Monday, 28 May 2012

Cups of Blood!

Hahahahahaa...
Tajuk tak boleh blah!

Hari Sabtu lepas, che abang menaja...
Sessi melanyak badan di spa..
Habis tu...hari2 mengadu sakit2 badan letih...
Tapi berbulan lah ngadu..baru lah di suruh ke spa...
Hehehehe...

Ini kali pertama aku ke spa
Farisa Spa di Dwi Tasik...
Mula2 amik pakej urutan seluruh badan...
Pertama sekali masuk kotak sauna dalam 15 minit.
Kemudian aku gatal mulut minta buat bekam angin. 5 minit je..
Sekali tengok punyalah banyak angin sebab berpeluh cawan bekam tu...
Maka aku dipujuk untuk cuba bekam darah...
Setahun sekali je...
Aku pun hangguk...
Terus di tembak2 badan dengan jarum halus (tak sakit pun)..
Di vacum2 dengan cawan (ni terasa sakit macam kena cubit)...
Lepas 5 minit...
Cawan di cabut dan darah beku ditunjukkan...
Eeeeuuuwwwww!
Tapi tak semua cawan ada darab beku tu...
Hanya tempat bermasalah je!
Lepas tu baru buat urutan satu badan dalam sejam gitu...
Menggigit-gigit towel menahan sakit!
Tak nak jerit! Malu!

Che abang pulak buat urutan kaki kat luar sementara menunggu..
Lepas tu di tinggalnya aku sorang dan pergi melantak kat kedai mamak..
Hehehehehe...

Kopak duit che abang RM300 hari tu...
Terima kasih abang!

Segarkah badan? Rasa ringan kah?
Entah lah...bertambah sakit adalah...
Badan pun dah huduh ada tanda bulat cawan bekam...

Lepas 4 hari baru sakit hilang...
Baru lah rasa ringan...
Kesan lebam cawan bekam pun dah beransur pudar....

Nanti nak buat lagilah...
macam syiok pulak! hhehehehe 


Saturday, 26 May 2012

4 Alarms Mayo

Source : staranisecafe.blogspot.com
Serve: 4
Preparation Time: 10 minit

1/2 cawan mayonis
1/2 sudu kecil serbuk cayyenne pepper
1/2 sudu kecil serbuk paprika
1/2 sudu kecil chilli flakes
4 biji cili padi - cincang halus

- Campurkan sebati semua bahan

Sunday, 20 May 2012

Bingka Beras


source: staranisecafe.blogspot.com
Preparation time: 1 hour
Serve : 6

Bahan A
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1/4 cawan gula
1 sudu kecil garam

Bahan B
Daun pandan

Cara
1. Kisar bahan A
2. Masukkan daun pandan (koyak dan simpul). Masak dan kacau dengan api kecil hingga sedikit pekat. Jika berketul, kisar semula
3. Bakar 40 minit. Suhu 180 darjah celcius.
4. Sejukkan. Potong dengan pisau plastik.

Thursday, 17 May 2012

Sahabat Selamanya (UPIN IPIN)

Myya memang suka sangat lagu ni..
Biasanya kami dengar dalam kereta sahaja..
Berulang 2 dengar berjam2..
Sampaikan che abang padam lagu tu dari playlist..

Apa yang aku nak cerita adalah bagaimana Myya nyanyikan lagu ni

Minggu pertama : Lebih banyak bunyi hmmmm....hmmmm...je
Minggu kedua: Masih bunyi hmmm...hmmmm....tapi dah boleh sebut perkataan sahabat...
Minggu keempat: Dah ada bunyi perkataan pertama dan terakhir di setiap baris lagu, dan nyanyi korus dengan baik..

Lepas tu ayah buang lagu tu dari playlist...
Semalam tiba2 terdengar lagu tu di Hot FM

Walaupun dah lama tak dengar..
Myya menyanyi dengan baik dan sebut semua patah perkataan...

Syabas! 

Sahabat Selamanya oleh Kumpulan Padi 
Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
kerna..

 
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
oh oh..

Berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia…

Tiada bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…

Saturday, 12 May 2012

Agar-Agar Lumut


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 2 hours
Serve: 10

Bahan A
18 gram agar-agar tali
4 cawan air
1/2 cawan gula putih
Sedikit pandan coconut emulco
1 helai daun pandan (simpul)

Bahan B
2 cawan santan pekat 
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu teh serbuk/esen vanila

Cara
1. Didihkan bahan A hingga sebati (hingga gula dan agar2 hancur)
2. Kocok Bahan B dengan garfu. Masukkan Bahan B kedalam Bahan A. Terus kacau perlahan hingga mendidih/mengelegak sebentar dengan api sederhana hingga santan timbul dan berbintil halus. Jaga2 jangan sampai meruap keluar periuk.
3. Tapis ke dalam acuan. Sejukkan dan keraskan dalam peti sejuk

Nota:
1. Jika agar-agar terlebih air, selepas hidang dan berada di suhu bilik akan ada cecair bertakung. Agar2 pula masih keras tapi sedikit lembut.
2. Lepas masuk santan, biar gelegak dan santan timbul dalam 1 minit then terus tutup api. Jika terlalu lama bila dah keras layer tak licin sebab santan pecah. Tapi masih sedap!
3. Boleh juga kurangkan santan pekat dari 2 cawan kepada 1 cawan santan+1 cawan air

Tuesday, 8 May 2012

Myya suka Justin Bieber?

Sejak 4-5 bulan lalu Myya cukup suka kalau dapat dengar lagu Justin..
Lagu yang ada "Baby..baby..Ohh!"
Berulang2 dia nyanyi..
Paling tak tahan dia paksa aku nyanyi tanpa henti setiap kali balik dari rumah opah..
Lebih sejam tuuuu..
Berbuih mulut!
Tapi nak yang korus je..
Aku bukan reti pun..
Belasah je...
Asal ada bunyi...
Hahahahaha...

Yang peliknya..
Dia suruh aku nyanyi tak henti..
Dia diam je...
Menari tidak..humming tidak..nyanyi sama pun tidak..
Aku diam je dia jerit....

Aduyai!

Sunday, 6 May 2012

Salad Sos Cencaluk


source : staranisecafe.blogspot.com
preparation time : 10 min
Serve : 4

Bahan Salad
1/2 cawan kubis ungu - hiris
1/2 cawan kubis putih- hiris
1 biji tomato -potong baji 8
1 biji bawang - hiris
5 biji cili padi - hiris

Bahan Sos
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar cencalok

Cara : Gaulkan semua bahan

Wednesday, 2 May 2012

Lain Macam Je....Apa Cer?

Myya sekarang dah banyak bercakap..
Banyak suarakan pendapat sendiri..
Banyak buat keputusan sendiri..
Banyak bertanya..
Segalanya banyak..

Paling tak tahan kalau dia bertanya...

"Mak buat apa tu? Lain macam je?"
"Mee apa ni mak? Lain macam je?"
"Ayah pi mana tu mak? Lain macam je?" 

Eh! Spekulasi apa yang nak ditimbulkan ni?
Susah hati aku nak jawab bila dia persoalkan gelagat ayahnya..
Hehehehe! 

Kalau persoalan tak dilayan...
Dia tukar bunyinya..


"Mak buat apa tu? Apa cer?"
"Mee apa ni mak? Apa cer?"
"Ayah pi mana tu mak? Apa cer?"

Hehehehe...soalan yang sama...
Tapi boleh di interpretasikan dengan berbeza...

Bila aku pulak bertanya..
"Myya ok hari ni? Apa cer?"

Myya jawab dengan muka selamba...
"Takde ape2 cer pun...." 

Aduyai anak ku!