Tuesday, 13 January 2015

Drama hari pertama sekolah

Sebulan sebelum
"Nanti Myya masuk sekolah baru mesti seronok. Boleh jumpa kawan baru dan teacher baru"
"Yalah tu mak..."

Seminggu sebelum
"Seronokkan induksi sekolah baru...best kan? Nanti Myya sekolah kat sana mesti Myya suka sampai tak mau balik rumah"
"ya...myya tahu..."

Sehari sebelum
"Esok Myya pergi sekolah baru...excited tak....nanti tak mau nangis tau.."
"Mak ni dah kenapa...."

Aik...
Dah kenapa dia jawab...

Hari pertama sekolah
Myya: tak de perasaan tapi sedikit excited...muka selamba
Ayah: lagi takde perasaan...kadang tu aku terpikir mana hilang perasaannya...kerap kebelakangan ni dia lebih banyak perasan...memandang cermin je kerjanya...hahahaha
Mak: sedikit risau...banyak nak bertanya tapi tak tertanya...abih je myya masuk kelas...mata dah berair..

Cikgu kata tak payah tunggu..
Myya kata balik la mak...myya ok...
Ayah kata jom balik...
Mak kata...tapi...tapi...berat hati nak balik...

Tapi balik la jugak...
Sampai rumah terus mak nangis...

Memang betul la ko ni dah kenapa?

Hari kedua sekolah
Myya : macam biasa
Ayah: masih tiada perasaan
Mak: dah demam....huaaaaaa..
posted from Bloggeroid

No comments: