source: staranisecafe.blogspot.com
Bahan A
1.5 kg daging
1 inci halia
Air utk rebus
Bahan B
2 biji bawang besar-kisar
4 ulas bawang putih-kisar
2 inci halia-hiris mancis
3 inci kayu manis
3 kuntum bunga lawang, cengkih, biji pelaga
1 cawan minyak (secukupnya)
Bahan C
75g rempah kari daging
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1/2 cawan cili giling
air secukupnya
Bahan D
1 kiub pati ayam
3 liter air
4 biji kentang- belah 4
1 batang karot - belah besar
1 keping asam keping
Garam secukupnya
Cara
1. Potong daging dan empukkan dalam pressure cooker lebih kurang 20 minit atau rebus pun boleh.
2. Tumis bahan B hingga naik bau.
3. Campur Bahan C jadikan pes. Tumis hingga pecah minyak dengan api perlahan.
4. Masukkan bahan D serta daging bersama air rebusan. Didihkan hingga kentang lembut.
Nota:
1. Boleh tambah santan jika ingin lebih pekat dan lemak
2. Lebihkan cili jika mahu pedas.
posted from Bloggeroid