Friday 3 May 2013

Explore the Seoul in Our Style #16 : Lotte World



Lottle World adalah lokasi wajib untuk anak.  Myya telah dijanjikan taman permainan untuk berhibur. 

Asalnya merancang untuk ke Everland. Tapi disebabkan cuaca yang sejuk dan lokasi Everland outdoor maka hasrat tu perlu di pendamkan dulu. Lotte world ada taman tema indoor dan outdoor.

Plan asal untuk habiskan masa sehari suntuk di taman tema ni terpaksa ditukar bila research yang dibuat menunjukkan tidak ada banyak permainan yang boleh Myya main disebabkan factor umur dan ketinggian. 

Jadi kami pergi lewat dan ambil tiket untuk selepas pukul 4pm sebab ada diskaun. Tapi gembira rasanya sebab ada pakej lain jika bawa keluarga. Dari bayar KRW85000 kami cuma bayar KRW47000. Banyak tu jimat! Tips nya : “Jangan malu bertanya!” walaupun cakap ayam itik…gunakan segala teknik isyarat yang ada…hahahaha.

Ada banyak pakej lain yang beri banyak diskaun i.e. couple, mother & baby, group, etc

Ada mainan extreme dan ada mainan kurang extreme….walaupun tak sehebat Universal Studio Singapore tapi masih boleh berhibur….kira macam Berjaya Time Square Theme Park KL…tapi lebih ceria dan berwarna warni….

Seronok sangat!

Akan datang lagi jika berkesempatan!


 
 


 


Admission Fees
Opening Hours
Getting there
By Subway

No comments: