Q: Apakah minyak Kasturi Syifa'?
A: Minyak Kasturi Syifa' adalah minyak wangi kasturi putih yang telah didoakan dengan ayat-ayat Alquran dan lain-lain doa.
Q: Apakah fungsi minyak Kasturi Syifa'?
A: Minyak Kasturi Syifa' merupakan satu elemen perubatan Islam atau ikhtiar tanpa menafikan kekuasaan Allah yang digunakan sebagai perisai diri, harta benda dari ganguan makhluk yang bermaksud kejahatan dan juga sebagai pencetus aura positif kepada diri dan orang sekeliling.
Q: Bagaimanakah menggunakan wangian ini?
A: Kaedah 1 Menyedut sedalam dalamnya wangian dengan niat yang ikhlas bagi mengubati diri. Cara ini umpama mengejutkan ular yang sedang tidur yakni menyentap jin dalam badan. Kaedah 2 menyapu di sendi2, hujung kuku kaki & tangan, keliling telinga, lubang telinga/pusat, atas kepala atau mana2 bahagian badan yang dirasakan berat,panas atau lenguh.
Q: Apakah simptom yang akan dialami setelah menggunakan wangian ini?
A: Insya Allah pertama kali menyedutnya, akan merasa ketenangan dan lapang dada. Bagi yang terdapat gangguan, anda mungkin akan merasa panas, kebas, menggeletar, menggigil dan sebagainya yang aneh dari kebiasaan. Ini menunjukkan proses penyingkiran jin dari badan sedang berlaku. Gunakan wangian secara berterusan beserta doa 3 Qul, Ayatul Kursi dan sebagainya sehingga badan kembali normal. Jika kesakitan berterusan, segeralah mendapatkan rawatan di pusat perubatan Islam dengan segera.
Q: Bolehkah minyak ini dipakai semasa solat?
A: Minyak ini dijamin halal dan bersih. Sudah pasti boleh dibawa solat.
Q: Kenapakah produk ini dilarang dilangkah atau didengarkan muzik atau percakapan tidak baik.
A: Sifat cecair seperti air dan minyak mampu mendengar, merakam dan memindahkan.
Minyak Kasturi Syifa ini telah didoakan dengan ayat-ayat Al-Quran, maka ia hendaklah ditangani dengan hormat dan tidak wajarlah jika ia dilangkah dengan sengaja.
Kelaziman masyarakat membacakan Surah Yassin pada air agar memberi kesan baik kepada pembaca dan penggunanya. Sifat minyak yang juga berbentuk cecair mampu merakamkan apa yang didoakan, percakapan yang baik, malah apa jua bentuk bunyian dan percakapan. Ini telah disokong oleh kajian2 saintifik diseluruh dunia. Oleh itu alunan muzik dan percakapan yang melalaikan dan buruk perlulah dihindari bagi mengelakkan ia memberi kesan kepada minyak Kasturi Syifa'.
Q:Benarkah minyak ini adunan dari haiwan seperti kijang?
A: Tidak benar sama sekali. Minyak ini adalah pati dari tumbuh-tumbuhan.
Q: Apakah ramuan minyak Kasturi Syifa'?
A: Minyak ini berasal dari pokok kasturi. Minyak ini diadun bersama minyak ghaharu dan ros bagi menaikkan lagi aroma dan harumannya.
Q: Siapakah pengeluar wangian ini?
A: Wangian ini dikeluarkan oleh Aroma Cinta Enterprise yang diasaskan oleh Ustaz Muhammad Hafiz Ahmad dan Ustaz Aznil Zulkifli. Keduanya merupakan hafiz dan mengamalkan kaedah perubatan Islam yang dituntut di pelbagai sekolah pengajian kitab, imam dan Pusat Rawatan Islam terkenal ; Darul Syifa'.
Q: Terdapat berapa haruman wangian yang dikeluarkan oleh Aroma Cinta Enterprise?
A: Terdapat 3 jenis haruman iaitu Kasturi Syifa' -haruman kasturi putih dengan campuran ghaharu dan ros (kotak hitam), As-Syafi -haruman kasturi kuning yang segar dengan bauan lemon (kotak merah) dan Al-Kafi - haruman jasmin yang manis baunya (kotak hijau). Kesemuanya sesuai digunakan oleh lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Q: Berapakah isi kandungan dan harga wangian ini?
A: Setiap botol roll on mengandungi 4ml berharga RM35.90 (Semenanjung) dan RM37.90 (Sabah/Sarawak).
Q: Dimanakah boleh saya mendapatkan produk ini?
A: Wangian ini boleh didapati di Aroma Cinta Enterprise, stokis dan ejen yang berdaftar. Wangian ini juga boleh ditempah secara online dan diposkan ke lokasi yang dikehendaki.
Q: Dimanakah lokasi Aroma Cinta Enterprise/ Kasturi Syifa' HQ?
A: Anda boleh mengunjungi serta mendapatkan rawatan dan kaunseling di Pusat Perubatan Kasturi Syifa' yang beralamat di No 7-2F pinggiran Mutiara Utama, KM 11, Jalan Gombak, Taman Mutiara Gombak, Selangor. Waktu operasi : 9am hingga 12 tengah malam. Sila hubungi dahulu untuk membuat temujanji. Walaubagaimanapun walk in pun akan dilayan dengan dengan sebaiknya. Telefon : 03-6185 3559/012-532 5856/012-689 9174/ 012-298 7900/ 012-348 5477
Q: Jika produk ini dipos, tidakkah berkemungkinan ia dilangkah secara tidak sengaja?
A: Terdapat kelonggaran dalam perkara ini. Produk ini akan diposkan dengan niat sebagai barang. Walaubagaimanapun saya akan memberi pesanan kepada petugas pos dan meletakkan nota sebagai barang mudah pecah dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati (fragile and handle by hand with care).
Q: Bolehkah wangian ini dibawa masuk ke tandas?
A: Jika wangian telah dipakai maka ia dianggap sebagai wangian dan boleh masuk ke tandas. Walaubagaimanapun cuba elakkan membawa botol wangian ini ke dalam tandas bagi menghormatinya yang telah didoakan dengan ayat-ayat Al-Quran.
No comments:
Post a Comment