Monday 30 September 2013

Kari Daging


source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan A
1.5 kg daging
1 inci halia
Air utk rebus

Bahan B
2 biji bawang besar-kisar
4 ulas bawang putih-kisar
2 inci halia-hiris mancis
3 inci kayu manis
3 kuntum bunga lawang, cengkih, biji pelaga
1 cawan minyak (secukupnya)

Bahan C
75g rempah kari daging
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1/2 cawan cili giling
air secukupnya

Bahan D
1 kiub pati ayam
3 liter air
4 biji kentang- belah 4
1 batang karot - belah besar
1 keping asam keping
Garam secukupnya

Cara
1. Potong daging dan empukkan dalam pressure cooker lebih kurang 20 minit atau rebus pun boleh.
2. Tumis bahan B hingga naik bau.
3. Campur Bahan C jadikan pes. Tumis hingga pecah minyak dengan api perlahan.
4. Masukkan bahan D serta daging bersama air rebusan. Didihkan hingga kentang lembut.

Nota:
1. Boleh tambah santan jika ingin lebih pekat dan lemak
2. Lebihkan cili jika mahu pedas.
posted from Bloggeroid

Sunday 22 September 2013

Rendang Daging Sempoi


source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan A
1 kilo daging (potong bite size)
1 batang serai

Bahan B
10 biji cili kering (rendam air panas)
10 biji cili padi
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai (hiris)

Bahan C
1 sudu kecil maggi secukup rasa
kicap cair secukupnya
1/2 paket santan serbuk ( bancuh dengan sedikit air rebusan daging)

Cara
1. Empukan daging dalam periuk tekanan 20 minit
2. Kisar bahan B dengan sedikit minyak.
3. Gaulkan semua bahan dan masak hingga pekat atau biarkan sedikit berkuah.
posted from Bloggeroid

Sambal Sotong


source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan A
10 cili kering (potong dan rendam air panas hingga lembut-bilas dan buang biji)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Bahan B
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar nampla
1 biji tomato (potong baji)
1/2 biji bawang besar (potong baji)

Cara
1. Kisar bahan A. Tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan bahan B. Gaulkan sebentar hingga sotong masak.
3. Siap.
posted from Bloggeroid

Sunday 8 September 2013

Masih ada sikap patriotik tu..

Cuti Merdeka baru ni..
Pergi tengok wayang..
Cerita apo?
Percy Jackson..Sea Monster apakebendatah..

Sebelum wayang start...
Ada selingan video klip kisah pejuang yang terkorban di lahad datu..
Sebak..

Kemudian keluar statement..
"Mohon berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku"
What?
Terdengar bunyi ketawa...
Masing masing melihat kiri kanan..
Tapi ada seorang mamat yang bingkas bangun...
Dan semua pun turut bangun..
Tiada yang berkecuali walaupun dalam suasana gelap tu...
Ramai...dan semua bangun...
Bergema menyanyikan bersama..
"Negaraku...tanah tumpahnya darahku..."
Wow!!!




posted from Bloggeroid

Akhirnya.....

Setelah bertahun...
Setelah puas diajak..
Setelah berkali-kali juga ke sana
Tapi tak jugak singgah...

Akhirnya...
Semalam dapat juga merasa..
Itu pun last minute ubah pikiran..

Amboi....
Panjang sungguh kena beratur..
Nak cari meja pun payah bukan main..
Tapi demi nafsu makan yang dah lama mengidam ni..
Ku turutkan jua...

Tapi setelah masuk tekak...
Alahai...alahai...
Indah khabar dari rupa...
Tak sesedap mana pun...
Biasa je...
Kat Abang Burn lagi meletop!

Apa apa pun...
Alhamdulillah...

Makan apo?
Meatball Ikea tu la...
Harga berpatutan...
Meatball (15biji) = RM15
Beef Ribs=RM20
Chicken wing (5 pcs)= RM10


posted from Bloggeroid

Monday 2 September 2013

Myya kena tidur di Wad Hospital

Dah seminggu Myya batuk dan muntah muntah...
Makan pun dah kurang selera...
Badan dah nampak susut...
Demam sekali sekala je...
Mak rawat dirumah je...
Mungkin sebab banyak hidu asap bunga api...
Itu yang batuk je...

Tapi malam tu..
Myya tak lena tidur...
Batuk dan muntah atas katil...
Tiba-tiba...
"Makkk...tolonglah bawa Myya jumpa doktor...Myya sakit..."
Mak dah cuak...
Myya dah pucat...
Terus mak ke wad kecemasan...

Pemeriksaan doktor mengatakan Myya dah kena jangkitan kuman di paru paru...
Tapi masih boleh dirawat...
Maka tinggal lah kami 4D3N di hospital...
Kesian tengok Myya dicucuk jarum...
Tapi tak nangis pun..kuat sungguh...
Masih boleh senyum...
Dua hari pertama..Myya hanya terbaring lemah...tidur je...
Hari ketiga.. Myya dah mula aktif..
Alhamdulillah...

Masa balik rumah...
Myya masih batuk dan bunyi kahak...
Doktor cakap batuk tu normal..yang penting paru paru dah sihat...
Treatment ubat disambung lagi 2 minggu...
Syukur.. Myya tak susah telan ubat..
Hari kesepuluh...Myya dah sembuh...
Terima kasih Allah...


posted from Bloggeroid

Fun with Myya: Cotton Ball


Hi...my name is Tiny!
posted from Bloggeroid