Saturday, 29 June 2013

Sosej Omelette



source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan A
2 biji telur - pukul perlahan
1 sudu besar mayonis
3 sudu besar susu
sedikit chilli flakes
sedikit daun bawang-hiris kecil
sedikit garam

Bahan B
3 batang sosej- potong kecil
1 sudu makan minyak
1 sudu kecil butter

Bahan C
serbuk cheese parmesan
sos cili

Cara
1. Semua bahan A dicampur dan dipukul sebati
2. Masuk sosej dan gaul
3. Panaskan minyak dan butter dlm kuali leper dgn api perlahan
4. Tuang setengah adunan telur. Biar separuh masak. Kacau dan tolak tepi kuali.
5. Tuang baki adunan telur. Biar separuh masak. Campurkan semua telur dlm kuali dan masak ikut pilihan samada sepertiga masak atau sepenuhnya
6. Hidangkan dengan taburan cheese parmesan dan sos cili.
posted from Bloggeroid

Thursday, 20 June 2013

Roti John Bonito Flakes



source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan
2 biji roti hotdog
2 biji telur-pukul perlahan
1 biji bawang besar - potong dadu
3 cili padi- hiris kecil
1 cekak/secukupnya bonito flakes
sedikit kucai
sedikit lada hitam/putih
sedikit garam

Cara
1. Roti di belah dua
2. Campurkan semua bahan dan gaul
3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak yang diratakan. Api perlahan.
4. Tuangkan bahan telur dalam kuali. Ratakan
5. Telangkupkan roti atas bahan telur dalam kuali
6. Biarkan telur masak sebelum diangkat.
posted from Bloggeroid

Monday, 17 June 2013

Blood Orange Jelly



source : staranisecafe.blogspot.com
inspired from myya's art class & kak nor secubitgaram

Bahan
8 biji oren sunkist
25g agar-agar tali warna merah
4 cawan air
3 cawan jus oren (diperah)
1 cawan sirap ros
3/4 cawan gula
1 sudu kecil garam

Cara
1. Oren dibelah dua. Keluarkan isi oren.
Cara mudah cucuk sedikit keliling isi dengan pisau kecil tapi jangan tembus kulit. Cungkil isi oren dengan sudu.
2. Perah isi oren utk dapatkan jus. Tapis. (saya dapat 3/4 cawan)
3. Panaskan 4 cawan air bersama agar-agar dan gula dengan api perlahan. Kacau hingga agar2 larut. Tapis jika perlu.
4. Masukkan jus oren dan sirap ros dan garam. Kacau. Biar mendidih sikit dengan api perlahan.
5. Lapik atau alas kulit oren atas cawan. Pastikan kedudukan stabil dan rata.
6. Tuang agar2 dalam kulit oren hingga penuh. Sejukkan.
7. Simpan dlm peti sejuk untuk rasa yang lebih nyaman.
8. Bila nak hidang trim dan gunting kulit oren kerana agar2 akan sedikit mendap.
9. Potong 3 atau 4 dan hidangkan.
posted from Bloggeroid