Tuesday 30 July 2013

Aduyai....Bahaya ni!

Hari raya nanti pasti kita pi berjalan dari rumah ke rumah
Singgah sebentar bertegur sapa setahun sekali
Dah dapat duit raya tu jangan lah salam terus balik
Jamah lah sikit kuih raya tu
Penat tau tuan rumah tunjuk tunjuk...
Tapi kalau perlu bertanya dahulu...
Maka jangan silu bertanya..
Tapi jangan tanya halal ke haram ke...
Tu memang nak kena pelempang laju laju
Tapi tanyalah secret ingredient nya...
Bukan apa..Kena hati hati lah...
Sebaaaabbbbb......padah akibatnya....
Jika termakan kuih raya yang ada senjata rahsia ni...


MUAHAAAAHAAHAAAAAAAAA
posted from Bloggeroid

Monday 29 July 2013

Rendang Tauhu


source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan
3 ketul tauhu
3 sudu makan pes rendang (rujuk resepi rendang daging berempah)
sedikit air

Cara
1. Tauhu dipotong dadu dan digoreng.
2. Panaskan pes rendang. Campur sedikit air.Didihkan
3. Masukkan tauhu dan gaul sebati.
posted from Bloggeroid

Cucur Udang Rangup


source: staranisecafe.blogspot.com
inspired from ct delima

Bahan A
1 cawan isi udang
2 cekak taugeh
sedikit daun kuchai
1 sudu makan serbuk secukup rasa maggi
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1/4 cawan tepung gandum

Bahan B
1 cawan tepung
3/4 cawan air
1 butir telur putih

Cara
1. Gaul semua bahan hingga bersalut tepung
2. Masukkan bahan B kedalam campuran bahanA sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sederhana pekat. Ketepikan dlm 10minit
3. Panaskan minyak dengan api sederhana.
4. Ambil sesudu adunan dan lenyek dalam minyak.
5. Goreng dalam minyak terendam hingga garing ditepinya.
6. Sedap dimakan dengan sos cili
posted from Bloggeroid

Lassi Mangga


source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan
1 cawan isi mangga ranum
1/2 cawan plain yogurt
1/2 cawan susu

Cara
Kisar semua bahan
Tambah gula atau madu jika perlu
Kisar dengan ais untuk dijadikan lassi blended..:-)
posted from Bloggeroid

Tuesday 23 July 2013

Rendang Daging Berempah


source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan A-rebus
1 kilo daging - potong bite size
Air secukupnya

Bahan B- kisar
4 biji bawang besar (M)
4 ulas bawang putih
4 batang serai
10 biji cili padi
3 biji buah keras
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 cawan cili giling
Minyak masak secukupnya

Bahan C- Bancuh Pes Rempah
1 paket kecil rempah kari daging
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk kunyit

Bahan D -tumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga

Bahan E
1 paket santan serbuk (50g)
1 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit- hiris halus
5 helai daun limau purut-carik
2 sudu besar gula perang
Garam secukupnya

Cara
1. Masukkan daging dan air separas daging dalam periuk tekanan. Didihkan sebelum tutup periuk. Rebus 15 minit. Ketepikan
2. Tumis bahan D sebentar dengan api perlahan.
3. Masukkan bahan B dan tumis hingga wangi
4. Masukkan bahan C dan tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan daging bersama air rebusan secukupnya mengikut kadar kepekatan kuah yang dikehendaki.Didihkan. Masukkan asam keping
6. Masukkan serbuk santan. Gaul sebati. Masukkan bahan E selebihnya dan didihkan sebentar. Kacau selalu. Jangan sampai santan pecah minyak.
7. Setelah puas hati dengan rasa dan kepekatan bolehlah tutup api.
posted from Bloggeroid

Monday 22 July 2013

Tips: Berapa Potong Ayam?

Setiap kali beli ayam seekor tu...
mesti nak minta tolong brother tu tolong kerat...
"Nak potong berapa ni dik?"
Aaaaaa....aaaaa....tergagap je...
"Potong kecik-kecik..."
Jawapan selamat...

Tapi tiap kali tu jugaklah...
Bilangan potongan tak sama...
Ada yang potong punyalah kecik sampai nak berderai je...cincang ke apo?
Ada potong tooodiaa...macam nak buat lauk nasik arab...ntah macam mana dia definasikan kecik...
Ada pulak potong cunnnn....sonang den!

Tak buleh jadi ni...
Maka talian hayat pun digunakan...
"Mak...awat depa potong ayam chek lagu tu...cgek dah habaq potong kecik..."
Mak aku jawab bukan main ganas..
"Awat depa tau ka hang nak masak apa...dah hang tak bagitau betui betui...depa potong ikut suka depa la...hat rajin potong lebih...hat maleh potong besar...punya pasai hang pa la...pandai2 lah...."
Lepas tu mak kona cerita lain...dak pun cerita pengajaran yang tak kena mengena....
Lepas sejam berlalu....
"Oklah mak....awai tadi chek tanya pasai ayam...mak tak jawab lagi..."
"Hang bagi tau ja...potong 8 ka...10 ka...12 ka...14 ka....tapi tengok saiz ayam tu dulu....agak agak la nak berapa ketoi...tak pun hang balik potong sendiri...bukan susah pun...tu la bila orang suruh tengok belajaq tak mau..la ni...sapa susah...bla...bla...."

Toooodiaaaa.....
Itulah cabaran kalu tanya kat mak..
Mak saya suka bercakap dan bercerita...heheheh


posted from Bloggeroid

Asam Pedas Express


source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan
2 ketul kepala ikan
150g pes segera asam pedas jasmani
3 batang bendi
1 biji tomato
1 sudu kecil serbuk tumix
2 cawan air
Daun kesum
Garam secukupnya

Cara
1. Rebus pes dan air hingga mendidih.
2. Masukkan semua bahan lain dan didihkan hingga ikan masak.

Yummeh! Cukup pedas! Cukup masam....best!

posted from Bloggeroid

Kad Raya



Lima sepuluh tahun dulu raya sangat meriah...
Selain ketupat rendang kuih raya yang hanya akan dibuat pada hari raya....
Baju raya berkilat terang...
Kad raya yang bermacam bentuk saiz dan warna amat di nantikan...
Kalau dapat kad raya banyak dialah yang popular kononnya..
Tak kiralah kalau pos kepada diri sendiri pun...hehehe...
Dinding rumah akan dihias dengan kad raya...
Tapi kad raya dari boifren sorok dalam almari...sebab ada bunyi lagu dan saiznya...humaing aih..bosar bonar untuk ditayangkan..dan kata-kata *motivasi* dalam tu untuk tatapan peribadi je...hehehe...

Ada gambar kucing comel khas untuk sahabat
Ada gambar bunga mawar merah berembun dengan manik mutiara berjuntai untuk kekasih
Ada gambar ketupat lemang untuk ayah bonda
Ada gambar masjid untuk cikgu
Ada gambar kartun...dan macam macam lagi...

Balik sekolah je terus pi minimarket depan rumah belek kad raya berjam jam..
Memang ralit..
Beli dua tiga keping je...
Paling murah dua puluh sen...
Paling mahal seringgit lebih camtu..

Masa arwah bapak ada dulu..
Dia akan beli kad raya secara borong...
Anak anak pakat jual kat sekolah..
Dapatlah duit raya lebih...

Tapi sekarang jangan haraplah nak dapat kad raya..
Semua ucapan pakai email sms kakao talk watsup intagram facebook....
Hmmmm....lain rasanya....

Baru ni company ada bagi stok kad raya....
Makanya...menjadi milik Myya untuk dihantar kepada teacher tersayang...
Bukan main semangat dia menulis..
Happy melihatnya...

Hmmmm....satu lagi kisah nostalgia yang pasti tak dapat dilupakan...
posted from Bloggeroid

Baby Octopus Masak Kicap


source: staranisecafe.blogspot

Bahan
15 ekor baby octopus
1 bawang besar (M)- kisar
3 ulas bawang putih-kisar
3 biji cili padi - ketuk
1 inci halia - hiris
1 serai - ketuk
1 sudu makan cili giling
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan minyak

Cara
1. Tumis bawang,cili,halia,serai hingga wangi dengan api sederhana perlahan
2. Masukkan cili giling dan kicap. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong.Gaul hingga sotong hampir masak.
4. Tutup api dan periuk. Biar masak sepenuhnya melalui stim.
posted from Bloggeroid

Udang Lima Rempah


source: staranisecafe.blogspot

Bahan
15 ekor udang (size L)
1 biji bawang besar (M) - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
3 sudu makan kicap ikan/nampla
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan rempah lima
1/2 cawan kacang panjang-hiris
2 sudu makan minyak masak

Cara
1. Tumis bawang hingga wangi dengan api sederhana
2. Masukkan sos,kicap dan rempah. Gaul dan tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan kacang panjang dan udang. Gaul hingga udang hampir masak
4. Padam api dan tutup kuali. Biar masak sepenuhnya dlm kuali bertutup tu.
posted from Bloggeroid

Thursday 18 July 2013

Bubur Jagung Delima


source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan
4 batang jagung- ambil isi sahaja
1/2 cawan sago merah
1 cawan susu pekat manis
1 cawan santan cair (25g santan serbuk)
1 cawan santan pekat (50g santan serbuk)
1 sudu kecil garam
Gula perang secukupnya
Daun pandan
Air secukupnya- lebih kurang 2-3 liter

Cara
1. Rebus jagung bersama daun pandan hingga jagung masak.
2. Bilas sago. Rebus dalam air mendidih. Kacau hingga sago menjadi jernih.
3. Bilas sago dengan air sejuk untuk buang kanjinya. Ketepikan.
4. Masukkan susu pekat manis, gula perang, garam dan santan cair dalam periuk jagung. Kacau dan didihkan.
5. Perlahankan api. Masukkan santan pekat. Kacau hingga mendidih perlahan.
6. Masukkan sago. Kacau dan adjust ramuan secukup rasa.
posted from Bloggeroid

Wednesday 17 July 2013

Sotong Goreng Kunyit


source: staranisecafe.blogspot.com
serve: 2-3 person

Bahan
2 ekor sotong (XL)- potong gelung
2 biji bawang besar - satu mayang satu lagi potong bulat
3 ulas bawang putih- tumbuk
4 biji cili padi-hiris
1 cawan kacang panjang- kerat 1 inci
1 biji tomato- potong baji
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar kicap manis
2 sudu makan sos nampla

1 sudu kecil serbuk tumix
2 sudu makan minyak

Cara
1. Tumis bawang yang dimayang hingga naik bau
2. Masukan semua sos dan serbuk kunyit. Biar mendidih
3. Masukkan sotong dan sayur. Gaul hingga sotong masak. Sekejap je...jangan lama sangat nanti sotong liat.
4. Tabur gelung bawang dan tomato. Siap
posted from Bloggeroid

Monday 15 July 2013

Solat Sunat Rawatib

Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatibyang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.
Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
.
Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)
.
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.
.
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

 Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

 Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
.
.

Solat sunat Rawatib yang mu’akkad

  1. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
  2. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  3. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  4. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
  5. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak
.

Apabila ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12 raka’at Solat sunat rawatib yang sudah tentunya lengkap dan sempurna. Jika kesibukan, cukuplah lakukan 10 raka’at sahaja.
.
.
CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB
1. Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti dengan cara mengerjakan solat Subuh, hanya niatnya yang berbeza. Solat Sunat Rawatib Zuhur, berniat mengerjakan solat sunat rawatib Qabliyyah atau Ba’diyyah dan dikerjakan dengan cara individu (Munfarid, tidak berjamaah).
.
2.  Niat Solat Rawatib:
a.  Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)
Daku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
b.  Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas).
Daku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
3.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat 1:  Surah al-Kafirun
Rakaat 2:  Al-Ikhlas
.
.

Peringatan:

  • Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau pun Ba;diyyah.
  • Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah.
  • Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjama’ah.
  • Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah.
  • Jika lebih 2 raka’at, lakukan tiap-tiap 2 raka’at satu salam.
.
.

Qada solat Rawatib

Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang mu’akkad.  Rasulullah SAW bersabda; “Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadis riwayat Muslim)
Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya.
.
Daripada Aisyah r.a.; “Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelum Zuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
Daripada Kitab ‘Mughni al-Muhtaj’; “Seandainya terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadakannya.”  Maka solat sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti solat fardu.
.
by; shafiqolbu

Friday 12 July 2013

Masak Lemak Simple



source: staranisecafe.blogspot.com
serve: 3

Bahan A
3 ketul ikan
1 batang serai - ketuk
1 keping asam keping
Air secukupnya

Bahan B
1/2 peket (25g) santan serbuk
1 biji bawang besar (M) - tumbuk halus
4 biji cili padi - tumbuk halus
1 sudu kecil serbuk tumix
Garam secukupnya

Cara
1. Rebus Bahan A. Bila ikan setengah masak, asingkan.
2. Masukkan Bahan B dalam air rebusan. Kacau. Biar didih sebentar.
3. Masukkan ikan. Biar didih hingga ikan masak. Tutup api.

Tips
1. Masukkan air 2 cawan dulu. Tambah air panas jika perlu
2. Tambah kuantiti bahan secukupnya
posted from Bloggeroid

Bubur Kacang Hijau


source: staranisecafe.blogspot.com
serve: 3-4

Bahan A
1/2 cawan kacang hijau
1/2 paket (25g) serbuk santan
1 helai daun pandan

Bahan B
3 sudu makan gula perang
3 sudu makan susu pekat
1 sudu kecil garam
Air secukupnya

Cara
1. Rebus bahan A hingga empuk (kacang terbelah dan lembut)
2. Salin air rebusan tadi dengan air baru jika perlu.
3. Pastikan air mendidih. Masukkan bahan B. Kacau sebati.
4. Tambah bahan secukupnya

Tips:
1. Rendam kacang sejam dulu sebelum rebus atau guna pressure cooker untuk jimat masa dan gas.
2. Boleh campur biji sagu yang dah direbus, durian, nangka
posted from Bloggeroid

Wednesday 10 July 2013

Salam Ramadhan 1434H

Maaf Zahir dan Batin


posted from Bloggeroid

Tips Dapur: Rancang Menu

Perkara paling penting untuk jimat masa menyediakan juadah setiap hari adalah dengan merancang menu....
Menu boleh disusun untuk seminggu malah sebulan kalau rajin...
Objektif utama adalah menyediakan menu seimbang untuk keluarga tersayang..
Mesti ada karbohidrat,protein,fiber..
Menu ni mudahkan juga untuk beli stok bahan mentah...
Boleh sediakan rencah dan perapan lebih awal..

Ada yang detailkan menu setiap hari...
Tapi agak sukar bagi aku sebab selera dan keinginan selalu berubah setiap masa...
Jadi apa yang aku buat adalah menggunakan kaedah "mix & match"..
Macam mana?

Setiap hidangan ada kategori tersendiri...
Just cross mix match ikut selera..

Kategori: Karbohidrat
Nasi
Mee,Meehoon,Kuey teow,Laksa
Pasta,macaroni,spagethi,lasagna,etc
Roti
Tepung

Kategori: Protein
Ikan
Ayam
Daging
Telur
Seafood - udang,ketam,sotong,siput,kerang
Tauhu
Bebola
Sardin

Kategori:Fiber
Sayur- bayam,kangkung,kubis,taugeh,sawi,buncis,bendi,kacang panjang, tomato,lobak,brokoli, timun,etc
Buah- limau,epal,tembikai, etc
Ulam

Kategori: Kaedah masak
sup
lemak putih atau kuning
goreng
kicap
tomyam
stim
kari
masak merah atau hijau
masak kurma
singgang
bakar
rebus
kicap
sumbat
sambal
kerabu

Cara mix match
Hari ni makan nasi lauk ayam masak merah dan kerabu timun dan lobak merah

Haaa....kan senang!
posted from Bloggeroid

Tuesday 9 July 2013

Fun with Myya: Mosaic Art

Sebelum...



Gigih berusaha...aja aja fighting!



Berjaya!!!


posted from Bloggeroid

Monday 8 July 2013

Asam Laksa



source: staranisecafe.blogspot.com
serve: 3-4 person

Bahan A
3 ekor ikan selar (saiz L)
1 keping asam gelugor
- rebus kemudian asingkan isi dgn tulang
- sebahagian isi dilecek kasar dan sebahagian lagi dalam ketulan besar
- air rebusan ditapis dan guna semula untuk buat kuah

Bahan B
5 biji bawang merah (saiz M)
3 ulas bawang putih
3 sudu makan cili giling/secukupnya ikut pedas dikehendaki
2 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 kuntum bunga kantan
1 sudu makan serbuk belacan bakar
1/2 cawan nenas
2 liter air termasuk air rebusan ikan/secukupnya ikut kepekatan dikehendaki

Bahan C
2 keping asam gelugor
1 sudu makan pes asam jawa/secukupnya ikut kemasaman dikehendaki
2 tangkai daun kesum
garam

Bahan D
Laksa beras- rendam,rebus,tos dengan air sejuk
Timun-hiris
Bunga kantan-hiris
Bawang besar - hiris
Cili padi-hiris
Nenas-hiris
Daun pudina
Limau kasturi-belah
Telur rebus-belah
Petis

Cara
1.Bahan B dikisar dan rebus hingga mendidih
2. Masukkan Bahan C. Adjust ramuan ikut rasa dikehendaki
3. Masukkan isi ikan. Didihkan dengan api perlahan dalam 20-30 minit. Tambah air jika perlu.
4. Hidangkan
posted from Bloggeroid

Friday 5 July 2013

Tips Ramadhan: Memasak Pantas untuk wanita bekerja

Setiap kali Ramadhan, pasti kedengaran rungutan rakan opis..

"Tak sempat masak lah...sampai rumah dah nak azan.."

"Sebulan ni makan lauk kedai je lah..."

"Ish...banyak betul belanja bulan puasa ni..."

Hehehe...tiap tahun sama je bunyi...
Aku pun kerja..sampai rumah pun time orang dah standby di meja makan...
Aku balik dukung anak dan beg tak sempat ke pasar ramadhan...
Ish...tak boleh jadi ni...tak dapat merasa nikmat seperti yang lain...
Kami suami isteri memang tak suka beli juadah di pasar ramadhan..
Selain mahal selalunya buat tambah dosa sebab merungut tak sedap...masya Allah...

So kena kreatif!

Antara tindakan yang pernah dicuba pakai....

1. Sediakan menu planner...rancang menu berbuka dan sahur dari awal...buat jadual!

2. Masak lauk banyak2 di hujung minggu dan pek kecil2 untuk sekali makan. Frozenkan. Panaskan semula bila nak makan. Buat stok lauk untuk 1 minggu. Tapi che abang kurang suka sebab tak fresh katanya...hamboi....cerewet pulak...

3. Masak kuah je banyak2. Then pek kecil dan frozenkan. Masak semula dengan lauk bila nak makan. Tapi che abang kata takde thrill pulak gaya ni...hmmm...

4. Pek kan setiap ramuan menu asing2. Namakan menu.Frozenkan. Bila nak makan kena ambil masa untuk masak seperti biasa. Tapi jimat masa sebab setiap bahan resepi dah sedia tinggal nak laksanakan cara masak je...

Tak paham? Gini....kalau nak masak ayam masak merah...sebiji bawang dah dipotong then pek kan...then cili giling 1 cawan pek kan..pek kan juga kulit kayu manis dan lain2..Last sekali kumpul semua dlm plastik besar lain dan tulis lah ramuan menu tu..Kalau tak nak pek setisp bahan asing...sila susun elok2 dalam plastik besar tu...

Bila nak masak keluar satu pek besar ramuan dan bahan mentah ikan ke ayam ke sotong ke dan masak macam biasa..tumis dulu...masuk cili...seterusnya...

Tips ni nampak renyah tapi sebenarnya mudah sebab semua masakan guna ramuan asas yang sama...cuma banyak guna plastik...tapi dapur tak kecah...hehehe
Tapi che abang yang manja dan comel ni rasa malas jugak sebab dia yang kena masak...bini dia balik tinggal makan je....hehehe

5. Bahan mentah di basuh, dipotong dan dipek cukup untuk sekali masak...keluarkan awal pagi sebelum kerja dan masukkan di peti sejuk bahagian bawah....letak diluar pun boleh tapi dalam bekas tertutup...

6. Sediakan ramuan asas siap2 potong dan blend untuk seminggu. Tak yah frozen. Masak menu simple je...dalam 15 min dah siap...fresh dan panas..contoh ramuan asas bawang besar/merah, bawang putih, halia, lengkuas, cili padi, cili kering, ikan bilis, udang kering, rempah ratus, etc

7. Pakai jelah rencah instant tu...macam2 ada...

8. Sediakan pembuka selera melayu seperti sambal kering, sambal belacan, dll dan pek kecil2 untuk sekali makan... frozenkan..

Apa? Tak sempat jugak? Alahai....kalau bunyi je azan terus nak sumbat nasik then habis je azan dah abis lauk pauk masuk perut memanglah nak buat apa pun tak sempat....cuba buka dengan kurma dan susu dulu ke...lepas solat maghrib tu makan la...kan sempat bini nak masak...

Apa? Nak solat jemaah laki bini? Baguslah...apa yang tak sempatnya....ada 1 jam sebelum isyak what...

Apa? Tak baik lambatkan solat?...Ish....banyak bunyi betul lah....tampaq laju laju kang!...
Sendiri pikir lah!

Kalau payah sangat pergi je lah makan di masjid ke rumah mak je rumah kawan ke kedai mamak ke...banyak bunyi banyaklah dosanya nanti!

Sekian!
posted from Bloggeroid