Monday 19 September 2011

Denggi dan Ketam

Bulan Ramadhan lalu, mak bagitahu adik ditahan di hospital kerana demam denggi....
Aku tak dapat pulang kerana tiada cuti dan faktor jarak yang jauh....
Walaubagaimanapun tidak dapat di sangkal hati agak risau...
Hanya doa dan solat hajat boleh aku kirimkan...Insya Allah....
Berikut perbualan telefon dengan mak....

Hari 1 :
M: Adik hang kena tahan wad semalam. Demam denggi...teruk jugak...
    lembik..takdak selera makan
A: Mak suruh dia minum 100plus banyak2. Buat sup ketam bagi dia minum..
M: Ha lah...petang ni pi beli ketam...
A: Bagi dia minum hari ni jugak....

Hari 2:
M : Dia nak telan air 100plus pun susah. Tekak perit. Badan masih panas...Dah
     minum sup ketam tu...tapi tak lalu...
A: Sup ketam tu mak buat sup bagi sedap sket..buh la bawang, halia, jangan rebus
    saja...yang sihat pun tak lalu makan...paksa dia minum jugak...Kopek isi ketam
    bagi dia makan jugak....
M: Dengar kata kena pakai ketam nipah....tapi takdak la...cina tu tak juai....
A: Ketam apa pun buleh...asal halal...Insya Allah...kita tawakal je lah....


Hari 3:
Panggilan telefon aku tak bersambut...mak takde kat rumah kot....
Aku call handphone adik tapi tak boleh go through...habih bateri kot...sms pun tak reply...dia penat kot

Hari 4:
M: Dia dah elok sikit....dia minum la jugak sup ketam tu...panas pun dah kebah...

Hari 5:
M: Dia dah balik rumah...dah ok...
A: Al-Hamdulillah

Kenapa aku suruh minum 100plus dan sup ketam?
Ntah lah....kalau aku demam...aku minum 100plus untuk kembalikan tenaga sebab tak selera makan....kononnya boleh juga neutralkan toksid dalam badan..
Ada 2 orang kawan aku yang demam denggi terus meningkat platelet darah lepas minum sup ketam...
So apa salahnya cuba...takde pulak kawan aku tu cakap pakai ketam nipah....


Demam denggi disebabkan virus yang dibawa nyamuk Aedes betina. Sakit kepala, lidah pahit, sakit bebola mata, demam, sakit sendi otot, gatal2, dan demam adalah simptomnya. Bilangan platelet darah jatuh mendadak dan menyebabkan darah mencair. Risiko pendarahan yang membawa maut boleh berlaku jika keadaan berterusan.

Tiada vaksin. Doktor hanya akan memastikan kandungan air dalam badan mencukupi bagi menghalang hidrasi agar tubuh dapat bertahan.

Isi ketam yang manis mampu normalkan kembali lidah yang pahit dan membuka selera. Sup ketam yang diminum antara 500ml-1 liter akan meningkatkan jumlah platelet darah dalam tempoh 5 - 8 jam sekaligus meningkatkan imunisasi badan menentang virus.

Note : Tiada kajian saintifik...hanya pengalaman yang membuktikan...apa salahnya berusaha kemudian bertawakal..Insya Allah...

P/S : Masa balik raya, aku dapat tahu mak cuma rebus ketam dan taruk garam sket...patutlah adik aku terkulat2 nak minum...kesiannnn...mak tak tau masak sup ketam rupanya...:-P

No comments: