9.10 am
Perbualan telefon......
Intro : Bla..bla..bla...
Caller : Bila akaun *** digantung?
Aku : 22hb Ogos.
Caller : Seminggu?
Aku : Sampai hujung bulan Ogos.
Caller : Bila dapat dividen?
Aku : Hari pertama bulan September. Transaksi keluar masuk akaun boleh buat
pada hari bekerja sahaja.
Caller : Tapi 1 September kan cuti?
Aku : Ya. Encik kena tunggu hari bekerja kalau nak buat transaksi. (Aku dah tahu
caller ni mesti nak keluar duit. Cara tanya dah tahu...)
Caller : Kalau macam tu tak boleh lah aku nak keluar duit.
Aku : (Haaa! Kan aku dah cakap!!) Maaf. Kalau nak keluar duit kena tunggu
esoknya. Hari bekerja.
Caller : Tapi aku nak pakai duit.
Aku : 1 September tu cuti ganti Hari Raya. Semua bank dan cawangan ofis kami
pun tutup. Encik datang 2 hb ya.
Caller : Eh! Kan dah cakap aku nak pakai duit.
Aku : Macam ni lah. Kalau dah emergency sangat, saya cadangkan encik keluar
duit sebelum 22 Ogos ni.
Caller : Kalau keluar sekarang tak dapatlah dividen.
Aku : Maaf encik. Tak ada pilihan lain lagi..
Caller : Tapi aku nak keluar 1hb juga..takde cara lain?
Aku : Bank semua tutup. Tak de operasi. Next day baru buka. Encik datang 2hb ya.
Caller : Aku tahulah! B*d*h!
Perbualan mati bila gagang dihempas oleh caller..
Bingit telinga aku!!!
Siapa yang budus sebenarnya ni???? Pagi-pagi sudah bikin panas!
Nota: Kepada manusia2 diluar sana...sila bertimbangrasa bila bercakap ya
No comments:
Post a Comment