Saturday 12 July 2014

Ayam Masak Kurma


Source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan Tumis
1 biji bawang besar-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
1 inci halia-kisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji cili padi-ketuk
3 sb minyak sapi

Bahan Rempah
1 paket kecil rempah kurma
1 sk serbuk jintan manis
1 sk serbuk jintan putih

Bahan lain
500g ayam
2 biji kentang- potong baji
1/2 batang carot- potong besar
1 biji bawang besar-potong baji
1 biji tomato- potong baji
1 biji cili merah - potong panjang
Garam

Cara
1. Tumis semua bahan A hingga naik bau wangi
2. Masukkan bahan B dan masak hingga rempah garing dan pecag minyak. Guna api perlahan dan kacau selalu.
3. Masukkan kentang, carot, ayam. Gaul dan biarkan hingga ayam kering. 4. Masuk sedikit air dan biar mendidih.
5. Masukkan susu cair, bawang, tomato,cili.Biar mendidih sebentar.
6. Perasakan secukupnya.
posted from Bloggeroid

No comments: