Tuesday, 3 April 2012

Ada Apa Dengan Nama?

Topik pagi Hot FM hari ni bercerita tentang nama.
Ramai yang hantar mesej mengenai kisah2 berlaku disebabkan nama.
Ada yang juga terpaksa tukar nama asal yang ejaannya payah benar untuk dibunyikan.
Ada juga nama asal cantik sebutan dan maknanya tapi dilupakan kerana lebih dikenali dengan nama gelaran.
Ada yang mempunyai nama asal dan gelaran yang buruk maknanya.
Ada yang bangga dengan nama dan ada yang benci dengan nama sendiri.

Bercerita tentang nama gelaran..
Aku teringat di sekolah dulu ada yang pandai-pandai menambah gelaran selepas nama aku yang sama bunyi suku kata pertamanya..
Gelaran tersebut langsung tak mencerminkan keadaan sebenar..
Sedangkan yang seronok menyahut dan memandai beri gelaran tersebut mempunyai fizikal yang benar2 serupa dengan gelaran tersebut...
Aku pun pelik...
Mula2 buat tak kisah...tapi makin lama makin melampau...
Bila cikgu panggil nama aku...dia akan tolong sambung panggilan dengan gelaran buruk tersebut..
Cikgu dan rakan lain ketawa...
Dan akhirnya aku suarakan rasa tidak senang aku dengan tegas..
Sampaikan ustazah menjadikannya satu topik dalam kelas..
Dia mempertahankan tindakan kononnya bergurau...
Bangang! Guraun yang sebenarnya kena pada batang hidung sendiri..
Langsung tak sedar diri!
Tak pernah tengok cermin agaknya!

Islam juga melarang memberi gelaran yang buruk kepada sesama manusia..
Namun gelaran yang membawa maksud yang baik dibenarkan.
Berikan juga nama panggilan yang bermaksud baik kepada anak
Kerana panggilan itu akan menjadi doa
Yang akan mencerminkan keperibadiannya kelak

Note: Kepada caller yang giler takut isteri nak namakan anak yang akan lahir dengan nama "Mail Lambung" sebab nampak gerun, dan isteri pun tak fikir langsung impaknya kepada anak dimasa hadapan. Apa yang boleh aku katakan "Bukankah awak yang akan pergi daftarkan nama anak di JPN nanti? Tak kan la bini yang baru bersalin tu nak ikut ke JPN pulak! Ceh! Kecoh lebeh!"

No comments: