Bagi membantu mendidik anak ke arah lebih berkesan, ibu, bapa serta penjaga harus mengetahui tidak elok mengungkap perkataan ‘jangan’ secara kerap kerana ia boleh menghalang perkembangan kendiri anak.
Namun masih terdapat beberapa
keadaan perkataan itu dibolehkan, misalnya apabila anak membahayakan diri
mereka, membahayakan orang lain serta bertindak merosakkan barang atau harta
benda secara sengaja.
Kanak-kanak juga seharusnya dilatih
menurut kata, bukannya dimarahi atau dihukum.
Mendisiplinkan anak secara
diplomasi bertujuan membantu si anak memperbaiki dirinya sendiri dengan lebih
berkesan.
Renungkan panduan berikut,
barangkali ia boleh membantu anda dalam proses mendidik anak:
· Ibu bapa tidak
seharusnya memukul anak dari lutut ke atas bahagian badannya.
· Apabila hendak
memukul, jangan gunakan tangan atau anggota tubuh. Malah, menampar anak
menggunakan tangan boleh membuatkan anak bertambah degil dan nakal serta tidak
boleh dikawal.
· Apabila memukul
anak, hanya rotan di bahagian telapak kakinya.
· Berikan anak pelukan
setiap hari kerana anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan
kecerdasan daya ingatan lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk.
· Pandang anak dengan
pandangan kasih sayang. Ini akan membuatkan anak lebih
yakin pada diri apabila berhadapan dengan persekitaran luaran.
yakin pada diri apabila berhadapan dengan persekitaran luaran.
· Berikan galakan
setiap kali anak berbuat kebaikan seperti pujian, pelukan, ciuman, hadiah atau
sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Ia boleh
menjadi pendorong baginya untuk terus melakukan perkara baik.
· Jangan mengharapkan
anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
kerana mereka masih lagi kanak-kanak sedang berkembang. Perkembangan itu
membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.
· Dalam proses
membesar dan mendidik anak-anak, anda tidak seharusnya mengeluh di hadapan
mereka. Keluhan akan membuatkan anak berasa diri mereka sebagai beban kepada
ibu bapa.
· Apabila anak berhadapan
dengan kesukaran, tenangkan mereka setiap kali mereka memerlukannya.
· Luangkan masa
bersama anak di luar rumah dan peganglah tangan anak apabila berjalan bersama
mereka. Mereka tentu akan merasakan kepentingan kehadiran mereka dalam
kehidupan ibu bapa.
· Hargailah permainan
kesayangan anak kerana mereka juga akan menghargai barangan kesayangan ibu dan
bapa.
Sebolehnya, elakkan daripada membuang barangan kesayangan mereka walaupun ia sudah rosak. Sebaiknya, minta kebenaran terlebih dulu sebelum berbuat demikian.
Sebolehnya, elakkan daripada membuang barangan kesayangan mereka walaupun ia sudah rosak. Sebaiknya, minta kebenaran terlebih dulu sebelum berbuat demikian.
· Untuk mengeratkan
hubungan, jangan sesekali membiarkan anak tidur tanpa ciuman selamat malam.
· Jangan membawa
bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak akan merasakan kerja pejabat lebih penting
daripada keluarga kerana ibu atau bapa lebih menumpukan perhatian pada perkara
terbabit berbanding diri mereka.
· Terimalah kenyataan
kadangkala diri kita ini bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan
tekanan menjadi ibu bapa. Masing-masing masih cuba untuk mempelajari sesuatu
yang baru dan cuba sempurnakan keadaan itu sebaik mungkin.
·
Apabila anak menangis pula, ia bertujuan melegakan keresahan mereka,
tetapi kadangkala ia sekadar untuk menarik perhatian.
Bagaimanapun, berilah perhatian kepada mereka kerana mungkin dalam masa 20 tahun dari sekarang, akan tiba giliran ibu bapa pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Malah, anak pula sibuk dengan urusan kerja dan keluarga masing-masing.
Bagaimanapun, berilah perhatian kepada mereka kerana mungkin dalam masa 20 tahun dari sekarang, akan tiba giliran ibu bapa pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Malah, anak pula sibuk dengan urusan kerja dan keluarga masing-masing.