Wednesday, 30 November 2011

Masak Lemak Durian Muda


Serve: 4-5 orang
Preparation time: 20 minit

Sumber: staranisecafe.blogspot.com

Bahan:
1 mangkuk besar isi durian muda - buang biji dan kulit biji
2 cawan santan - dari 1 biji kelapa
10 biji cili padi - di tumbuk
1 inci kunyit - ditumbuk
2 batang serai - dititik kasar
1 gengam ikan bilis
Garam secukupnya

Cara :
1. Rebus semua bahan kecuali isi durian hingga mendidih. Api sederhana.
2. Masukkan isi durian. Terus padam api. Jangan biar mendidih lagi supaya isi durian tidak terlalu lembik.

Tuesday, 29 November 2011

Myya sambut Maal Hijrah di Rumah Uwan

Sambutan Maal Hijrah kali ni kami habiskan di rumah mertua a.k.a uwan.
Macam2 aktiviti yang kami buat bersama Myya....
Seronok sangat...

Bangun pagi..
Myya mandi dalam besen baju uwan...
Then Myya bagi makan ayam...

Tengahari...
Lunch di Restoran Warisan...
Marvelous gila!

Petang...
Myya ikut ayah cari durian...
Mak tolong uwan masak gulai lemak durian muda...
Myya sambung bagi makan ayam...
Myya main dengan anak kambing Tok Tam...Aji namanya..
Seronok betul Myya bagi Aji minum susu ye....
Then kejar ayam....
Myya nangis2 nak ikut Pak Teh halau beruk di kebun Uwan....
Tak yah la Myya...banyak nyamuk...lagi pun bahaya...
Mak ajak Myya kopek kelapa....sedap ni minum air kelapa!
Kemudian naik basikal pulak....
Puas main Myya mandi dalam besen baju Uwan lagi....
Sementara tunggu Maghrib, Myya main Angry Bird di Tablet mak....
Then kejar2 dengan abang..dan abang...dan abang....dan kakak....
Hahaha...nampaknya Myya lagi seronok main dengan abang!
Ayah pulak dah menghilang pergi tangkap ikan di kolam...

Malam...
Ayah dan Pak Teh bakar ikan yang di tangkap...
Myya sambung main dengan abang dan kakak...
Mak layan movie di lap top....
Ayah bersidai bersembang-sembang sampai tengah malam!

Monday, 28 November 2011

Puding Tembikai

Source : staranisecafe.blogspot.com
Serve : 10
Preparation Time: 1 jam

Bahan A - rendam dan kisar halus
3 keping roti gardenia
1/4 cawan susu cair
3/4 cawan air
3 sudu besar susu pekat

Bahan B
1 peket serbuk agar2 (11 g)
1/4 cawan gula
1 cawan susu cair
5 cawan air
1 sudu besar serbuk vanilla
2 sudu besar mentega

Bahan C
Bijan hitam/biji selasih (dikembangkan)/cincau (potong kiub halus) secukupnya

Cara
1. Didihkan Bahan B. Campurkan Bahan A. Kacau sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan. Sukatan mengikut saiz loyang.
    - 2 1/2 cawan + pewarna hijau (untuk kulit tembikai)
    - 1 cawan biarkan warna asal
    - 4 1/2 cawan + pewarna merah/kuning + Bahan C
3. Tuang lapisan merah/kuning dalam acuan. Biar sejuk sebentar dalam 3-4 minit
4. Tuang lapisan warna asal perlahan2 atas lapisan merah. Sejukan sebentar 3-4 minit
5. Tuang lapisan warna hijau atas lapisan warna asal. Biar sejuk sepenuhnya.

Tips :
> Jika lapisan terlalu keras, adunan seterusnya tak boleh melekat. Lorekkan lapisan keras tersebut dengan garfu
> Tuang lapisan kedua perlahan2 dari tepi acuan
> Penting! Sukat dulu air dalam acuan yang ingin digunakan. Adjust bahan dan sukatan pembahagian adunan warna mengikut ketebalan yang dikehendaki
> Jika terlebih roti/serbuk agar2, adunan akan menjadi keras

Sunday, 27 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Ya Allah
Hambamu ini tekad untuk berhijrah
Menjadi insan yang lebih baik
Demi keredhaan Mu
Selalulah bersamaku
Walaupun ketika ku alpa
Maafkanlah diriku
Walaupun dosa itu untuk kesekian kalinya
Sesungguhnya hambamu ini
Amat memerlukan Mu
Amin..

Saturday, 26 November 2011

Udang Ungkep Daun Kari



Source: staranisecafe.blogspot.com
Serve : 3-6
Preparation time : 30 minit

Bahan A
1 biji bawang besar (M)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
5 biji cili padi
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar nampla
3 sudu besar air
1 batang serai
4 tangkai daun kari

Bahan B
6 ekor udang XXL

Bahan C
3 sudu besar minyak masak

Cara
1. Kisar halus Bahan A. Perap gaulan Bahan A + B lebih kurang 30 minit
2. Panaskan Bahan C dengan api sederhana. Masukan semua bahan perapan. Kacau.
3. Tutup periuk. Biar masak 5 minit/hingga udang masak.

Note : Ungkep bermaksud masakan berempah yang cara masakkannya adalah perlu menutup periuk. Ini definasi yang diberi seorang member Jawa Totok. Ntah betul ke tidak tak tahulah...

Friday, 25 November 2011

Aduhhh! Sentap!

Seperti biasa, setiap hari aku akan berbual dengan Myya sepanjang perjalanan balik rumah..

"Hari ni Myya makan tak mee yang mak bekal?"
"Myya makan nasi..."
"Aik? Opah tak bagi makan mee mak masak ka? Makan nasi lauk apa?" >ish! lain kali aku kena tanya satu2
"Myya makan mee. makan nasi, banyak! Mak tengok ni perut Myya," sambil selak baju tayang perut..
"Wow bulatnya...Myya makan banyak sampai kenyang sangat ke?....Bagus!bagus!" >kenapa bagus? Sebab Myya kan payah benar nak makan....
"Hahaha...perut bulat pulak...tengok perut mak pulak," sambil pantas tangan tunjal2 tayar spare kat perut aku...
"Aiyooo! Apa ni mak...mak dah gumok ka?"

Tu dia.....aku sentap! Bagai halilintar....
Anak tu ikhlas bagi komen....

"Myya cakap mak gumok? Gumok banyak ka?" tanya aku dengan nada sedih...
"Mak gumok...tapi mak canteeeekkkkkkk..."

Tu dia lagi sekali....kali ni hilang sentap....
Tapi hati berbunga2......
Ko bodek ke nak?
Eh! Anak tu ikhlas komen laaaa....
Muahahahahaha!

Ish! Perlu mulakan semula rejim mengecilkan badan!
Mula bulan depan!
Eh! Kenapa tak sekarang?
Oklah...mula sekarang!
Che Abang....Tolong bagi semangat!

Thursday, 24 November 2011

Labu Masak Lemak Jintan


Source: staranisecafe.blogspot.com
Serve : 2
Preparation time: 20 minit

Bahan
250 g labu - kerat dadu besar-besar

1 biji bawang besar- potong baji
3 ulas bawang putih - ketuk
1 batang serai - titik
2 sudu besar serbuk santan
1 - 2 cawan air
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1 inci kunyit hidup/ 1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar sambal tumis ikan bilis -kisar
Garam secukupnya

-Rebus semua bahan hingga labu empuk

Wednesday, 23 November 2011

Eggless Banana Brownies



Source : staranisecafe.blogspot.com
Serve : 10
Preparation time : 1 hour

Bahan A - cairkan dan sejukkan
100g coklat masakan
75g marjerin/butter/minyak

Bahan B - kisar kasar
4 biji pisang berangan (200g)
1/4 cawan soya/susu
1 sudu besar esen vanila


Bahan C - ayak dan gaulkan
3/4 cawan tepung
1/2 cawan gula perang
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil garam
1 gengam badam - cincang & bakar

Cara
1. Campurkan Bahan A dan B
2. Tuang campuran dalam Bahan C. Kacau sebati
3. Bakar 160 darjah celcius , 20-25 minit

Tuesday, 22 November 2011

GARUDA tersungkur dibaham HARIMAU MALAYA!

21 November 2011 @ Sukan Sea

SYUKUR kepada NYA

AUUMMMMMMMMMMMMMMMM!
Harimau Malaya mengegarkan Stadium Gelora Bung Karno sekali lagi!
Dendam kesumat Garuda gagal dilampiaskan....muahahahahahaaa....

GoGoGoGoGoGOOOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!

Itu bunyi bolosan 6 kali gawang gol Garuda....


Pertarungan amat hebat kerana keduanya sama gagah!
Keputusan seri 1-1 hingga akhir waktu memerlukan sepakan penalti bagi menentukan kejuaraan..
Dan akhirnya sepakan Harimau Muda dengan majoriti 5-4 membuatkan Garuda terdiam!
Kilauan emas kini dalam gengaman kita!

Yellow Black Yellow Black Yellow Black Yo!

Kepada Garuda...
Jangan sedih kerana anda pasti bertemu dengan Harimau Malaya lagi dimasa hadapan!
Tak perlu berdendam!
Anggap saja ia pertarungan persahabatan.....
Aman dunia!

Thursday, 10 November 2011

Wednesday, 9 November 2011

Cantiknya.....Miniature stuffs!

Last month berjalan2 di Sungai Wang, Bukit Bintang...
Terjumpa kedai cenderamata ni....
Myya beria2 nak ke kedai ni bila ternampak pen berbentuk strawberry....

"Mak! Cantiknyaaaaa....Myya nak...nak la makkk...."
"Abang! Anak nak pen strawberry tu....ishhhhh cantiknya....ada macam2 la....Myya amik cili la...!"
"Tak nak! Pedas! Myya nak strawberry la...."
"Yang! Belikan abang fridge magnet ni...."

Tuuu diiiiaaaaa.....tiga2 beranak dah melilau mata....
Sakan dok perati semua cenderahati yang ada....
Sangat kreatif.....macam real!

Tapi tokey kedai tak bagi ambil gambar pulak....
Gambar yang diambil kat bawah ni sebelum kena marah....hehehehehe


Ambil gambar makanan je!


Monday, 7 November 2011

Alahai Ketupat.....

Mak aku memang handal buat ketupat kacang palas....
Setiap kali raya itu adalah hidangan yang menjadi rebutan...
Dicecah pula dengan sambal rendang ayam hasil mak tangan mak jugak....
Fuhhhh.....aku je tambah 3 pinggan.....
Aduh!!!!! Hubby menjeling maut jerrr.....
Bukan apa...kecik ati aku tak tolong tambahkan pinggan dia jugak!
Muahahahahahahahahaha....

 2 atau 3 hari sebelum raya, mak dah cari daun palas...
Kemudian anak2 perempuan terutama aku di kerah untuk buat kelonsongnya supaya senang dibentuk nanti...
petang raya mak masak pulut yang dicampur kacang soya separuh masak...
Next sumbatkan dalam kelonsong dan ikat ketat2.....
Tu pun aku jugak yang rajin menolong...
Then mak stim sampai masak......
Siap!

Tapi sekarang ntah mengapa aku dah tak boleh melantak sakan ketupat pulut ni!
Berangin semacam....

Maka beralih arah ke ketupat nasi....
Tapi maaflah....kami tak pandai nak anyam daun kelapa tu....
Rebus je dalam plastik yang ditebuk2...
Then mak tindih aka himpit dengan batu lesung untuk padatkan...
Sekarang tidak lagi.....
Aku cakap "Mak! pakai jelah ketupat segera nona tu...senang!"
Mak aku jawab "Hmmmph!  Tak sedap!"....
Ho!Ho!Ho! Sama je la mak ooooiiiii.....


Di rumah mertua hanya popular dengan lemang.....
Tapi pernah la merasa lemang pulut hitam...lemang campur jagung...
Jeng!jeng!jeng!paling pelik...lemang biasa tapi warna merah....ntah kenapa!

Yang terbaru...lemang sarawak.....
dibuat oleh orang sarawak dan katanya popular disana...
Dibalut dengan sejenis daun...lebar daunnya...aku tak tahu apa namanya....
Rasanya....macam lemang pulut biasa jer....

Sunday, 6 November 2011

Salam AidilAdha

Pengorbanan biarlah dengan keihlasan
Kerana Yang Maha Esa


Saturday, 5 November 2011

I Loooooveeee Whittaker's Choclate!


Pertama kali aku cuba coklat ni tahun 2006...
member NMS bagi buah tangan dari Langkawi....
Sejak itu aku benar2 jatuh cinta dengan coklat ni.....
kalah Cadbury, Van Houten, Milo, Beryl, etc,etc
Itulah kali terakhir aku merasanya sebab dah merata cari tak jumpa...
Bila pergi airport tak teringat pulak nak beli...

Tahun 2010..my SIL balik dari New Zealand....
Dia bagi macam2 buah tangan termasuklah coklat ni...
Aku punyalah happy sampai hubby pun tak boleh rasa...
Gila kejam...hahahahaha...

Then aku paksa hubby beli di airport setiap kali balik outstation...
Tapi dia berkira sebab mahal...RM29.90 per pcs

Tahun 2011...aku ke langkawi....
Wow! Heaven!
Aku jumpa coklat ni gila murah....RM9.90 jer...
Aku rembat 10 pcs...hahahahaa..
Puas hati aku!

I Love Almond Gold so much!
This is the best chocolate i ever tasted in my whole life!!!!!!

Friday, 4 November 2011

30 minit bersama Ustaz Don

Rancangan Kuliah TV interaktif bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di TV Al Hijrah....
Pertama kali aku tengok rancangan ini memang tertarik gila....
"Cuba bayangkan...cuba bayangkan" sambil pejam2 mata membayangkan......
Itu antara trademak Ustaz Don menyampaikan kuliahnya....
Memang best sebab santai, kelakar, dan penyampaian yang tidak jemu.....
Al-hamdulillah....Ustaz Don berjaya memadrasahkan tv ini dengan baik sekali...
Topik perbincangan mengenai fardu ain, fardu kifayah, cara membaca al-Quran dengan baik dan banyak lagi isu yang berlegar pada diri kita seharian!


Bermula Oktober 2011...Setiap Isnin - Rabu, 10.30 malam

Thursday, 3 November 2011

Mak...Myya Sejuk Laaa...

aku tengah melipat baju yang berlambak...
ada baju, seluar, kain, cadar, stokin, anak baju seluar, bla...bla...bla...
menimbun2....
tiba2....

"Mak, Myya sejuk la.....," perlahan je suara....
"Pi ambil selimut atas katil tu...," aku jawab slow jugak...
"Amik la makkk...," seksi je suara...
"Ambil sendiri ya...mak nak lipat kain ni," tak seksi mana pun aku bersuara..

Senyap je....
masing2 sibuk dengan situasi masing2...>>>ntah apa la sangat situasinya...
aik? mana sarung bantal ni....cam tak cukup je....

Laaa....rupa2nya....

sleeping bag?
kreatif jugak anak aku ni.....syabas!

Note: Aku teringat acara berlari dalam guni kat sekolah dulu....hahaha...

Wednesday, 2 November 2011

Minta la....air apa pun boleh.....

Alkisah aku telah membantu seorang insan memudahkan urusannya...
Insan ini begitu gembira dan ingin memberi ganjaran sebagai ucapan terimakasih...
Aku menolak dengan baik sebab bagi aku bantuan itu tak seberapa pun...
Tapi ntahlah....begitu bermakna bagi insan ini...
Mungkin disebabkan pengalamannya dengan orang lain sebelum ini....

Insan ini tidak jemu menghubungi aku....
Berkali-kali...berhari-hari....
Aku menolak sebab tidak mahu timbul konflik nanti....
Dan akhirnya....

I: Biarlah pakcik belanja minum...itulah yang mampu...rasa tak senang sebab puan dah banyak bantu saya..
A: Tak apalah pakcik.Saya bantu ikhlas..Tak susah manapun
I: Apa salahnya...ke tak sanggup jumpa pakcik...
A: Bukanlah....saya agak sibuk sekarang ni...
I: dapat minum kopi secawan pun jadilah....
A: Tak mengapalah pakcik....saya ikhlas ni.. Pakcik doakan saya sajalah...
I: Ke tak minum kopi? Takpe..mintalah air apa pun....
A: Pakcik doakan saya pun dah besar rahmatnya.Terima kasih ya..
I: Janganlah macam tu....cakap je....air apa pun pakcik sanggup belanja...Pakcik dah dekat opis puan ni...
A: Ha? dah dekat >>>>entah apa motif nak panik....
I: Cakap je air apa pun boleh >>>>>entah apa motif jugak paksa2 aku ni!
A: AIR YASIN.....boleh? >>>>>jawapan spontan aku tembak!
I: Hmmmm....ni sungguh2 tak nak terima pelawaan pakcik ni...
A: Er...er....er....>>>>>dah takut pakcik ni kecik ati...
I: Takpe2....pakcik paham. Walau apa pun pakcik sangat berterima kasih......lalalalalala...

Perbualan seterusnya tak payahlah diceritakan disini.....
AIR YASIN ??????
Errr....tak boleh ke? Kata tadi air apa2 je...
Muuhaaaahhaaaaa...gila sengal aku ni! Maaf ya pakcik!

Tuesday, 1 November 2011

Happy Birthday Myya !!!


Hmmm...dah makin cantik anak mak ni...
Tahun ni mak pening betul nak beli hadiah apa....
So mak senaraikan semuanya....

1. Buka buku simpanan ASB
2. Baju/gaun
3. Swimsuit baru plus google
4. Kasut baru
5. Hair accesories
6. Books
7. Toys-Leapfrog

Pilih punya pilih mak buat keputusan....
Hadiahkan semuanya.....
Hope you love it!