Monday, 17 June 2013

Blood Orange Jelly



source : staranisecafe.blogspot.com
inspired from myya's art class & kak nor secubitgaram

Bahan
8 biji oren sunkist
25g agar-agar tali warna merah
4 cawan air
3 cawan jus oren (diperah)
1 cawan sirap ros
3/4 cawan gula
1 sudu kecil garam

Cara
1. Oren dibelah dua. Keluarkan isi oren.
Cara mudah cucuk sedikit keliling isi dengan pisau kecil tapi jangan tembus kulit. Cungkil isi oren dengan sudu.
2. Perah isi oren utk dapatkan jus. Tapis. (saya dapat 3/4 cawan)
3. Panaskan 4 cawan air bersama agar-agar dan gula dengan api perlahan. Kacau hingga agar2 larut. Tapis jika perlu.
4. Masukkan jus oren dan sirap ros dan garam. Kacau. Biar mendidih sikit dengan api perlahan.
5. Lapik atau alas kulit oren atas cawan. Pastikan kedudukan stabil dan rata.
6. Tuang agar2 dalam kulit oren hingga penuh. Sejukkan.
7. Simpan dlm peti sejuk untuk rasa yang lebih nyaman.
8. Bila nak hidang trim dan gunting kulit oren kerana agar2 akan sedikit mendap.
9. Potong 3 atau 4 dan hidangkan.
posted from Bloggeroid

No comments: