Saturday, 1 September 2012

Jom Raya dengan PM

Pagi ni bangun awal....
Bersiap ke majlis hari raya di Grand Dorsett Subang Hotel...

Anjuran opis che abang......
Kami berpakaian sedondon lengkap..
Seronok je......
Ada profesional photographer untuk ambil gambar family lagi...
Aku makan laksa penang 2 pinggan.....sedap banget...

Kemudian balik rumah....
Refresh...solat.....

2.30pm : dah ada dalam bas menuju ke destinasi lain...
bersama rombongan family kakitangan opis aku pulak....
Bas selesa...Myya seronok sangat....

Ke Majlis Hari Raya bersama PM anjuran BN Selangor..
Lokasi Institut Penyelidikan Getah (RRI) Sg Buloh...
Majlis bermula 1.30pm-6.30pm...
Kami dipesan untuk balik 5.00pm.....

Perjalanan mengharungi jalan sesak....
Myya happy je....
Che abang pulak membuto.....

4.20pm: Baru sampai ke pintu gerbang RRI....
Tak boleh masuk sebab sesak sangat....

5.25pm: Baru bas dibenarkan masuk.....

Makanan dah habis...
Majlis pun dah habis....
Kami jalan kejap kat padang beli belon spongebob dan horn panjang tu....
Angin kuat....tak le melekit.....

6.15pm: Naik bas untu balik....
Wahhhh....jalan sesak sangat......
Myya bising je main dengan budak 2 lain...

8.00pm: Sampai depan KLCC...
Myya seronok tengok lampu warna warni....

8.15pm: Sampai depan opis....

Terus ke Pelita Nasi Kandar.....

11.30pm: Tidur.....