Khamis @ 8 Sep 2011 @ 3.15pm
C: Esok kita buat jamuan raya..bawa la apa2 ya...
A: Ha! Saya nak habiskan posa esok...buat next week la...
C: Bos kata tak boleh buat hari lain dah....lepas ni dia nak outstation....
A: Alaaaa...dia sorang je takde....
C: Ko berani??? Ha ko nak buat apa ni? Tak best lah kalau bawa sama lauk...
A: Ish! Apa aku nak buat ni? Paling mudah pun aku buat kek, paling cepat aku buat
macaroni goreng, paling malas pun aku buat je lah cup cakes.....kuih raya
takdak...kerepek mau?
C: Woi korang...A nak bawa cupcakes....
S: Rajin ko...
A: Sonang je.....hehehehe
Esoknya.....
C: Aik? Mana cupcakes?
A: Cupcakes tu mudah sangatlah....aku buat ni susah payah..spesel nak kasi korang
makan...rupa cupcakes jugak....hehehe
S: Eleh!! Ni yang ko kata susah sangat....Tapi sedaplah....
A: Hehehehe
Nah! Cuba tengok...susah giler tau nak buat....heheheheh
Serve : 10-15 orang (sorang sket dah)
Preparation : 1 jam 30 minit
Sumber: staranisecafe.blogspot.com
Bahan A
250g labu - kukus
1/2 cawan air
1 biji telur
Bahan B
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
4 cawan susu segar (low fat)
1/2 sudu kecil garam
Bahan C
10 g serbuk agar-agar
Bahan D-bancuh dulu
1 sudu besar tepung kastad
1/2 cawan air
1 sudu kecil pewarna kuning (option)
1 sudu kecil esen vanilla (option)
Bahan E
2 sudu besar mentega/marjerin
Bahan F
50 g coklat masakan
1 sudu kecil coklat emulco
Cara
1. Kisar Bahan A
2. Didihkan Bahan B. Masukkn Bahan A,C,D,E. Kacau sebati.
3. Bahagi 3 adunan. 2 bahagian masukkan dalam acuan. Biarkan 2 minit dalam peti
sejuk atau hingga bahagian atas keras sikit
4. Baki 1 adunan dididihkan bersama Bahan F. Tuangkan perlahan2 atas adunan
pertama yang telah sedikit beku.
5. Sejukkan hingga beku.
Tips: Sukat air dalam acuan dulu. Adjust bahan ikut kandungan acuan..
No comments:
Post a Comment