Day 2: 8 April 2012 : Pulau Jerejak
Plan hari ni nak keluar awal pagi. Tapi lajak jugak sebab menunggu tuan
puteri Myya yang baru lena Subuh. Kami dukung je dia masuk kereta dengan tak
mandi pagi…tapi sedap bau masam Myya ni …hahaha
Kami dapat panggilan telefon dari Pulau Jerejak minta kami naik bot
pukul 2.00pm sebab check in pukul 3.00pm. Tapi kami minta dia siapkan bilik lebih
awal sebab kami nak masuk awal…kalau tak boleh pun kami lepak je lah sampai
pukul 3pm. Apa susah kan…
Sebelum ke pulau Jerejak kami pekena breakfast di Nasi Kandar Kg
Melayu, Air Itam.
Huish! Memamg best! Terangkat wa cakap lu. Memang taruk ganja gamaknya.
Sampai sekarang aku dok teringat-ingat. Hahaha…dasar gila nasi kandar!
Kami bungkus nasi dan roti canai buat habuan di Pulau Jerejak nanti.
Malas nak patah balik pulau cari makan nanti.
Panggilan pulau hari ni disertai oleh Nenek Cun, Fahmi Aiman dan Kakak
Mida yang dok merungut bosan tak dak orang bawak dia berjalan…hahaha kesiannn…
Sedikit sejarah Pulau Jerejak.. sumber wikipedia
“Francis Light,
pengasas Pulau Pinang, dikatakan tiba lebih dahulu di Pulau Jerejak pada awal
tahun 1786 sebelum menuju
ke Pulau Pinang. Pada tahun 1797,
Kolonel Arthur Wellesley mencadangkan bahawa Pulau
Jerejak dijadikan tapak untuk Fort Cornwallis (Kota Cornwallis).
Cadangannya untuk membina sebuah pangkalan tentera di Pulau Jerejak berdasarkan
tujuan untuk mengawal bandar Jamestown yang kini dikenali sebagai Bayan Lepas.
Pada awal
tahun 1794, sebuah wabak malaria yang amat
mungkin diakibatkan oleh pemugaran hutan untuk mengasaskan Georgetown mengorbankan banyak nyawa, termasuk juga James
Light pada dirinya. Oleh itu, Wellesley tidak menyokong Pulau Pinang sebagai
tapak untuk Kota Cornwallis. Walaupun demikan, cadangan Wellesley tidak
diterima kerana Georgetown telah menjadi sebuah pelabuhan yang
menguntungkan dan Jamestown atau sebarang kemudahan ketenteraan di Pulau Jerejak
jelas tidak diperlukan.
Diakibatkan
oleh keputusan Francis Light yang awal bahawa pendatang akan dibenarkan memiliki apa-apa
sahaja tanah yang dipugar oleh mereka, Pulau Pinang dibanjiri oleh
pendatang-pendatang. Sebagai langkah mencegah, semua pendatang harus diperiksa
di pusat pemeriksaan kesihatan
Pulau Jerejak sebelum dibenarkan mendarat di Pulau Pinang.
Pada tahun 1910, Pulau Jerejak dijadikan sebuah pusat
kuarantin kesihatan
untuk para pendatang, dan pada akhir dekad 1930-an, sebuah hospital kusta dibina di bahagian timur pulau ini.
Sebuah tugu peringatan telah dibina di Pulau
Jerejak untuk dua orang anak kapal daripada Angkatan Tentera
Laut Empayar Rusia yang maut apabila penjajap Zhemchug ditenggelamkan
oleh penjajap Emden daripada Tentera Marin Kaiserliche
dalam Pertempuran Pulau Pinang pada 28 Oktober 1914. Ini adalah salah satu daripada hanya
beberapa kejadian yang berlaku di kawasan Malaysia semasa Perang Dunia I.
Selepas Perang Dunia II,
terdapat kenaikan bilangan mangsa batuk kering dan
oleh itu, sebuah sanatorium telah dibina untuk
mangsa-mangsa penyakit tersebut
di Pulau Jerejak. Pada 12 Jun
1969, Pusat Pemulihan Jerejak diasaskan
sebagai sebuah penjara keselamatan
tertinggi dan oleh itu, Pulau Jerejak mendapat nama samaran, Alcatraz
Malaysia. Pusat ini akhirnya ditutup pada Ogos 1993. “
Sampai di Jeti Pulau Jerejak dekat dengan Queensbay kena daftar dulu
kat meja kecik yang dijaga awek montel. Memandangkan kami dah tempah 2 bilik
maka tambang bot adalah percuma. 1 bilik ditempah melalui voucher Groupon
bernilai RM140/pernight dan 1 bilik lagi ditempah berasingan semalam dengan
harga RM170/pernight. Kalau tak tempah bilik sekadar nak bersiar2 boleh beli
tiket di meja kaunter dengan rate RM30-RM60 ikut umur dan hari. Boleh rujuk
dalam website
www.jerejakresort.com..
Boleh parking kereta di kawasan yang disediakan dengan percuma.
Kami naik bot pukul 1.00pm dan sampai ke Pulau Jerejak pukul 1.15pm.
Bukan main seronok Myya dapat naik bot beramai-ramai. Kali ni bot agak
besar..jadi tak berapa mencabar sangat…
|
View yang boleh dilihat sepanjang perjalanan |
|
Dah sampai! |
Kami terus check in dan hanya satu bilik dah siap. Dapat bilik di Blok Belantara. Sebelah Cafe je. Bilik satu lagi
owner tak keluar lagi…Kami dapat welcome drinks fresh orange..
Persepsi pertama: Indah khabar dari rupa! Entah di mana taraf
internationalnya. Bagi aku dari segi layanan hanya 2 bintang je. Tapi mungkin
lebih banyak bintang jika duduk di bilik VIP atas bukit tu!
Dengan voucher Groupon kami dapat breakfast free dan out door games.
Pukul 3.30pm, che abang bersama kakak Mida dan Fahmi berkumpul beramai2
dengan beberapa lagi group pelawat di lobi untuk outdoor activity.
|
Jom masuk hutan! |
Antara aktiviti yang boleh cuba : Suspension bridge to flying fox, wall
climbing, jungle trekking, archery.
|
Atas titi gantung a.k.a suspension bridge |
|
Che Abang gagah mencuba flying fox & wall climbing |
Myya yang hanya tidur 4 jam tersangatlah excited dan aktif. Sampai je
dah sibuk nak mandi pool dengan Fahmi. Sebab cuaca yang masih bahang aku suruh
je dia mandi kat dalam bilik. Nasib baik dia ok je…
Lebih kurang 4.30pm, Mida dan Fahmi balik. Tak best katanya…
30 minit kemudian che abang pulak balik…Memang tak best
katanya…hahahaha
Sebab badan dah peluh2 terus di ajak Myya dan Fahmi mandi kolam.
|
Aktiviti yang dinantikan kanak-kanak riang |
Kami wanita cantik hanya lepak di bilik sambil melanatak roti
canai…huhuhu
Bila cuaca dah redup, aku ajak lepak kat pantai…hmmmm…sunyi sebab tak
dak orang….
|
Antara kehijauan dan kedamaian Jerejak |
Okeylah…nak rileks…layan perasaan kejap…
|
Banyak pokok |
Dah malam ingat nak ambil angin malam sekali layan pulak Anugerah
Berita Harian tu…sempat lelap lagi dengan Myya…sekali habis dah pukul 11 lebih…
Keluar bilik…alamak…gelapnya…tak bukak lampu pun….
So kami lepak je dekat Café. Tiba2 staff cakap dah tutup tapi seorang
lagi cakap open 24hours..che abang yang sibuk
sangat nak minum pun orderlah….tapi alahai…alahai….tak berbaloi langsung
dengan rate harga yang mahal….
Balik bilik terkebil2 paksa diri tidur….bosannya takde aktiviti malam!
Esoknya kami bangun awal untuk breakfast. Tapi geng bilik satu lagi tak
siap. Tunggu punya tunggu pukul 9.30am baru nak makan. Sekali
tengok….alahai…alahai…sedihnya pilihan menu. Nasi dan lauk tak bertambah dan
dikemaskini…berselerak makanan dalam tray….dah macam kena makan saki baki je…
Jadi kami makan je apa yang ada buat alas perut….Al-Hamdulillah!
Kemudian kami lepak tepi pantai hirup udara pagi. Myya merengek sebab
mengantuk lagi…Fahmi dah merajuk2 sebab tak layan nak mandi kolam…Kakak Mida
dan Nenek Cun melepek bosan….Che Abang melayan fb…alahai…alahai…
|
Berjalan-jalan di waktu pagi |
Disini ada disediakan basikal untuk disewa…aku dah excited nak explore
Pulau Jerejak untuk tengok tinggalan penjara lama…sekali Nenek Cun bersuara “Huh! Tak payah lah pergi tempat2 tu
semua..tak elok!” Alahai…alahai…sila patuh cakap orang tua!
Untuk pengetahuan, anda perlu masuk ke hutan untuk melihat tinggalan
penjara yang berada di bahagian barat pulau…jika anda gemarkan aktiviti lasak
dan bumi yang hijau..sila lakukan semua aktiviti penjelajahan pulau jerejak
ini!
Pukul 11.00am, Che Abang, Myya, Fahmi dah berendam dalam pool…Kami
wanita cantik kemas beg…takdelah apa sangat nak kemas setakat bawa baju sehelai
dua je pun…melepek dalam bilik sambil minum kopi je pun…
Pukul 12.15 kami check out…oh..oh…dah ada bot menunggu di jeti…bekejar2
orang ke jeti takut kena tinggal…tapi kami masih tenang sebab naik transport
khas….hahahaha
|
Sempoi tak? Asal usul Kancil je ni... |
Tiba masa bot nak jalan, Che Abang pulak buat drama tertinggal
smartphonenya dalam kereta khas..dah kena tunggu dia pulak pergi ambil
handphone dan balik semula dengan lenggang kangkung tanpa muka bersalah…huh!
Sampai di seberang, hari masih awal…